Bismillah
"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"
Saturday, April 7
sekadar renungan
Wednesday, August 24
mana mak?
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Saturday, April 30
melakar cinta firdausi

Ya Allah
di malam yang sepi ini,
kulihat dosa-dosa,
mematikan segala hati,
hinanya diri aku,
bergelumang dengan dosa-dosa,
sedangkan lari dari segala dosa,
menyegarkan dan menghidupkan segala hati,
kebaikan buat diri jika menentangnya.
Ya Allah
berat sungguh ujianMU,
betapa ramai ummat lalai dengan suruhanMU,
tidak segan silu melakukan maksiat.
Ya Allah
aku tahu dosa itu juga tercalit pada diriku,
kerana menyaksikan maksiat saudara seIslamku,
oleh itu Ya Allah,
KAU berikanlah aku kekuatan untuk membimbing saudaraku,
andai aku lalai, KAU berikanlah aku petunjuk ke jalan yang lurus,
ke jalan yang ENGKAU redhai,
sesunguhnya aku hanyalah hambaMU yang lemah.
Ya Allah,
KAU sinarilah hati-hati kami dengan cahaya keimananMU,
KAU bantulah kami menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini,
kami tahu, kami adalah khalifah,
tanggungjawab seorang khalifah adalah tersangat berat,
tapi kami pernah berjanji,
gunung dan ganang tidak sanggup memikul amanah ini,
tetapi kami yang bergelar manusia,
menawarkan diri untuk memikulnya..
tetapi KAU lihatlah Ya Allah,
manusia kian lalai,
banyak dosa dan maksiat tercalit dalam diri,
oleh itu Ya Allah, bimbinglah kami sentiasa.
Ya Allah
KAU perintahkan aku untuk berdoa dan ENKAUlah yang akan mengabulkannya,
sesungguhnya ENGKAU tidak memungkiri janji dan membatalkannya,

Ya Allah
kebaikan yang ENGKAU suka..maka jadikanlah ia kesukaan kami,
dan rendahkan ia untuk kami,
dan kejahatan yang ENGKAU benci, maka jadikanlah ia kebencian kami juga,
dan jauhkanlah kami darinya.
Ya Allah
hambaMU ini memohon kebaikan sebagaimana yang dipinta oleh Nabi-MU,
Ya Allah,
kami telah menganiaya diri kami,
maka jika ENGKAU tidak mengampuni kami,
kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
oleh itu Ya Allah,
ampunilah kami, rahmatilah kami.
selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kelaurga baginda serta para sahabat...
Friday, March 18
exam lagi maa~
one way to release streessss~berkesan=)
sory prof coz skip 3 class n sory also for my group members of pbl coz skip 2 pbl discussion...
takde cuti pun tapi aku nak cuti jugak...haha...oh rumahku syurgaku....the best thing is the homemade rite?? ^=^
my schedule for final...please pray for me ek...and i'm always pray for our success together for this worldly imtihan...(ape ayat aku nieyh? sesedap rasaa je kan? haha...layan jek...zaz!!!)
2)bahasa melayu : 31/3 (thursday)
3)ungs : 2/4 (saturday)
4)linear algebra : 8/4 (friday)
5)kos (Islam and science) : 13/4 (wednesday)
6)calculus 2 : 14/4 (thursday)
huhu...then, merdeka for a while and will be at home for one month~~
Thursday, January 13
catatan kuliah: berhijrahlah dengan hati

Berilah Manfaat Kepada Orang Lain
Entri kali ini saya ingin berkongsi isi kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, P.Pinang pada ahad lepas.. Kuliah mingguan Dr Danial diadakan setiap ahad jam 3 - 5 petang. Beliau mengupas dan menyampaikan isi kuliah dengan merujuk kitab tafsir yang sahih dan banyak digunapakai sekarang iaitu Tafsir Ibn Katsir. Isi kuliahnya juga sangat menarik kerana sambil mengupas mengenai ayat al-Quran, beliau turut menghubungkannya dengan keadaan semasa dan realiti yang berlaku pada masa ini..
Seperti kata Dr, diri kita boleh dianalogikan sebagai rama-rama.. Yang mana ia berhijrah daripada dirinya yang berbentuk ulat, kemudian berada di dalam kepompong dan seterusnya menjadi rama-rama yang cantik.. Jadikanlah kita pun begitu. Seperti rama-rama yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau sementara dan kecil sumbangannya..
