Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Tuesday, December 13

2016: Antara suka dan duka: semua takdir Allah.

Tahun 2016, tahun yang takkan kulupakan sampai bila-bila, tersemat kukuh di hati dan di ingatan segala apa yang berlaku untukku, yang pastinya tersurat dalam suratan takdir Allah dan tidak lain tidak bukan hanya satu yg Tuhan mahu ajari aku: iaitu untuk kuat dan terus kuat meniti masa hadapan..

"YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK"!!

Tidak mampu untuk aku ungkapkan dengan kata-kata segala rasa yang hanya aku dan Tuhan yang tahu. Entah berapa banyak bertongtong air mata yang keluar menangisi jerih payah kehidupan.

Tidak kurang juga air mata kegembiraan untuk beberapa perkara gembira yang berlaku. Alhamdulillah. Nikmat Allah itu terlalu banyak. Cuma aku yang perlu bukak hati untuk jadi orang yang celik matanya mensyukuri apa yang Allah bagi. Bersyukurlah supaya hatimu tenang. tenang dalam alunan cinta dan kasih sayang Allah.

2017 bakal menjelang. apa yang aku harapkan hanyalah sekeping hati yang terus tabah dan bertabah untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Dunia hanyalah pinjaman dan yang kekal hanyalah Allah sahaja. Sekeping hati yang membolehkan aku menjadi perantau sementara di dunia dan meraih sebanyak mana pahala dalam nikmat dan ujian yang Dia beri.

"ANOTHER CHAPTER, ANOTHER PEOPLE, ANOTHER VIEW, ANOTHER EYES. ANOTHER WAY OF LIFE WILL LEAD YOU TO ANOTHER YOU".

Sesungguhnya saat perjalanan ini hanya untuk Dia, moga Dia redha.

Monday, March 25

with adam~










ini adalah anak saudara pertama aku, excitednye masa dia lahir, aku yang dukung bawak balik umah, sekarang dah nak masuk 7 bulan, asyik sengih je...huhu....rindu.....n sekarang tak sabar nak tunggu dia pandai cakap, t mesti dia dah pandai panggil "ummi"~

semoga Adam terus membesar menjadi anak yang soleh dan semoga sentiasa sihat selalu, sayang adam=)

Thursday, December 13

berjalan tanpa henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah
Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
by devotees~


^=^
saya sangat suka lagu ini, bukan setakat lagu, tapi punyai maksud yang mendalam....

ingat lagi kata-kata bekas pengetua pertama SBPIK, integrasi kuantan ketika saya (kami merupakan batch yang pertama masuk ke sekolah itu, 4 ogos 2003)..."always push our limit"..kita bukan tak boleh buat, kita boleh, cuma kena push diri sendiri untuk lebih berusaha, lebi berdikari n etc....tak kisahlah dalam apa jua yang kita buat asalkan mematuhi dua syarat ibadah~niat dan mengikut syariat, walau sekecil-kecil perkara,walau siapa pun kita, hakikatnya kita semua SAMA....masing2 makhluk ciptaan Allah dan suatu hari nanti semua akan akan kembali kepada DIA... Allah tidak lihat rupa kita, harta kita, pangkat kita, tapi yang Allah lihat keimanan kita, sejauh mana kita BERUSAHA...bukan hasilnya...kerana hasil menuntut kejayaan atau kegagalan, ade orang yang berjaya tapi tak bahagia, ade orang yang gagal tapi bahagia..ade orang kaya tapi rasa duit selalu tak cukup dan ade orang miskin tapi rasa semua cukup.....rahsia di hati hanya Allah yang tahu...biarkan manusia sekeliling berkata-kata kerana kita tidak mampu untuk menutup mulut mereka, bukankah kita masing2 ade kebebsan untuk bersuara? hanya orang yang berhikmah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan sesunguhnya penilaian manusia itu hanyalah sekecik-kecil perkara....ahhh, pedulikan mereka...yang penting aku dan cara aku...aku tahu apa yang aku buat....dan segala apa yang aku buat adalah kehendak dan dengan izin Allah....~

moga- moga rahmat Allah sentiasa ade dan hampir dengan aku.....walau ujian dan nikmat datang menyinggah...

hanya iman yang dapat mempositifkan segala keadaan~

semoga Allah mudahkan segala urusan dunia untuk menuju akhirat nanty
^~^

Wednesday, October 31

selagi masih ada~

sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam...
malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir,
sejarah kehidupanku, bukankah itu sekadar untuk mematangkan?

