Tahun 2016, tahun yang takkan kulupakan sampai bila-bila, tersemat kukuh di hati dan di ingatan segala apa yang berlaku untukku, yang pastinya tersurat dalam suratan takdir Allah dan tidak lain tidak bukan hanya satu yg Tuhan mahu ajari aku: iaitu untuk kuat dan terus kuat meniti masa hadapan..
"YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK"!!
Tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata segala rasa yang hanya aku dan Tuhan yang tahu. Entah berapa banyak bertongtong air mata yang keluar menangisi jerih payah kehidupan.
Tidak kurang juga air mata kegembiraan untuk beberapa perkara gembira yang berlaku. Alhamdulillah. Nikmat Allah itu terlalu banyak. Cuma aku yang perlu bukak hati untuk jadi orang yang celik matanya mensyukuri apa yang Allah bagi. Bersyukurlah supaya hatimu tenang. tenang dalam alunan cinta dan kasih sayang Allah.
2017 bakal menjelang. apa yang aku harapkan hanyalah sekeping hati yang terus tabah dan bertabah untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Dunia hanyalah pinjaman dan yang kekal hanyalah Allah sahaja. Sekeping hati yang membolehkan aku menjadi perantau sementara di dunia dan meraih sebanyak mana pahala dalam nikmat dan ujian yang Dia beri.
"ANOTHER CHAPTER, ANOTHER PEOPLE, ANOTHER VIEW, ANOTHER EYES. ANOTHER WAY OF LIFE WILL LEAD YOU TO ANOTHER YOU".
Sesungguhnya saat perjalanan ini hanya untuk Dia, moga Dia redha.