Kita tukar hidup kita daripada hidup yang kekosongan dan biasa-biasa kepada seorang yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau hidup cumalah sementara.. Yaa.. Jadilah seperti rama-rama itu.. Walaupun kita tidaklah dipandang hebat, sekurang2nya kita telah memberi sumbangan kepada orang lain.. Walau sedikit mana pun ia.
Surah al-Mulk
Dalam surah al-Mulk, ayat 2 Allah berfirman:
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.."
Dalam ayat ini, Allah S.W.T menjelaskan bahawa DIA menjadikan KEHIDUPAN dan juga KEMATIAN untuk menguji siapa diantara kita yang lebih baik amalannya.. Allah tidak menyebutkan 'siapa yang lebih banyak amalannya' tetapi 'siapa yang lebih baik amalannya'..
Jadi, perlu kita fikirkan, apakah itu amalan yang baik? Bagaimanakah hendak menjadi orang yang baik amalannya??
Jawapannya ada dua, iaitu amalan yang baik ialah amalan yang IKHLAS kerana Allah dan amalan yang berpandukan syariat, mengikut petunjuk Rasulullah yang sebenarnya.. Barangsiapa yang melepasi ujian Allah itu, baik amalannya, maka dialah calon ahli syurga.. Subhanallah..
Namun, adakah kita mengetahui apakah sikap2 ahli neraka? Perkara ini telh dinyatakan dalam surah al-Mulk ayat 10.
"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
Daripada ayat ini, ciri-ciri ahli neraka adalah mereka tidak mahu mendengar dan mereka tidak mahu memahami. Sikap ini juga bukan hanya terdapat pada orang-orang kafir sahaja.. Malahan terdapat segolongan mereka yang mengaku beragama dan berilmu juga bersikap sebegini. Mereka hanya mendengar kata-kata daripada ketua-ketua atau guru-guru mereka sahaja dan tidak mahu mendengar daripada orang lain. Mereka juga tidak mahu berfikir. Disebabkan sikap yang terlalu fanatik, mereka terima sahaja bulat-bulat seperti yang diperkatakan tanpa menyelidiki kebenarannya.. Semoga kita terhindar dan dijauhkan daripada bersikap seperti ini..
Surah al-Qalam
Surah ini mengandungi 52 ayat dan juga dikenali sebagai surah Nunn.
Ayat 1 hingga 4 surah ini:
[1] Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
[2] Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
[3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
[4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Dalam ayat 1, Allah bersumpah dengan pena. Cuba fikirkan pula mengenai pena kita. Qalam kita. Adakah kita menggunakannya untuk kebaikan? Kita ada pelbagai kemudahan untuk menulis. Tetapi adakah benda yang kita tulis itu sesuatu yang baik? Atau ia lebih mendatangkan dosa? Cuba fikirkan kembali, wahai sahabat.. Marilah kita renungkan dan muhasabah diri semula.
Kebanyakan kita hanya menulis perkara yang sia-sia. Di Facebook contohnya. Menggunakan kemudahan ‘pena’ yang ada untuk mengutuk orang lain, mengumpat, dan lain-lain.. Salahkah andainya kita gunakan ia untuk saling mengingati? Menulis sesuatu yang bermanfaat lalu dikongsikan bersama orang lain? Pasti ia lebih baik daripada sekadar bersembang kosong.
Ulama terdahulu begitu terangsang dengan surah ini sehingga mereka mampu melahirkan karya-karya agung yang digunakan dan dirujuk sehingga ke hari ini. Walaupun mereka telah lama meninggal dunia, namun ilmu mereka tidak luput bersama. Ia terus berkembang dan dimanfaatkan. Sekiranya kita juga teransang dan mempunyai semangat seperti mereka, pasti kita juga akan menulis. Jika tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.
Kita tidak perlu menjadi seperti Imam an-Nawawi untuk menulis perkara yang baik-baiki. Mulakanlah sedikit demi sedikit dahulu. InsyaAllah, pasti ALLAH akan mempermudahkan..
Berbalik kepada surah al-Qalam, ayat seterusnya menyatakan bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang yang gila sebaliknya baginda mempunyai akhlak yang amat mulia. Disebabkan perjuangan baginda yang hebat, Allah menjanjikan pahala yang besar kepada baginda Rasulullah SAW.
Dalam ayat 4, Allah memuji akhlak rasulullah SAW.
