Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Tuesday, August 24

ALLAH, tentukan yang terbaik untukku~

salam pembuka bicara~mari sama2 banyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini~jom sucikan hati, jernihkan jiwa dan buanglah segala yang keruh~insyaAllah bulan ini bulan yang penuh dengan segala rahmat Allah~

alhamdulillah, akhirnya dapat jua aku curi sedikit masa sibukku untuk mencoretkan something yang telah lama aku ingin coretkan...

hari jumaat lepas, result interview aku dah kuar, result Biasiswa Kementerian Tenaga Akademik under KPTM~..alhamdulillah, syukur..sungguh Allah itu maha pemurah lagi maha menyayangi~perasaan gembira yang tak dapat aku luahkan dengan apa2 sekalipun lebih dari sedalam rasa yang aku rasa...terima kasih Ya Allah atas rezeki itu~

dengan keluarnya result itu , bermakna aku dapat mengurangkan sikit beban abah untuk menanggung kos pengajian aku yang selama 4 tahun ni since aku ade lagi 5 orang adik yang masih bersekolah~

dalam erti kata lain, aku perlu lebih fokus dalam study so that aku dapat capai apa yang perlu untuk meneruskan aku ditaja...so, aku kena study+study+study=excellent, insyaALLAH....



dan aku punyai azam yang lama aku pendam semenjak aku menjejakkan kaki di taman ilmu dan budi ini...dan sekarang aku dapat meneruskan lagi azam aku sehingga aku berjaya merealisasikan azam aku itu~

ha, korang wonder tak apa azam aku tu? adakah kawen? oh tidak...aku takkan kawen selagi tak abes belajar...hurm..azam aku tu adalah aku dah tak nak involve dalam position society but i'm just want to be committe for programme only~
biarlah kesibukan dahulu menjadi kenangan terindah dan paling terindah dalam hidup aku sampai aku mati....aku tidak pernah sesekali menyesal menjadi salah sorang dari family FSCC, tapi aku merasakan sekarang inilah masa untuk diri aku tunaikan hak diri, family dan agama insyaALLAH....jadi, aku harap mereka2 semua faham biarpun tidak dapat menyelaminya secara nyata dan terang, tapi satu je aku pinta agar mereka menghormati azam aku ini....aku tak suka dipaksa tapi aku jugak susah nak tolak permintaan orang lebih 2 lagi bagi mereka yang sangat mengharap...ya , aku tahu..di situlah letaknya pengorbanan...memang hidup ini perlukan perjuangan dan sesungguhnya perjuangan itu menuntut seribu satu pengabaian perasaan sendiri semata2 untuk berjuang~aku tidak sesekali menafikan kebenaran hakikat ini cuma alasan yang lebih kukuh untuk aku tidak menjadi seperti dahulu hanya aku yang faham sebab aku adalah aku....jadi, aku hanya mampu berdoa yang terbaik semoga Allah berikan yang terbaik jua untukku~

rezeki biasiswa ini jgak bermakna after aku abes belajar, aku akan berkhidmat dengan KPTM sebagai lecturer INSYAALLAH...so maknanya aku dah dapat kerja....just kena mantain result dan struggle for the best~apa yang aku nampak kat sini, sijil kokurikulum tak berapa diperlukan....aku hanya mahu menimba pengalaman dalam programme2 kecik jep...aku sukakan pengalaman bekerja sebab dari situ aku dapat belajar seribu macam perkara baru...how to mange people, how to deal with officer n so on~

dan yang terakhir aku rasa....satu frasa ayat yang paling aku ingat masa aku diinterview di putrajaya haritu ialah..".it is not about to compete with others, but it is about to compete with yourself"...yeah, that rite~ah, pedulikan semua orang, lantaklah markah sape yang paling tinggi ke, sape yang paling pandai ke~aku dah tak nak kisah...yang penting diri aku sendiri~ini yang perlu aku tekankan~

Friday, August 20

Qu Kangen Ayah


Seperti biasa Rudi, Kepala Cabang di sebuah perusahaan swasta terkemuka di Jakarta, tiba di rumahnya pada pukul 9 malam. Tidak seperti biasanya, Imron, putra pertamanya yang baru duduk di kelas dua SD yang membukakan pintu. Ia nampaknya sudah menunggu cukup lama.