terima kasih kerana berjaya membentuk "aku" pada hari ini,
 aku yamg tidak mahu untuk mudah lupa diri,
 aku yang mahu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada...
aku yang mahu menitip setiap hikmah dari apa yang berlaku..
aku yang sentiasa mahu memandang positif akan semua perkara....
insyaAllah

Sunday, July 8

liga ilmu

dah lama rasanya aku tak update blog ni, bukan rasa dah ni, memang betul lama kot...aha, kali ni pun tengah cuti, tetiba dapat mood n ilham nak update pasal rancangan kat astro oasis tadi....

BEST!!
dua hari berturut-turut aku tengok, sabtu n ahad 12-1 p.m

semalam tajuk "pemimpin..hak mutlak kaum lelaki"
hari ni tajuk " penjagaan ibu bapa, lelaki atau perempuan?"

gaya penyampaian ilmu dalam rancangan ni adalah ala-ala bahas macam tu, aku suka tengok orang berbahas ni..huuu, agaknya mood masa jadi committee interschool debating championship tak habes lagi kot....

tapi kan, liga ilmu ni lagi best kalau aku dapat tengok live...perdebatan antara panel2 dari imam muda n ustazah pilihan....mereka berbahas berdasarkan ayat2 ALLAH dan hadis Nabi s.a.w (selawat dan salam atas junjungan baginda)....dan yang paling penting, mereka berbahas bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, tetapi sekadar menimbulkan kesedaran yang tidak berbelah bahagi kepada kita sebagai ummat Islam pada hari ini.....~

best, tak caya? try r tengok....

kelakar kot...aku siap gelak sakan pun ade bile tibe part lawak tu la.....plus moderator pun kelakar, dr, ridhuan tee....

balik kepada main point yang aku ingin kongsikan kepada kalian, ceh..bunyi macam skrip ucapan tyme acara ape je aku ni..haha...

tajuk hari ni best dan memberi aku seribu makna...yelah pasal mak ayah kan...lebey2 lagi sekarang aku tengah cuti, inilah masanya untuk aku berbakti kepada mereka semampu-mampunye.....yup, hargai mereka selagi mana kita punyai mereka, itulah nikmat yang langsung tidak dapat dibeli dengan harta yang bertimbun-timbun mahupun berjuta-juta wang ringgit....

tanpa mereka, tiadalah aku pada hari ini....~

saat yang paling tersentuh hati aku bile moderator dr riduan tee bercerita mengenai arwah ibu beliau yang tidak seagama dengan beliau ketikamana ibunya dicabut nyawa oleh Allah dan dia tidak dapat menguruskan jenazah ibu beliau mengikut syariat Islam....beliau sangat sedey dan hanya mampu melihat mayat ibu beliau diseksa (diuruskan mengikut adat dan agama ibu beliau)..beliau tidak mampu berbuat apa2 kerana perbezaan agama yang menghalang dan hanya mampu memandang dari jauh...~

semasa berbicara mengenai isu ini, mengalir air mata dari kelopak mata beliau yang sebagai moderator pada hari itu.....

slot seterusnya diambil alih oleh imam muda hassan yang turut bercerita mengenai arwah ayah beliau yang pergi menghadap Illahi ketika beliau masih muda..teramat muda...iaitu 7 tahun.....pada ketika itu, beliau hanya mampu melihat jenazah arwah ayah beliau dimandikan kerana beliau masih terlalu kecil untuk memandikan jenazah itu.....

motifnye di sini, mereka sangat2 mengharapkan kita menghargai ibu bapa kita yang masih hidup pada saat dan ketika ini, jangan smpai mereka pergi tanpa sempat kita berbakti kepada mereka terlebih dahulu....

hakikatnya, walaupun kita tidak mampu membalas 100% jasa mereka, tidak mengapa. buatlah sehabis baik dan apa yang terdaya kerana mereka tidak sesekali mengharapkan budi mereka dibalas, tetapi hanya kasih sayang yang kekal abadi....itu yang mereka inginkan...dengan adanya kasih sayang ini, pasti kita sebagai anak tidak akan meletakkan ibu bapa kita di rumah orang tua-tua ataupun tinggalkan di jalanan barangkali..nauzubillah....