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
Mengapa ALLAH tidak memuji Ibadat Rasulullah? Mengapa tidak memuji solat rasulullah dan lain-lain? Walaupun segalanya yang rasulullah lakukan itu baik?
Hal ini kerana, AKHLAK ITU ADALAH HASILNYA daripada semua amalan yang dilakukan. Oleh sebab itu, banyak ayat di dalam al-Quran memuji akhlak Rasulullah SAW yang sangat mulia. Akhlak Rasulullah adalah seperti al-Quran. Segala yang diperintahkan ALLAH dikerjakannya, dan segala yang dilarang pasti ditinggalkannya.. Hasil ibadah dan pengabdian baginda terbukti menerusi akhlaknya..
AKHLAKNYA MENJADI BUKTI keimanannya..
Benarlah akhlak itu dapat diumpamakan sebagai buah. Iaitu hasil terakhir yang terbit dari pohon akidah yang kukuh dan benar serta ibadat yang sahih..
Namun di Malaysia, banyak orang suka sangat berdebat. Namun meremehkan pembentukan peribadi yang mulia. Mereka menunjukkan seolah-olah mereka sangat berilmu dengan menghentam pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Dikeluarkannya pelbagai hujah yang sehabis mungkin bagi mengalahkan pihak yang lain. Sehingga mereka lupa akan tujuan perutusan Rasulullah yang utama. Iaitu akhlak yang mulia. Mereka lebih suka menghina dan mejatuhkan orang lain daripada menunjukkan contoh yang baik.. Beginikah sikap seseorang yang mengaku mengikuti Rasulullah dan para sahabat? Nilailah diri kita semula..
DALAM ISLAM, IBADAH ITU HASILNYA NAMPAK..
Apabila kita melihat tingkah laku seseorang, kita pasti akan tahu. Kita lihat akhlaknya, tahulah kita adakah dia benar-benar mengamalkan ilmunya atau sekadar omongan kosong belaka?
Cuba kita tanya pada hati kita, kenapa akhlak yang baik sangat penting? Adakah kita suka dengan orang yang tidak berakhlak? Apakah gunanya seseorang yang cantik bagaikan model andai dia suka menyakitkan hati orang lain? Apa gunanya belajar sampai dapat 10A1, tetapi tak tahu hormat orang lain? Dan apa gunanya jadi ‘orang besar’ tetapi suka menerima rasuah? Adakah kita suka dengan orang sebegitu?
Oleh itu, sempena tahun baru ini ayuhlah kita bersama-sama berhijrah dengan hati kita.. Agar segalanya dipermudahkan dan ikhlas kerana Allah.
Baiki niat, baiki akhlak..~
Sumber: http://farhamizah.blogspot.com/2011/01/berhijrahlah-dengan-hati.html
Wednesday, December 8
ups and down~
mood: tak berapa nak ok after tengok result...haih~
harini jugak, aku bakal ditingglkan keseorangan kerana satu family akan berangkat ke terengganu...hukhuk
seriously aku tak pernah dapat pointer macam ni.....sedey tapi apakan daya..masa tak mampu aku putarkan kembali....masa depan harus diterokai dengan langkahan2 yang lebih memberi pengertian....yup....down itu perlu...dan down itu sangat penting seandainya ini dapat memberikan aku semangat balik untuk naik...hidup ibarat roda kan....sesekali terasa berada di bawah memang amat perit....sekurang2 nya aku dapat merasa apa yang mereka rasa, i mean mereka yang senasib dengan aku.....
tapi walau apapun, aku harus bersyukur dengan nikmat ini...at least aku masih melepasi target yang ditetapkan oleh scholar, Alhamdulillah...tapi tula target diri aku tak lepas......ah..lupakan saja!!!Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA iaitu aku.......biarkan yang berlalu itu tetap berlalu.....ianya sudah menjadi sejarah....bahkan sejarah aku yang tak mungkin aku lupa.....life must go on....sempena Maal Hijrah dan tahun baru yang akan masuk tak lama lagi, aku janji dengan diri aku untuk tebus kegagalan ini...aku janji ngan mak abah jugak kan....so, semangat kena kuat....nikmat itu tetap perlu disyukuri walau apapun sebab ianya adalah untuk menguji.....perbandingan itu perlu agar nilai positif dapat disingkap....~bandingkan aku dengan mereka2 yang mampu tersenyum puas setelah usaha yang dicurahkan bebaloi dan bandingkan juga diri aku dengan mereka2 yang diuji Allah.....kadang2 Allah sengaja tak nak bagi lagi kejayaan itu sebab ingin melihat sejauh mana hamba2NYA mengambil iktibar kan.....
