Tahun 2016, tahun yang takkan kulupakan sampai bila-bila, tersemat kukuh di hati dan di ingatan segala apa yang berlaku untukku, yang pastinya tersurat dalam suratan takdir Allah dan tidak lain tidak bukan hanya satu yg Tuhan mahu ajari aku: iaitu untuk kuat dan terus kuat meniti masa hadapan..
"YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK"!!
Tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata segala rasa yang hanya aku dan Tuhan yang tahu. Entah berapa banyak bertongtong air mata yang keluar menangisi jerih payah kehidupan.
Tidak kurang juga air mata kegembiraan untuk beberapa perkara gembira yang berlaku. Alhamdulillah. Nikmat Allah itu terlalu banyak. Cuma aku yang perlu bukak hati untuk jadi orang yang celik matanya mensyukuri apa yang Allah bagi. Bersyukurlah supaya hatimu tenang. tenang dalam alunan cinta dan kasih sayang Allah.
2017 bakal menjelang. apa yang aku harapkan hanyalah sekeping hati yang terus tabah dan bertabah untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Dunia hanyalah pinjaman dan yang kekal hanyalah Allah sahaja. Sekeping hati yang membolehkan aku menjadi perantau sementara di dunia dan meraih sebanyak mana pahala dalam nikmat dan ujian yang Dia beri.
"ANOTHER CHAPTER, ANOTHER PEOPLE, ANOTHER VIEW, ANOTHER EYES. ANOTHER WAY OF LIFE WILL LEAD YOU TO ANOTHER YOU".
Sesungguhnya saat perjalanan ini hanya untuk Dia, moga Dia redha.
:::i'm not ALONE~:::
Bismillah
"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"
Tuesday, December 13
Monday, March 25
with adam~
ini adalah anak saudara pertama aku, excitednye masa dia lahir, aku yang dukung bawak balik umah, sekarang dah nak masuk 7 bulan, asyik sengih je...huhu....rindu.....n sekarang tak sabar nak tunggu dia pandai cakap, t mesti dia dah pandai panggil "ummi"~
semoga Adam terus membesar menjadi anak yang soleh dan semoga sentiasa sihat selalu, sayang adam=)
Thursday, December 13
berjalan tanpa henti
Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti
Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
by devotees~
^=^
saya sangat suka lagu ini, bukan setakat lagu, tapi punyai maksud yang mendalam....
ingat lagi kata-kata bekas pengetua pertama SBPIK, integrasi kuantan ketika saya (kami merupakan batch yang pertama masuk ke sekolah itu, 4 ogos 2003)..."always push our limit"..kita bukan tak boleh buat, kita boleh, cuma kena push diri sendiri untuk lebih berusaha, lebi berdikari n etc....tak kisahlah dalam apa jua yang kita buat asalkan mematuhi dua syarat ibadah~niat dan mengikut syariat, walau sekecil-kecil perkara,walau siapa pun kita, hakikatnya kita semua SAMA....masing2 makhluk ciptaan Allah dan suatu hari nanti semua akan akan kembali kepada DIA... Allah tidak lihat rupa kita, harta kita, pangkat kita, tapi yang Allah lihat keimanan kita, sejauh mana kita BERUSAHA...bukan hasilnya...kerana hasil menuntut kejayaan atau kegagalan, ade orang yang berjaya tapi tak bahagia, ade orang yang gagal tapi bahagia..ade orang kaya tapi rasa duit selalu tak cukup dan ade orang miskin tapi rasa semua cukup.....rahsia di hati hanya Allah yang tahu...biarkan manusia sekeliling berkata-kata kerana kita tidak mampu untuk menutup mulut mereka, bukankah kita masing2 ade kebebsan untuk bersuara? hanya orang yang berhikmah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan sesunguhnya penilaian manusia itu hanyalah sekecik-kecil perkara....ahhh, pedulikan mereka...yang penting aku dan cara aku...aku tahu apa yang aku buat....dan segala apa yang aku buat adalah kehendak dan dengan izin Allah....~
moga- moga rahmat Allah sentiasa ade dan hampir dengan aku.....walau ujian dan nikmat datang menyinggah...
hanya iman yang dapat mempositifkan segala keadaan~
semoga Allah mudahkan segala urusan dunia untuk menuju akhirat nanty
^~^
Wednesday, October 31
selagi masih ada~
sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam...
malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir,
sejarah kehidupanku, bukankah itu sekadar untuk mematangkan?
terima kasih kerana berjaya membentuk "aku" pada hari ini,
aku yamg tidak mahu untuk mudah lupa diri,
aku yang mahu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...
aku yang mahu menitip setiap hikmah dari apa yang berlaku..
aku yang sentiasa mahu memandang positif akan semua perkara....
insyaAllah

Sunday, July 8
liga ilmu
dah lama rasanya aku tak update blog ni, bukan rasa dah ni, memang betul lama kot...aha, kali ni pun tengah cuti, tetiba dapat mood n ilham nak update pasal rancangan kat astro oasis tadi....