pesan dr riduan, banyak sangat bakti yang boleh kita buat untuk ibu bapa kita lebih2 lagi yang seagama dengan kita...buakn setakat banyak, bahkan teramat banyak....sedarlah wahai penonton sekalian, ini ayat beliau yang sangat menusuk aku rasa....ayat yang datang dari hati beliau sendiri....~

papepun, peringatan ini tidak lain tidak bukan amat ditujukan untuk aku sendiri dan seterusnya kepada yang mebaca..manusia itu bukankah sifatnya lupa, jadi memang perlu untuk saling mengingati antara satu sama lain....

sebagai penutup, ye..akan aku manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya.....aku sayang dan teramat sayang akan kedua-dua insan ini yang jasanya terlalu dan terlalu bannyak sekali kepada aku....dan kasih sayang ini adalah kerana Allah~

mohon redha mak dan abah agar aku dapat terus hidup dalam rahmat Allah yang tak bertepi, insyaAllah..

Friday, July 6

takdir cinta




Ku tutup mataku

Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengulir lembut



Benguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku




Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa



Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan tuntunlah hatiku



Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


by rossa..

lagu ni best, first tyme dengar pun aku dah jatuh cinta=)
lirik pun best, ade makna yang perlu difahami

takdir cinta

=)

Thursday, April 26

ukhuwwah, retorik?


Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian.

Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.

Tuesday, April 17

down

pernah tak rasa macam diri adalah orang yang paling bodoh dalam kelas?

sedey kan?

aku tak tau kenapa aku rasa macam tu bile kelas algebra?

kenapa kelas lain tak tapi kelas tu je....apa yang aku dah buat ek?

ok, balik muhasabah balik....

memang aku tak put on much effort pun on that paper during midterm, buat atleast Alhamdulillah....

dan sekarang aku rasa macam terus nak amek final je, sebab aku tak nak jumpe that person anymore....urm.....

Ya Allah, tabahkan hati aku seadanya, semoga aku terus menjadi insan yang redha....always...

Saturday, April 7

sekadar renungan

"ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga"

Tuesday, March 6

fobia~

sem lepas yang mencabar dahpun berlalu dengan result mats method n english for academic writing yang memang mendropkan pointer aku....ok, dah lepas, so Alhamdulillah, at least aku dah cuba yang terbaik.....dan untuk accounting, satu pengorbanan yang membuatkan aku rasa puas hati n lega..syukur, Alhamdulillah...

dan untuk sem ni, ALGEBRA pulak menanti aku..sumpah aku fobia lah dengan subject ni? eh silap, aku rasa bukan subject tapi the lecturer....bagi aku the most killer lecturer for this moment..haih, macam mane ye nak hilangkan rasa fobia ni? sem ni aku dah tak nak drop any subject..cukuplah sekali yang mengajar aku erti sebuah kegagalan..yela, manusia tak selalu nya perlu berada di atas, sesekali berada di bawah banyak hikmahnya...itu tandanya ALLAH sayang dan tak nak kita lupa diri kan=) insyaALLAH...

persoalannya, berbaloikah aku drop algebra dulu dengan rm300? dan takkan aku jadikan pengorbanan duit itu sia2 dengan pass algebra with flying colours.....tapi mampukah? kalau yakin tanpa usaha ibarat ilmu tanpa amal, definitely uselesss~~

always push my limit till the end and usaha selagi mana mampu....

aku sering ungkanpkan kalimah ini kepada mereka2 yang down dalam pelajaran but at this moment, i should tell it and ponder it to myself~go go wan....haih, fobia lah.....sngat~tak tahu kenapa~sabar wan..sabar....

okayh just mengharapkan apa yang terbaik untuk aku sem ni pulak, untuk sem2 depan malas nak pikir lagi..serabut....

may Allah always eases me and be with me~

sejarah kegagalanku masih belum berakhir, suatu masa akan kutebus kegagalan ini~

please pray for me ~

Monday, March 5

terimalah aku seadanya

assalamualaikum, lama kan tak update post baru kat sini, agaknye lah dah bersawang yang teramat banyak kot kat blog aku ni,...haih, dulu punyelah azam nak update once in a week ke...heheh, tapi tulah..bolehlah nak dikatakan aku ni tak istiqamah dalam penulisan blog, kekangan masa dan ketiadaan mood mungkin menjadi penyebab utama....