itu yang perlu aku sematkan dalam jiwa dan minda.....
biarkan mereka dengan cara dan cerita mereka, asalkan ianya betul dan mereka bahagia...
ingat kembali kata2 salah seorang penginterviewer aku masa interview scholar ritu
"it is not about to compete with others, but it is about to compete within yourself rite?"
yup....biarkan aku dengan cerita aku.....
tahniah buat mereka yang berjaya..semoga kejayaan tetap mengiringi kalian untuk masa mendatang....
untuk mereka yang senasib dengan aku...ingatlah kegagalan itu bukan untuk selama-lamanya kan? so...jom buktikan pada mereka yang memandang rendah...cukup hanya sekali jatuh dan kejatuhan itu pastinya memberikan semangat baru untuk bangun dari runtuhan semalam....jangan sesekali menyerah kalah dengan begitu mudah sebab itu bukan namanya berjuang....bukankah kita semua sedang berjuang menguasai ilmu-ilmu Allah kan? pastikan kita syahid bersama-sama dengan semangat yang mebara okayh!!!gambate kundasai~
honestly, sangat takut untuk memulakan langkahan2 baru untuk next sem.....next sem yang tentunya menuntut seribu satu pengorbanan masa dan tenaga......~
bersedia untuk berjuang kan??
insyaAllah dipermudahkan~
yang pasti keinginan itu seiring dengan usaha dan tawakkal....
buat yang terbaik selagi mana mampu...
kalau rasa tak mampu pun, always push our limit.....
and the rest, Allah will give us the best among the best....
hikmah yang tersurat di sebalik apa yang berlaku.....
new semester, wait for me~
::pujukan untuk diri sendiri::
Thursday, November 4
cerpen: "abah, bagilah balik tangan Ita..."
'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
cerita ini aku copy dari facebook, mungkin sesiapa yang tidak mempunyai fb bolehlah baca di sini, dan sesiapa yg tidak ditaq atau tidak pernah baca, bacalah dari hati agar ianya mampu mengalirkan rasa kesian dan kesedaran dalam diri anda=)
haha..poyo jep ayat aku...
Sunday, October 17
surat cinta sang KEKASIH
Surat cinta ternyata bisa menggugah hati, membangkitkan kerinduan, mendorong semangat, menumbuhkan kepercayaan diri, merubah suasana dan membuat terlena. Surat cinta seperi air laut yang semakin diminum tidak bisa menghilangkan rasa haus. Surat cinta bagaikan lecutan halus bagi jiwa yang sedang lemah…
Bagai bahan bakar api cinta yang mulai meredup. Bagaikan pelita ketika sang kekasih masih samar-samar meniti jembatan cinta menuju ke seberang jalan. Surat cinta adalah nyanyian jiwa, suara hati, ungkapan kerinduan dan hembusan angin sorga. Surat cinta adalah gambaran kanvas hati sang kekasih, lukisan jiwa dan bingkasan rindu…
Al Quran adalah Ayat Ayat Cinta sebagai titian antara hamba dan ALLAH, guru mengaji saya bilang bahwa ciri-ciri orang yang beriman adalah ketika disebutkan nama ALLAH, bergetarlah hati mereka, dan ketika dibacakan pada mereka ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka kini pertanyaan itu saya ajukan kepada diri saya
Benarkah saya mencintai ALLAH dengan sebenarnya? Ataukah kata-kata itu hanya penghias bibir mungil saya belaka? Adakah hati saya bergetar ketika ada yang menyebut nama ALLAH atau terbaca pada saat saya mengaji? Adakah cinta, kerinduan dan iman saya bertambah ketika dibacakan pada kita ayat-ayat ALLAH? jawabannya BELUM…
Mengapa BELUM karena saya belum menempatkan ALLAH sebagai kekasih saya, karena saya belum menjadikan Al Quran sebagai surat cinta dari ALLAH yang seharusnya ketika membaca surat cinta merupakan hobi seperti layaknya orang yang sedang sedang jatuh cinta, saya belum menjadikan membaca Al Quran sebagai petualangan menuju ke alam penuh kasih dan kerinduan… Saya belum membaca surat cinta dengan penuh rasa haru, rindu dan khusyuk. Bahkan karena derasnya aliran sungai kerinduan dalam hati saya belum mampu membuat saya menangis, air mata belum lagi tumpah….