BEST!!
dua hari berturut-turut aku tengok, sabtu n ahad 12-1 p.m
semalam tajuk "pemimpin..hak mutlak kaum lelaki"
hari ni tajuk " penjagaan ibu bapa, lelaki atau perempuan?"
gaya penyampaian ilmu dalam rancangan ni adalah ala-ala bahas macam tu, aku suka tengok orang berbahas ni..huuu, agaknya mood masa jadi committee interschool debating championship tak habes lagi kot....
tapi kan, liga ilmu ni lagi best kalau aku dapat tengok live...perdebatan antara panel2 dari imam muda n ustazah pilihan....mereka berbahas berdasarkan ayat2 ALLAH dan hadis Nabi s.a.w (selawat dan salam atas junjungan baginda)....dan yang paling penting, mereka berbahas bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, tetapi sekadar menimbulkan kesedaran yang tidak berbelah bahagi kepada kita sebagai ummat Islam pada hari ini.....~
best, tak caya? try r tengok....
kelakar kot...aku siap gelak sakan pun ade bile tibe part lawak tu la.....plus moderator pun kelakar, dr, ridhuan tee....
balik kepada main point yang aku ingin kongsikan kepada kalian, ceh..bunyi macam skrip ucapan tyme acara ape je aku ni..haha...
tajuk hari ni best dan memberi aku seribu makna...yelah pasal mak ayah kan...lebey2 lagi sekarang aku tengah cuti, inilah masanya untuk aku berbakti kepada mereka semampu-mampunye.....yup, hargai mereka selagi mana kita punyai mereka, itulah nikmat yang langsung tidak dapat dibeli dengan harta yang bertimbun-timbun mahupun berjuta-juta wang ringgit....
tanpa mereka, tiadalah aku pada hari ini....~
saat yang paling tersentuh hati aku bile moderator dr riduan tee bercerita mengenai arwah ibu beliau yang tidak seagama dengan beliau ketikamana ibunya dicabut nyawa oleh Allah dan dia tidak dapat menguruskan jenazah ibu beliau mengikut syariat Islam....beliau sangat sedey dan hanya mampu melihat mayat ibu beliau diseksa (diuruskan mengikut adat dan agama ibu beliau)..beliau tidak mampu berbuat apa2 kerana perbezaan agama yang menghalang dan hanya mampu memandang dari jauh...~
semasa berbicara mengenai isu ini, mengalir air mata dari kelopak mata beliau yang sebagai moderator pada hari itu.....
slot seterusnya diambil alih oleh imam muda hassan yang turut bercerita mengenai arwah ayah beliau yang pergi menghadap Illahi ketika beliau masih muda..teramat muda...iaitu 7 tahun.....pada ketika itu, beliau hanya mampu melihat jenazah arwah ayah beliau dimandikan kerana beliau masih terlalu kecil untuk memandikan jenazah itu.....
motifnye di sini, mereka sangat2 mengharapkan kita menghargai ibu bapa kita yang masih hidup pada saat dan ketika ini, jangan smpai mereka pergi tanpa sempat kita berbakti kepada mereka terlebih dahulu....
hakikatnya, walaupun kita tidak mampu membalas 100% jasa mereka, tidak mengapa. buatlah sehabis baik dan apa yang terdaya kerana mereka tidak sesekali mengharapkan budi mereka dibalas, tetapi hanya kasih sayang yang kekal abadi....itu yang mereka inginkan...dengan adanya kasih sayang ini, pasti kita sebagai anak tidak akan meletakkan ibu bapa kita di rumah orang tua-tua ataupun tinggalkan di jalanan barangkali..nauzubillah....
pesan dr riduan, banyak sangat bakti yang boleh kita buat untuk ibu bapa kita lebih2 lagi yang seagama dengan kita...buakn setakat banyak, bahkan teramat banyak....sedarlah wahai penonton sekalian, ini ayat beliau yang sangat menusuk aku rasa....ayat yang datang dari hati beliau sendiri....~
papepun, peringatan ini tidak lain tidak bukan amat ditujukan untuk aku sendiri dan seterusnya kepada yang mebaca..manusia itu bukankah sifatnya lupa, jadi memang perlu untuk saling mengingati antara satu sama lain....
sebagai penutup, ye..akan aku manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya.....aku sayang dan teramat sayang akan kedua-dua insan ini yang jasanya terlalu dan terlalu bannyak sekali kepada aku....dan kasih sayang ini adalah kerana Allah~
mohon redha mak dan abah agar aku dapat terus hidup dalam rahmat Allah yang tak bertepi, insyaAllah..

Subscribe to:
Posts (Atom)