mencuba untuk berubah dari semasa ke semasa.....

make today is better than yesterday and make tomorrow is better than today....insyaALLAH...may Allah always be with me and you also=)

post ni khas untuk insan yang berada di sekeliling aku yang bernama kawan....honestly, aku sangat perlukan kawan sebab tujuan hidup ini bukan untuk berseorang kan....indah lagi terserlah seandainya aku punyai teman seperjuangan yang mampu menjadi lebih dari definisi seorang teman....

sapekah mereka?

suami? oh tidah, aku dah bosan dengan isu ini...bukanlah bermakna aku tidak ingin membina masjid tapi biarlah Allah sahaja yang menentukan kerana Dia adalah perancang segala-galanya..~

mereka yang aku maksudkan tadi ialah seorang teman yang mampu mengubah luka menjadi madu, memahami setiap langkah perbuatan aku dan sentiasa ada bila aku perlukan.....

sukar rasanya untuk aku cari seorang yang sebegitu buat masa ini, biarlah ALLAH dan keluarga yang menjadi pengubat....

kadangkala berseorangan itu lebih baik kan? daripada punya ramai teman tetapi hati tidak tenteram....hati sendiri pun susah nak jaga apatah lagi hati orang..so formula aku, jaga dulu hati sendiri sebab kalau diri sendiri tak jaga sape lagi nak jaga....jagalah hati supaya ALLAH pun jaga hati kita..sentiasa..sentiasa dan senantiasa....bila hati kita dekat dengan Allah, mesti kite tenang kan....? alangkah indahnya nikmat bila hati sentiasa dalam jagaan Allah....

akibat terlalu menjaga hati orang2 di sekeliling, hati sendiri pula yang makin bernanah dan bernanah~

bukanlah aku nak cakap tak yah langsung nak jaga hati orang, but then apa2 kat dunia ni kena bertempat, malu pun kena bertempat, bila orang tu dah pijak kepala kita, takkan kita still nak jaga hati orang tu? oh itu bukan aku....so, teman ..please accept me for who i am....

memang aku cepat marah, bolehlah nak kata aku ni baran jugak....yes, i admit it...aku ni memang garang, so, jangan buat aku marah..tapi aku marah kejap je sebab at that time memang aku tengah emo, tapi aku pun cepat sejuk....after a few hours, aku akan mintak maaf balik kat orang yang aku marah tu, the main point is bile aku mintak maaf is truly from my heart n the person involve would forgive me and then kiteorang akn jadi macam biasa seolah2 benda pahit tu tak pernah jadi...~those yang rapat dengan aku already know who i am....kan anis, shazlenna, timah and a few more maybe...

please appreciate people around us because we don't know when God is going to take them far away from us.....

and defnitely, i'm really appreciate those who called as a friend, we are also a family right?
hopefully, we are still can be together in jannah, Paradise of Allah~

berdoa dan terus berdoa agar aku menjadi seorang yang penyabar dan pemaaf, bila kita sabar, Tuhan kan makin sayang? bila kita mudah maafkan orang, orang pun mudah maafkan kita? nabi pun maafkan ummat, kita ni siapa tak nak maafkan orng....biarlah ALLAH saja yang menjadi penilai yang utama.....

dan dari lubuk hati yang paling dalam,
maaf segala salah silap aku dulu, kini dan selamanya...

tak semua pilhan atau tindakan dalam hidup ini perlu diceritakan kan?
so, fahami siapa mereka di sekeliling anda~

mood: ntah apa aku merapu ni....urm~

Wednesday, January 18

having purpose in life




this is my assignment for leadership class with madam yati..~take time jugak buat benda ni sebab tyme buat tu mood takde n kerje lain berlambak, but then Alhamdulillah, dah siap...

thanks to madam yati sebab kelas leadership ngan dia sangat best walaupun banyak kerja extra yang dia bagi kan....aku paling suke dengar dia bercerita n tengok gaya dia yang penuh dengan ekpressi muka dan gaya yang menarik...hopefully, one day, i wish i could be like her~

Everyone of us should be thankful to God for giving us chance to live in this beautiful world. Actually, why God created us? What is the purpose of our creation? Do you ever think about this question? Our purpose comes in the form of our goals, our dreams or our ambitions but we just do not know how to achieve them.. It is extremely important to discover the purpose of our life.