Iya, saya sedang berusaha untuk membaca surat cinta ALLAH [Al-Quran] paling sedikit satu “Ain” setiap hari, karena saya ingin merasakan getaran dahsyat ketika rasa rindu itu hadir untuk membaca dan membaca lagi.. semoga saya mampu
Jadi, bagaimana kalau mulai malam minggu ini kita berjanji untuk membaca surat cinta ALLAH sekali saja sehari, kemudian jika masih dirasa kangennya belum hilang kepada ALLAH kita tambah lagi?
Pecinta sejati tak akan pernah bisa bertahan untuk berjauhan dengan sang kekasih bukan? Sesungguhnya keinginan yang sulit untuk dibendung adalah ingin selalu berdekatan dan berada dalam dekapan sang kekasih, dekapan penuh kedamaian dan ketentraman bukan? Begitulah semestinya hati orang-orang beriman, orang yang mengaku mencintai Penguasa jiwanya, Pencipta dirinya dan yang selalu tanpa pernah henti melimpahkan rahmat dan karunia-Nya.
*separuh tulisan ini saya kutip dari OASE di EraMuslim.Com sebagai peringatan untuk diri saya yang sedang mencari ALLAH, semoga berguna yah, insya ALLAH … Selamat malam minggu dan Selamat menikmati surat cinta ALLAH, semoga malam ini ada surat cinta di email saya setelah saya selesai mengaji, Loh De? ah masih saja dunia, ampuni hamba ya ALLAH*
Dipetik dari [this link]
Monday, July 19
....lantas untuk apa....

sudah terang terlihat dengan ilmu dan pengalaman hidup insani, tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan upaya kita dan tidak pula kita tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan sendiri....
wujud hidup insani di dunia hanyalah di antara dua titik, mengisi sedetik waktu dan menempati sezarah ruang
.....LANTAS UNTUK APA....
manusia itu dihidupkan???
dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan aturan elemen-elemen alami yang menyokong kehidupan, nyatalah hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang dan menghabisi tempoh, tetapi ada misi khusus dan mulia~
ALLAH menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah
::UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI ATAU BERIBADAT HANYA KEPADA ALLAH::
dengan sifat kehambaan itu, manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai
:: KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI::
firman Allah
"tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
(surah Ad-Dzariat-56)
"sesunggunya Aku akan menciptakan di muka bumi ini seorang khalifah"
(surah Al-Baqarah-30)

peranan insan sebagai khalifah ialah membangunkan infrastruktur rohani dan fizikal alami dengan baik dan beradab bagi keseluruhan penghuni alam dengan mentadbir dan memajukan dunia agar makmur dan harmoni~
Thursday, June 17
kala hujan menitis...
Khairil gembira melihat Nadia gembira. dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. berhijrah ke ruang yang lebih diredhai. ya, dia mahu berubah! dia mahu berhijrah!
Khairil melangkah longlai ke kamarnya. hatinya berbaur rasa. entahlah, waktu begini dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu akan sejarah hitamnya. dia juga tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yang penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hitamnya yang berbalam..
"saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dalam sangkat emas penuh noda. saya perlukan lelaki jujur yang luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaan-NYA, saya tidak perlukan lelaki hipokrit. saya perlukan suami yang boleh membimbing dunia akhirat. saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih Allah. saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."

"saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis"
gaya hidup yang mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yang meruncing antara yang cuba disampaikan dalam novel ini. untuk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan yang berwatak gelap Nadia dan Khairil yang terjerumus dalam dunia kemaksiatan. bermula dengan putusnya pertungangan yang mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri..
Sunday, May 16
cinta tanpa syarat

emak di sisi pusara abah
"dan rendahkanlah dirimu terhadap kedunya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"(al-israa' 17:24)
"Ya Allah, ampunkan dosaku, ampukan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMU sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil"
Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.
Entah Kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.
Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”
Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.
Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..
Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.
Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.
Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.
Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?
Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.
“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.
“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.
Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…
Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.
“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.
“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.
Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.
Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.
Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”
Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.
Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.
Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.

Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.
Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.
“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.
