Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Sunday, July 8

liga ilmu

dah lama rasanya aku tak update blog ni, bukan rasa dah ni, memang betul lama kot...aha, kali ni pun tengah cuti, tetiba dapat mood n ilham nak update pasal rancangan kat astro oasis tadi....

BEST!!
dua hari berturut-turut aku tengok, sabtu n ahad 12-1 p.m

semalam tajuk "pemimpin..hak mutlak kaum lelaki"
hari ni tajuk " penjagaan ibu bapa, lelaki atau perempuan?"

gaya penyampaian ilmu dalam rancangan ni adalah ala-ala bahas macam tu, aku suka tengok orang berbahas ni..huuu, agaknya mood masa jadi committee interschool debating championship tak habes lagi kot....

tapi kan, liga ilmu ni lagi best kalau aku dapat tengok live...perdebatan antara panel2 dari imam muda n ustazah pilihan....mereka berbahas berdasarkan ayat2 ALLAH dan hadis Nabi s.a.w (selawat dan salam atas junjungan baginda)....dan yang paling penting, mereka berbahas bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, tetapi sekadar menimbulkan kesedaran yang tidak berbelah bahagi kepada kita sebagai ummat Islam pada hari ini.....~

best, tak caya? try r tengok....

kelakar kot...aku siap gelak sakan pun ade bile tibe part lawak tu la.....plus moderator pun kelakar, dr, ridhuan tee....

balik kepada main point yang aku ingin kongsikan kepada kalian, ceh..bunyi macam skrip ucapan tyme acara ape je aku ni..haha...

tajuk hari ni best dan memberi aku seribu makna...yelah pasal mak ayah kan...lebey2 lagi sekarang aku tengah cuti, inilah masanya untuk aku berbakti kepada mereka semampu-mampunye.....yup, hargai mereka selagi mana kita punyai mereka, itulah nikmat yang langsung tidak dapat dibeli dengan harta yang bertimbun-timbun mahupun berjuta-juta wang ringgit....

tanpa mereka, tiadalah aku pada hari ini....~

saat yang paling tersentuh hati aku bile moderator dr riduan tee bercerita mengenai arwah ibu beliau yang tidak seagama dengan beliau ketikamana ibunya dicabut nyawa oleh Allah dan dia tidak dapat menguruskan jenazah ibu beliau mengikut syariat Islam....beliau sangat sedey dan hanya mampu melihat mayat ibu beliau diseksa (diuruskan mengikut adat dan agama ibu beliau)..beliau tidak mampu berbuat apa2 kerana perbezaan agama yang menghalang dan hanya mampu memandang dari jauh...~

semasa berbicara mengenai isu ini, mengalir air mata dari kelopak mata beliau yang sebagai moderator pada hari itu.....

slot seterusnya diambil alih oleh imam muda hassan yang turut bercerita mengenai arwah ayah beliau yang pergi menghadap Illahi ketika beliau masih muda..teramat muda...iaitu 7 tahun.....pada ketika itu, beliau hanya mampu melihat jenazah arwah ayah beliau dimandikan kerana beliau masih terlalu kecil untuk memandikan jenazah itu.....

motifnye di sini, mereka sangat2 mengharapkan kita menghargai ibu bapa kita yang masih hidup pada saat dan ketika ini, jangan smpai mereka pergi tanpa sempat kita berbakti kepada mereka terlebih dahulu....

hakikatnya, walaupun kita tidak mampu membalas 100% jasa mereka, tidak mengapa. buatlah sehabis baik dan apa yang terdaya kerana mereka tidak sesekali mengharapkan budi mereka dibalas, tetapi hanya kasih sayang yang kekal abadi....itu yang mereka inginkan...dengan adanya kasih sayang ini, pasti kita sebagai anak tidak akan meletakkan ibu bapa kita di rumah orang tua-tua ataupun tinggalkan di jalanan barangkali..nauzubillah....

pesan dr riduan, banyak sangat bakti yang boleh kita buat untuk ibu bapa kita lebih2 lagi yang seagama dengan kita...buakn setakat banyak, bahkan teramat banyak....sedarlah wahai penonton sekalian, ini ayat beliau yang sangat menusuk aku rasa....ayat yang datang dari hati beliau sendiri....~

papepun, peringatan ini tidak lain tidak bukan amat ditujukan untuk aku sendiri dan seterusnya kepada yang mebaca..manusia itu bukankah sifatnya lupa, jadi memang perlu untuk saling mengingati antara satu sama lain....

sebagai penutup, ye..akan aku manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya.....aku sayang dan teramat sayang akan kedua-dua insan ini yang jasanya terlalu dan terlalu bannyak sekali kepada aku....dan kasih sayang ini adalah kerana Allah~

mohon redha mak dan abah agar aku dapat terus hidup dalam rahmat Allah yang tak bertepi, insyaAllah..

Friday, July 6

takdir cinta




Ku tutup mataku

Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengulir lembut



Benguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku




Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa



Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan tuntunlah hatiku



Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


by rossa..

lagu ni best, first tyme dengar pun aku dah jatuh cinta=)
lirik pun best, ade makna yang perlu difahami

takdir cinta

=)