“Kok, belum tidur?” sapa Rudi sambil mencium anaknya. Biasanya, Imron memang sudah lelap ketika ia pulang dan baru terjaga ketika ia akan berangkat ke kantor pagi hari. Sambil membuntuti sang ayah menuju ruang keluarga, Imron menjawab, “Aku nunggu Ayah pulang. Sebab aku mau tanya berapa sih gaji Ayah?”

“Lho, tumben, kok nanya gaji Ayah? Mau minta uang lagi, ya?”

“Ah, enggak. Pengen tahu aja.”

“Oke. Kamu boleh hitung sendiri. Setiap hari Ayah bekerja sekitar 10 jam dan dibayar Rp 400.000,-. Dan setiap bulan rata-rata dihitung 25 hari kerja. Jadi, gaji Ayah dalam satu bulan berapa, hayo?”

Imron berlari mengambil kertas dan pensilnya dari meja belajar, sementara ayahnya melepas sepatu dan menyalakan televisi. Ketika Rudi beranjak menuju kamar untuk berganti pakaian, Imron berlari mengikutinya.

“Kalau satu hari ayah dibayar Rp 400.000,- untuk 10 jam, berarti satu jam ayah digaji Rp 40.000,- dong,” katanya.

“Wah, pinter kamu. Sudah, sekarang cuci kaki, bobok,” perintah Rudi. Tetapi Imron tak beranjak. Sambil menyaksikan ayahnya berganti pakaian, Imron kembali bertanya, “Ayah, aku boleh pinjam uang Rp 5.000,- nggak?” “Sudah, nggak usah macam-macam lagi. Buat apa minta uang malam-malam begini?
Ayah capek. Dan mau mandi dulu. Tidurlah.”

“Tapi, Ayah…” Kesabaran Rudi habis.

“Ayah bilang tidur!” hardiknya mengejutkan Imron. Anak kecil itu pun berbalik menuju kamarnya. Usai mandi, Rudi nampak menyesali hardikannya. Ia pun menengok Imron di kamar tidurnya. Anak kesayangannya itu belum tidur. Imron didapatinya sedang terisak-isak pelan sambil memegang uang Rp 15.000,- di tangannya.

Sambil berbaring dan mengelus kepala bocah kecil itu, Rudi berkata, “Maafkan Ayah, Nak. Ayah sayang sama Imron. Buat apa sih minta uang malam-malam begini? Kalau mau beli mainan, besok’ kan bisa. Jangankan Rp 5.000,- lebih dari itu pun ayah kasih.”

“Ayah, aku nggak minta uang. Aku pinjam. Nanti aku kembalikan kalau sudah menabung lagi dari uang jajan selama minggu ini.”

“Iya,iya, tapi buat apa?” tanya Rudi lembut.

“Aku menunggu Ayah dari jam 8. Aku mau ajak Ayah main ular tangga. Tiga puluh menit saja. Ibu sering bilang kalau waktu Ayah itu sangat berharga. Jadi, aku mau beli waktu ayah. Aku buka tabunganku, ada Rp 15.000,-. Tapi karena Ayah bilang satu jam Ayah dibayar Rp 40.000,-, maka setengah jam harus Rp 20.000,-. Duit tabunganku kurang Rp 5.000,-. Makanya aku mau pinjam dari Ayah,” kata Imron polos.

Rudi terdiam. Ia kehilangan kata-kata. Dipeluknya bocah kecil itu erat-erat.

Tuesday, August 10

saje-saje~

assalamualaikum...lama rasanya tak update post dalam blog aku ni...
sebenarnya semenjak dua menjak ni aku sangat sibuk sekali...kelas+tutorial+kuiz+balik kampung+demam+lapar~huhu

dan untuk post kali ni aku tak tahu nak bagi title ape...so aku tibai jela saje-saje...
aku baru baik dari demam yang agak teruk jugak...dah lama aku tak demam macam ni and maybe kali ni Allah nak uji tahap kesabaran dan ketabahan aku yang bergelar hambaNYA sejak dari azali lagi T_T...thanks to all my fwenz, falaha, amalina, feefah coz banyak tolong aku time aku kritikal~

hurm.....apa lagi ek nak cte...esok dah masuk Ramadhan kot, bulan untuk kita semua berpuasa....tapi tahun ni aku sangat sedey~kenape? haa..cuba teka?
aku sedey sebab kat uia kuantan ni aku tak rasa aura nak sambut Ramadhan...berbeza kalau kat PJ dulu....banyak programme dan aktivity yang membuatkan semangat untuk sambut Ramadhan membara macam api=)
tapi nak wat camne, life must go on rite? so, i will continue living like this and make something that can lead myself to be happy~insyaAllah~