“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah. Aku lemah. Aku banyak dosa. Aku suka mengeluh. Aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…
NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:
Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
12 Mei 2007
Thursday, April 1
mengapa TARBIYYAH~
deminya ISLAM diturunkan. ISLAM adalah AL-QURAN dan RASULULLULAH SALLAHHAHU ALAIHI WASSALAM. AL-QURAN adalah isi yang sempurna pengajarannya sedang RASULULLAH adalah pembaca, pengajar dan pendidik manusia yang menerima AL-QURAN sebagai petunjuknya. maka is adalah ISLAM yang bermaksud sebuah kesempurnaan. sebabnya AL-QURAN adalah kalam ALLAH dalam surah2 yang dibacakan ke atas hamba-hambaNYA yang diciptakan. RASULLULLAH pula adalah utusanNYA dari langit yang sengaja disucikan daripada noda demi sebuah pengajaran, qudwah dan ikutan yang sempurna....
tiada yang mengenal manusia selain ALLAH. DIA menciptakan manusia dan alam yang mempengaruhinya. manusia tewas kepada apa yang mempengaruhinya dalam hidupnya. ia terumbang-ambing di antara unsur baik dan unsur jahat yang mengasak kehidupannya. hasilnya, lahir insan yang begitu tinggi peribadinya dan lahir juga insan yang begitu rendah peribadinya. kemudian bayangkanlah betapa luasnnya ruang yang menjarakkan antara lapisan-lapisan di antara kedua-duanya yang menjadi petunjuk kemuliaan dan kehinaan manusia....
bagaimana manusia mampu hidup di dalam dunia yang serba asing ini? manusia hanya bertahan hidup 70 tahun dalam kehidupan raya yang umurnya telah menjangkau juta-juta tahun. Banjaran Titiwangsa itu telah menyaksikan datuk kita yang pertama menjejak Tanah Melayu ini beribu tahun dulu sedang kita ini mujurlah sempat melihat Tok Janggut pada potretnya yang mulia. mana ilmu kita yang "tinggi" itu untuk mengenal erti kehidupan semesta raya ini...
manusia karam dalam kegelapan kejahilan. mereka mewarisi kejahilan temurun jauh ke depan mendahului pusaka ilmu yang sedikit. di mana harus dimulakan ilmu ini? pastinya ia mesti bermula dari mula iaitu dari mula Adam Alaihi Salam diciptakan atau dari mula beruk kera "Datuk Darwin" diciptakan. inilah ilmu pertama yang didambakan setiap kita iaitu dari mana kitam mengapa kita di sini dan ke mana kita selepas ini? siapa Darwin untuk menjawab soalan ini? adakah dia disemat sakti untuk kembali ke perut ibunya untuk menyelami kehidupan di alam rahim lalu menerobos laluan malaikat ke alam ruh sebelum ditiupkan ke rahim ibu? itukah Darwin dalam pengenalannya?
maksdunya adalah pencarian dalam kegelapan.. berani yang membuta tuli. apa ertinya selain dari kesesatan yang bertambah dan kekalahan yang mengecewakan...
tetapi manusia tidak dibiarkan begitu selamanya...
ada tangan yang menghulur.....
ada pertolongan yang tiba....
ada keajaiban yang hebat....
maka lahir manusia yang tidak dilihat kekecewaannya lantaran pengetahuan yang hebat tentang kehidupan.
dia hidup dalam dunia yang benar....
pegangannya benar...
pendiriannya benar...
cakapannya benar...
tindakannya benar...&
ajakannya adalah benar...
benar adalah kebenaran & kebenaran itulah al-Haq....
al-Haq adalah mutiara kehidupan dan tiangnya...
mengapa lahir manusia seperti ini dalam kelam duniawi ini? itulah kerana keajaiban yang dimaksudkan. kerana pertolongan yang tiba dari pencipta manusia yang menegtahui segalanya mengenai manusia. DIAlah ALLAH, Tuhan yang menciptakan segalanya. tiada sesiapa yang sebelum dan yang selepasNYA....
ALLAH memberi kita sinar yang memancar. DIAlah cahaya langit dan bumi..sinar itulah Al-Quran dan tubuh qudwah RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM...