Likewise I am also the one who have great purpose in my life in order to enjoy and live in this temporary world with Allah’s Blessing. Generally, there are two main purposes that Allah had created human which are to be the servant of Allah who glorify HIM everytime and to be the khalifah to govern the world in appropriate way. Allah had stated in the Holy Quran in Surah Ad-Dzariyyat, versus 56 ( I have only created Jinns and men, that they may serve Me) and Al-Baqarah, versus 30 (Behold, your Lord said to the angles: “I will create a vicegerent on earth”.They said, “will You place therein one who will make mischief therein and shed blood?-whilst we do celebrate Your praises and glorify Your Holy (name)?”. He said: “I know what you know not”.)..It is such a big honour for Muslim to receive the responsibility. Definitely, Allah know what we do not know.

That is why I am putting my first purpose of life to be a good servant of Allah by obeying all HIS rules and avoiding the all His prohibition as well as doing other good deeds such as to be good to my parents, to organize a charity fund to orphanage and gain valuable knowledge through studying for the sake of Islam. Every second of time, I am trying to achieve the perfection of faith or in Arabic term, we call it “halawatul iman” as I know that the state of iman for human being could increase or decrease. I always forget for being thankful to God and that is why I love people around me who always remind me about Allah. I really love them especially my parents for giving me knowledges and train me to be a good person. I hope that I could do all my good deeds with ihsan in order to achieve rewards from Allah in the hereafter. Ihsan means we do things such as Allah is seeing us and if we can not see Allah, Allah is always watching us. There is no ones action that are excluded from Allah’s knowing. Subhanallah. Praise to Allah. The perfection of ihsan will lead us to be sincere in our deeds as we will do the best.

My second purpose of life is I want to contribute something for my religion. I have always heard about the history of Muslim who brings Islam to be ignited such as Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi and Saidina Abu bakar As-Siddiq. All of them had done a lot for the sake of Islam. I’m also wondering it is such a beautiful life if I can feel the embracement of Islam during that era and be a part of them. But, I know that I’m not strong enough to be like them as i’m lack of tarbiyyah. As time goes, i just can try to make myself better. I’m learning from mistakes and always hoped that today is better than yesterday and tomorrow is better than today. Amen.

However, nowadays world seems to be changing a lot as the development of the technology and most of the people now are in the state of dangerous. Everyday, we see so many news about immoral behaviour of youngsters, the Muslim is acting like non-Muslim and they are proud to do the prohibited things. I feel very disappointed and sad but i just can pray for them and do what I just can do. I am trying to learn beneficial knowledge as many as I can so that in the future I could be one of the good person that can benefits others. I will spread my knowledge and advise people to the right way insyaAllah. And for myself especially, please remember and always ponder on the purpose of this life is to have happiness in the hereafter. There is one of the hadith said that if we want the world, we must have knowledge. If we want the akhirah, we must have knowledge. And if we want both of them, we must have knowledge. This hadith shows us regarding the importance of knowledge. I always believe that people will develop themselves when their level of knowledge is increasing.

As the conclusion, I really hoped that i can achieve my purpose of life in order to make myself satisfy in whatever I do so that my journey of life will be meaningful. Always remind ourself that Allah did not created us without purpose. There are reasons behind our creation that leads to our existence in this world today. Please appreciate people around us as they are the gift from Allah and always do good deeds to them. One more important thing is about death. One day, all of us will definitely be called by Allah as we belong to HIM. Be prepared to face the death and there is another permanent life in the hereafter. People who always remember death are the intelligent ones. All of the advises are for the reminder especially for myself who tend to be forgetful. Let us come together to achieve Mardhatillah insyaAllah. Thank you for those who had supported me.=)

Tuesday, November 8

Lirik lagu dadali-di-saat-aku-mencintaimu

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta



Wednesday, August 24

mana mak?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, April 30

melakar cinta firdausi




Ya Allah
di malam yang sepi ini,
kulihat dosa-dosa,
mematikan segala hati,
hinanya diri aku,
bergelumang dengan dosa-dosa,
sedangkan lari dari segala dosa,
menyegarkan dan menghidupkan segala hati,
kebaikan buat diri jika menentangnya.

Ya Allah
berat sungguh ujianMU,
betapa ramai ummat lalai dengan suruhanMU,
tidak segan silu melakukan maksiat.