okayh..aku baru jep bawak kereta datang sini dan sekarang aku gunakan kereta tu untuk ke kelas...kete tu mak yang bagi..keta atoz mak....thanks mak...akan kujaga kereta itu dan rumah aku di kuantan ni...
dulu mok nik, mak sedara aku ade kat kuantan, so mok nik selalu amek aku setiap kali hujung minggu~tapi sekarang mok nik dah kerja kat KL balik...so aku kembali berseorang meniti hujung2 mnggu ku di sini....bertahan wan untuk 4 tahun~yes, i can do it...
thanks to mok nik sebab help me to bring the car from kelantan to kuantan last sunday~
so sekarang aku dapat ulang alik dengan mudah disebabkan adanya kereta....

actually, tujuan mak bagi aku gune kereta sebab mak dan abah nak suruh aku setelkan hal2 rumah, macam surat2 ke, cukai2 ke....sebut pasal cukai ni, aku tak bayar lagi cukai taksiran kedai mak kat MPK...tak tau lagi nak gi bile...due date die 31 hb ni...nanty akan kucari kelapangan masa dan pergi ke MPK itu....

hurm..cakap pasal bawak kereta...aku macam segan jep...n sekarang aku nak usaha untuk dapatkan sticker student in campus untuk mengelakkan kereta itu di clamp dan disaman..kalau itu yang terjadi, alamatnya melayang la duit aku yang dah tak berapa banyak ni....Ya Allah, mintak jauhlah...dan kak anis, kakak nursing third year dah setuju nak tolong aku..kak anis ni kakak faci aku untuk Halaqah 1....thanks so much kak anis~

n lagi satu, belanja pun mesti banyak kalau bawak kereta memandangkan minyak kereta makin lama makin naik..huh~so i must do something to support duit minyak kereta...aku decide untuk buat perkhidmatan delivery iaitu menghantar sesiapa yang mahu pergi ke bandar atau seumpama dengannya dan dikenakan bayaran sebanyak rm 7...sama macam pak teh dan beberapa orang senior di sini memandangkan bas ke bandar tiada di dalam uia~
dengan ini, aku harap sangat2 dapat support duit minyak dan duit belanja aku di sini....

hurm....abes bab kereta, masuk pulak bab aku interview scholarship kptm atau nama lain nya bkta~i'm the first group and the first person for individual session~huh, cuak tu takyah kata r...sejuk gile tangan aku tanda cuak....speaking pun ketar2~
sampai sekarang aku terbayang2 muka dua orang doktor yang jadi penginterview aku tu...huh, andai ada rezeki aku, ALHAMDULILLAH~ jumaat ni 13 hb 8 akan kuar resultnye~
kalau aku dapat, thats mean aku akan grad dan bekerja sebagai lecturer selama 5 tahun tak silap aku...doakan aku dimurahkan rezeki insyaAllah~
time interview tu aku terkejut tahap cipan nampak seseorang yang amat aku kenali, mak cik Aini, adik abah aku....huh, rupanya2 dia adalah salah seorang penginterviewer kami tapi nasib baik mak cik Aini duk bilik lain dan aku bilik lain, huh, selamat kot~
ada kawan2 aku cakap aku boleh mintak tolong dia since dia relatives aku tapi ntahlah..aku takde lah pulak kol dia after interview tu...
so, sekarang ni aku redho jep sebab aku dah buat yang terbaik dengan seluruh kudrat yang ada, dan sekarang adalah masa untuk pasrah atas segala ketentuan~ceeewwwah~
so, aku menanti ketibaan hari Jumaat ni dengan perasaan yang sangat2 berdebar...mungkin aku sangat berharap barangkali=)
apa2pun aku tahu ALLAH dah tetapkan yang terbaik untuk aku~

Wednesday, August 4

::kasih IBU membawa ke syurga::

tanpa sedar, menitik air mata baca surat ni..aku copy and paste from facebook..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..




Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas...


jadi..hargailah setiap jasa ibu anda dan untuk mereka yang masih punyai ibu sepertiku, jangan sesekali siakan mereka kerana andai suatu hari ALLAH lebih menyayangi mereka, dan bakti anda masih belum cukup, sudah tentu anda akan merasa sesal yang teramat...dan sesungguhnya aku amat menyayangi mak aku...

i luv u mak~