Al-Quran adalah isi yang penuh. di dalamnya pengajaran yang penuh kebenaran yang berguna. RASULULLAH adalah urusanNYA. baginda membacanya, mengajarnya dan menyucikan manusia daripada kelam kejahilan dan dosa...
manusia adalah ruh yang dibalut tanah. ruh adalah dari sisi ALLAH, diturunkan lalu ditiupkan ke dalam kerangka dari tanah yang diuji kesempurnaannya sebagai ciptaan terbaik. manusia adalah ruh langit yang bertandang buat sementara di bumi ini...
ia mulia kerana ia adalah dari sisi ALLAH. maka, mengenali ruh adalah sebaik-baik ilmu untuk manusia. ALLAH memberi kita ilmu yang sedikt tetapi cukup untuk kita mengenal diri dan kehidupan secara yang benar dan membahagiakan...
jika kita memahami ini, kita akan lebih mudah untuk mengerti mengapa ilmu pendidikan hati dan jiwa menjadi begitu penting dan mesti. Tarbiyyah adalah inti pengajaran Al-Quran yang melengkapkan pengajaran akidah dan syariat. kita bergerak dan berfikir pada laluan dan lenggok hati yang berbagai-bagai. disitulah jatuh bangun manusia yang berterusan...
Thursday, March 18
::kegelapan::
tahukah anda kegelapan paling memuncak yang paling menakutkan? ya, bayangkan di malam yang gelap pekat, anda hanyut di tengah lautan yang luas, di bawahnya adalah kegelapan yang berlapis-lapis, di permukaannya pula kegelapan gelombang menghempas gelombang yang berlapis-lapis. dan diatasnya juga adalah kegelapan awan pekat yang berlapis-lapis. anda hanya mampu melihat sebuah kegelapan raksasa seolah2 anda kudung tanpa tangan.
anda memerlukan cahaya berlapis-lapis pula untuk melihat kembali tangan anda itu..
itulah bayangan anasir kegelapan yang berindih-tindih menahan cahaya matahari menerobos mata hitam kita. anasir yang saling membantu membutakan anda.
lihat Al-Quran, Surah An-Nur:40. rasakan kegawatan dan kegerunannya!!
dunia ini adalah gelap. saksikan alam semesta ini. kita seolah2 hidup tercampak di sebutir pasir yang halus di tengah2 lautan berbintang tanpa penghujung yang dilihat. lautan semesta diwarnai hitam gelap yang menakutkan, cahaya yang ada hanyalah bintik-bintik halus(bebintang) yang bertebaran yang tidak memberi sebarang makna untuk memecah kegelapan yang menghantui.

::DUNIA YANG GELAP::
kedamaian dan ketenangan pada melihtanya adalah hanya kerana bintik-binik bercahaya itulah. jika tidak, di mana keindahan alam semesta? semuanya gelap...
::begitu dunia ini, begitulah dunia hati...dunia manusia..
manusia bangun tidurnya, gerak kakunya dan hidup matinya adalah pasa sekeping hati (baca jantung) yang berdegup-degup di dada, itulah. baik buruk manusia tergadai pada sihat sakit hati itu.
hari ini kita adalah manusia yang dipandang. dulu kita adalah segumpal darah yang digantung di rahim ibu. sebelumnya kita adalah satu daripada jutaan sel halus yang merawak-rawak datang tanpa hak memilih takdir dan ketentuan..
masa itu, di mana tangan, kaki, mata, telinga dan mulut? hah. di mana hati dan jantung?
kemudian dari mana sel yang menakjubkan ini? tiba2 ia datang lalu terjun ke alam semesta yang luas terbentang. maka, maka apa pula tujuannya dan peranannya??
kita datang dari kawasan liputan yang diwarnai kejahilan. tak tahu apa-apa.apa itu apa??
::KEJAHILAN ADALAH KEGELAPAN::~
kita datang dari lubuk yang gelap, tercampak di dunia yang gelap. kehidupan yang diwarnai kejahilan.
apabila si jahil berkata "aku tahu", maka itulah lapisan kegelapan demi kegelapan..
oh di mana bintik-bintik cahaya itu? bebintang bercahaya itu? di mana kedamaian dan ketenangan di kehidupan ini??
perhatikan. kita di bumi mendongak di langit. lihatlah kegelapan yang melebar di seluruh ufuk. tidak! mata kita segera teralih pada bintik-bintik cahaya bintang yang bergemerlapan. ah, sungguh indah cahaya itu!! kita ingin segeranya terbang menuju ke arah cahaya yang datang.
perhatikan pula. malaikat di langit menunduk ke dunia. gelap. lihatlah, aduhai malaikat pada kegelapan di seluruh ufuk. tidak! mata malaikat terus teralih pada bintik-bintik cahaya di muka bumi. ah, ada cahaya!! ia segera terbang menerpa. apakah gerangan cahaya itu??
ia adalah masjid ALLAH yang tersergam di seluruh pelosok bumi. malaikat segera melebar sayap mendekati. ah, ada cahaya lagi? apa?