Ya Allah
aku tahu dosa itu juga tercalit pada diriku,
kerana menyaksikan maksiat saudara seIslamku,
oleh itu Ya Allah,
KAU berikanlah aku kekuatan untuk membimbing saudaraku,
andai aku lalai, KAU berikanlah aku petunjuk ke jalan yang lurus,
ke jalan yang ENGKAU redhai,
sesunguhnya aku hanyalah hambaMU yang lemah.

Ya Allah,
KAU sinarilah hati-hati kami dengan cahaya keimananMU,
KAU bantulah kami menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini,
kami tahu, kami adalah khalifah,
tanggungjawab seorang khalifah adalah tersangat berat,
tapi kami pernah berjanji,
gunung dan ganang tidak sanggup memikul amanah ini,
tetapi kami yang bergelar manusia,
menawarkan diri untuk memikulnya..

tetapi KAU lihatlah Ya Allah,
manusia kian lalai,
banyak dosa dan maksiat tercalit dalam diri,
oleh itu Ya Allah, bimbinglah kami sentiasa.

Ya Allah
KAU perintahkan aku untuk berdoa dan ENKAUlah yang akan mengabulkannya,
sesungguhnya ENGKAU tidak memungkiri janji dan membatalkannya,


Ya Allah
kebaikan yang ENGKAU suka..maka jadikanlah ia kesukaan kami,
dan rendahkan ia untuk kami,
dan kejahatan yang ENGKAU benci, maka jadikanlah ia kebencian kami juga,
dan jauhkanlah kami darinya.

Ya Allah
hambaMU ini memohon kebaikan sebagaimana yang dipinta oleh Nabi-MU,
Ya Allah,
kami telah menganiaya diri kami,
maka jika ENGKAU tidak mengampuni kami,
kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

oleh itu Ya Allah,
ampunilah kami, rahmatilah kami.

selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kelaurga baginda serta para sahabat...

Tuesday, April 26

orang baru

dua hari lepas aku dikejutkan dengan kehadiran dua orang baru di rumah yang terletak di Wakaf Che Yeh, Taman Guru ni....hurm...terkejut sampai ke hari ni actually..but i'm trying to adapt with it..

sebelum aku cte sapekah orang itu, meh aku cte dulu rentetan peristiwa yang membawa kepada kedatangan orang baru tu....

kat rumah ni, ade moyang aku sekali duk...nenek kepada ayah aku..so kire moyang aku lah....cuba bayangkan umurnya brape? kalau aabh aku tu dah 53 tahun, dia? hurm..ntahlah aku pun tak tahu..kalau tanya nenek dia pun tak hengat..mak kata umur dia dalam 100 lebey...panjang kan umur dia? itu semua kuasa Allah kan....yang aku tahu, dia pernah hidup masa zaman pendudukan jepun di tanah melayu....huhu..pernah jugak borak2 ngan dia pasal kekejaman tentera jepun dulu....

actually nenek ni bukan nenek kandung abah sebab mak abah pun anak angkat dia...tapi lepas je cucu2 dia lahir, maksudnya adik-beradik abah..dialah yang uruskan atau dalam kata lain yang menjaga mereka2 semua.....family abah memang dah senang sejak kecil dan abah memang berasal dari bandar, so, no wonder lah semua makcik pakcik aku belah abah semua kerja besar2 kan..tapi sayang aku tak rapat pun ngan mereka2 semua...mungkin jurang perbezaan yang memisahkan kiteorang..yela anak2 depa mostly blajar oversea..kalau yg jadi doktor tu tak yah cakaplah bape orang kan....tapi sorylah aku lebeh senang nak bergaul ngan kaum kerabat belah mak aku....tak tahu nape....

mak cte, nenek dulu terlalu manjakan cucu2 dia...makan pakai sume orang lain uruskan....bak kata mak mereka memang senang lenang la dulu2...termasuk abah....tp abah kawen ngan mak yg orang kampung je....tak kisahlah kaya ke tak asal bahagia sudaaah......
sebab sayanglah manjakan mereka kan, dan sekarang ni, mereka2 semua sibuk dengan kerja sampaikan nenek tak nak duk ngan depa....

sekarang ni nenek tinggal ngan kami..dulu ngan adik ayah aku..tapi dia tak nak dah duk sana, sebab takut duk sorang...so, mak pun amek la tanggungjawab nak jaga dia....selepas arwah nenek mak meninggal tahun lepas bulan 6....