ia adalah manusia mukmin yang tengah beribadat bersujud pada tuhan bersaf-saf. malaikat terus mendekati melebar sayapnya. ah, ada cahaya lagi!!ape?
ia adalah hati yang bersinar-sinar dengan ayat-ayat Allah yang dibaca siang dan malam.
itulah cahaya yang ada. ada di dunia ini. selepasnya adalah kegelapan....
lihat Al-Quran, surah An-Nur:35,36,37,38. rasakan kemanisan dan kegirangannya....
cahaya adalh Al-Quran, mukmin dan masjid. jadilah penghayat Al-Quran, pemakmur masjid dan orang yang beriman. kita adalah cahaya. cahaya atas cahaya~
Sunday, February 14
let us gain ALLAH's love~

::get closer to ALLAH by performing voluntary deeds after completing obligatory deeds::
::continue to remember ALLAH under all circumstances, with our tongue, heart and actions.the extent of our love for ALLAH is determined by this::
::we should give precedence to what which ALLAH loves over what we love when we are overtaken by our desires::
::the heart being avid of ALLAH's Names and Attributes and the heart roaming in that garden of knowlegde::
::we should observe ALLAH's kindness, goodness & bounties, both hidden and open::
::our heart should be soft, subdued and meek before ALLAH::

::being alone with ALLAH during the time when ALLAH descents during the last portion of the night while reading Qur'an and ending that by asking for forgiveness and repenting::
we should sit with the beloved and sincere pious people, benefiting from the most fruitful of their speech. we should not to speak unless speaking is more beneficial and we know that it will improve our state and be beneficial to others::
::we should remain away from every causes that comes between our heart and ALLAH::
Monday, January 25
::surat terbuka daripada iblis::~
tadi malam waktu tidur, aku lihat ko tidak memuji ALLAH, tidak berselawat, tidak membaca ayatul kursi dan tiga kul. ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tido bukan untuk menbaca ALQURAN..sesungguhnya engkau tidak membuang masa...pagi ini aku lihat ko tidak bangun mengerjakan solat subuh.bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah2 bangun dan memendekkan tidur.tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
aku lihat engkau jarang2 mengambil wudhuk'. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. aku lihat engkau tidak pernah membaca bismillah sewaktu hendak makan. ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah..ini bagus juga..cukuplah engkau sendawa kuat2 seperti lembu~
hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa memberikan duit sesen ataupun seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji kerana engkau tidak membuang2 duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberikan ALLAH.engkau seorang yang berjimat cermat..biarlah rezekimu untuk kegunaan ko seorang, untuk menonton wayang, berholiday di genting dan membeli kemewahan dunia.
aku lihat bila kau bertemu sahabat handalmu, engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM. engkau mengucapkan HI EVERYBODY..ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tidak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
duhai manusia,
apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila kulihat hamba-hambaNYA yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnye dengan berzikir dan merintih mengenangkan dosa2 nya yang dah lepas kerana pintu taubat telah dibuka ALLAH seluas-luasnya. namun aku tetap gembira kerana ade dikalangan kamu yang masih sudi menjadi temanku, melepaskan peluang mendapatkan rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia2, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadu penyambung tugasku di sepanjang bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini..di akhirat nanti engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegangan tangan menuju NERAKA ALLAH..
sahabatmu yang tercinta~
IBLIS LAKNATULLAH...

s
Sunday, January 10
::destinasi cinta::~

di halaman subur rahmat MU tuhan
tiap jejak yang bertapak debu kejahilan
akan kujirus dengan madu keimanan
tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadam api neraka
andai benar mengalir dari nasuha nurani
takkan berpaling pada palsu duniawi
destinasi cinta yang kucari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa
di dalam hati
telah kuredah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang kutemui
hanya kecewa menyelubungi
ku gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
untuk kusemai manjadi sepohon makrifat
moga dapatku berteduh di rendang kasihMU
namun ranjaunya tidak akan sunyi
selagi denyut nadi belum berhenti
durjana syaitan akan menodai
segumpal darah bernama hati
lestarikan wadi kalbuku oh tuhanku
leraikan aku dari pautan nafsu
biarpun sukar bagiku melamar redhaMU
namun masihku mengharap ampunanMU
WAHAI TUHANKU..YA ALLAH
Wednesday, October 21
10 nasihat untuk orang bercinta~

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.