aku cuba buat perbandingan antara dua keadaan yang mana bile nenek mak sakit, memang ramai nak jaga..sebab anak nenek pun ramai ade 13 orang....tapi nenek abah lain.sebab anak pun tak ramai....

dan aku ade bercita2 nak anak ramai=)haha

nenek abah tak nampak sangat, pendengaran pun kurang, nak jalan pun tak ley dah....just merangkak je...aktiviti harian dia, makan+solat+mandi+tido....kadang2 kesian jugak aku tengok nenek..mesti bosan kan...dan aku pun terfikir...

kite tak tahu umur kita ni sampai bape kan? kalu Allah mahu menguji kesabaran anak2 ataupun cucu2, Allah panjangkan umur kite untuk lihat bagaimana tahap keimanan kita menjaga orang2 tua ni....

sebab tu kena wat baik ngan sume orang, sayang semua orang tidak kira siapa mereka..kite semua kan bersaudara....kalau kita sayang kan orang, nanty sampai masa orang tu pulak akan sayang kat kite...hidup memang ibarat roda

hidup ni kalau tak dapat nak membahagiakan orang, cukuplah jangan menyusahkan orang...

bersyukurlah dengan apa yang ade, jangan sesekali dikufuri nikmat pemberian Allah, kerana Dia yang berhak memberi dan Dia juga yang berhak untuk mengambilnya....

dan dua hari lepas, mak cik aini, adik ayah aku yang kat johor tu hantar dua orang bibik...bibik dari indonesia...yang seorang tu just teman yang seorang lagi datang sini. nama mereka kak rani ngan kak riri...aku tak tahu apa nama penuh mereka...huhu....n kak rani sudahpun balik malam tadi..tinggallah kak riri sorang di sini....

aku actually kekok sebenarnya...sebab memang mak tak pernah amek orang gaji. dan mak pun tak nak amek..tapi keadaan yang memaksa aku rasa..sebab nenek tidak boleh ditinggalkan keseorangan. walaupun mak dh tak kerja tapi mak perlu juga ke sana ke mari amek adik dari sekolah, pergi ke pasar dan sebagainya...hurm....dan kerja2 di rumah ni pun kalau anak2 perempuan dia balik memang kiteorang akan buat semuanya...mak memang dah ajar dari kecik lagi buat kerja2 rumah ni., apa gune ade 4 orang anak perempuan kalau tak diajar buat kerja2 rumah? itulah cara mak mendidik kami semenjak kecil demi kesenangan masa depan...sebab tu aku kekok....bangun2 pagi tengok lantai rumah da bersapu..kalau tak aku lah yang kena sapu...hurm....

bile tengok kak riri, aku jadi sebak pulak..yelah....mesti dia merantau ke Malaysia demi mencari rezeki kan...umurnya muda lagi baru 27...n sudah berkahwin..tidak pulak aku tanya suami dia kat mane...

aku n ainun sudah pesan kat adik2 jangan anggap dia macam orang gaji..teruskan kehidupan macam biasa..lepas makan, basuh pinggan sendiri, jangan sepah-sepahkan barang...jangan susahkan kak riri sebab dia pun manusia biasa sama cam kite jugak...memang lah dia datang nak kerja....hurm....~~~

kat nenek jugak mak kata kak riri tu sedara mak. just datang nak temankan nenek...so, nenek takde lah suruh kak riri buat macam2 kan....

Ya Allah, rajin kot..abes semua cermin2 tingkap dilapnya....dibasuhnya....hurm....betul..kak riri memang sangat rajin...

dan hari ni masuk hari ketiga dia di sini....semoga semakin hari, semakin merapatkan jurang antara aku, adik2 dan dia.....~

seyes aku tak pernah nak anggap dia sebagai orang gaji kat rumah ni....memang aku ngan ainun teruskan buat kerja macam biasa...jemur kain, sapu sampah....hurm..mungkin lepas ni, aku dah balik u dan ainun dah stat kerja kak riri lah yang akan buat semua tu....

Saturday, April 23

mereka tidak sama seperti dulu~


assalamualaikum.....

tiba2 rasa sayu hari ni....bukan apa...semalam disebabkan kebosanan yang melanda akibat tidak mahu berbuat apa2...aku pun mengeksplore gambar2 yang ade dalam beberapa akaun fb rakan satu sekolah dulu....rakan yang sama2 berjuang demi mendapatkan ilmu semasa di menengah rendah dan di menengah atas.....

even budak2 yang satu u pun same je...pendek kata..don't judge a book by it's cover rite?
sebaliknya, pandanglah dengan mata hati~

ada diantara mereka dulu lain dan kini lain....jika perubahan itu ke arah kebaikan Alhamdulillah....dan ade juga diantara mereka sudah berubah menjadi orang lain..... ibaratnya, mereka sudah keluar dari kepompong penjara semasa di integrasi dulu..... jadi, dulu betullah mereka semua ni hipokrit atau ade sebab lain? ntahlah..aku kadang2 geram jugak....dulu bukan main baik je sampai pijak semut pun tak mati...tapi kenapa sekrang jadi lain? Astaghfirullah......
(seyes aku memang tak dapat lari dari perasaan geram ni)

yang sedeynya, dulu bertudung tapi sekarang dah tak tahu ke mana hilangnya tudung itu...tudung yang dulunya memelihara kesucian maruah seorang gadis kan....

benarlah hidayah itu datangnya dari Allah kan?
benarlah jua hati itu akan sentiasa berbolak-balik~
dan segumpal hati tidak pernah terhenti dari digoda oleh makhluk Tuhan yang bernama syaitan durjana itu...
lalu hati kenapa tidak pernah mahu berjuang untuk berjihad melawan nafsu syaitan serakah itu?

"Ya Allah, kekalkanlah hidayah itu dalam diri aku dan kembalikanlah hidayahMU kepada mereka yang aku sayangi....jua kepada mereka yang mahu berubah...bantulah mereka Ya Allah..aku mohon...."

dan pada hari ini, aku masih diberikan hidayah itu....semoga ianya kekal dalam diri aku....seiring dengan usaha yang dilakukan......

~semoga jalan yang sama2 kite renangi ini adalah jalan yang diredhai Allah~

pada rakan2 yang mengenali....silalah tegur seandainya diri ini terlebih atau terkurang..sesungguhnya seorang mukmin itu adalah cermin kepada mukmin yang lain....

dan aku bukanlah berniat untuk mengutuk sape2 atau memalukan sape...cumanya mahu mengambil pengajaran apa yang terbaik...dan maaf jugak untuk segala bahasa yang keterlaluan~

Wednesday, April 20

andaiku pergi-Mirwana~


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu




sangat best lagu ni..baru je dengar buat pertama kali, terus jatuh cinta..
jom sama2 kita hayati setiap bait kata yang tersirat~

Tuesday, April 19

jalan2 lagi + cuti~~



gambar sebagai hiasan~

assalamualaikum...hai blog...huhu..lama tak bersua muka kan..haha..almaklumlah tuan punye blog ni sibuk sikit....ni baru usai exam final untuk sem 2 dan baru je lepas gi jalan2 kat terengganu...balik kampunglah katakan...huuhu....eh, dah jadi orang terengganu ke aku? haha...tak lah...actually aku pergi melawat tempat batisiswa dulu masa jadi fscc ....kat lampung serada, pulau manis, kuala terengganu....kirenye balik kampung la jugak kan...dah setahun aku tak balik...haha..last pergi mase time kak naimah kawen..tyme tu pergi ngan mak, abah n amin...sekarang ni pergi, kak imah dh dapat baby dah....38 hari...huhu...comey bangat budaknya...aku ade amek gambar tapi tak ley bawak masuk..haha...lupa nak bawak balik usb kamera..huh, sengal...haha...

antara aktiviti yang aku buat kat sane selama 4 hari 3 malam

1)pergi jalan2 kat pantai...banyak gak pantai gi, pantai tok jembal, pantai teluk ketapang, pantai mengambang telipot...haha...pelik2 jugak namanya....tapi aku dah terhafal....
2) zul bawak aku, anis, n zqah makan sutun kat tepi pantai, n then pergi rumah die...huhu...
3) pergi melawat orang2 kampung, family anis, zqah..bak, umi, walid, pok, chek, che su...melawat jugak balai raya tempat operasi kiteorang dulu, amek2 gambar kenangan..huhu..seronok2~
4) round kampung naik moto ngan along, anak abang lah, petang tu lak bawak anis jugak...hohoho....orang2 kampung tengok macam cam je kiteorang ni budak uia..huhu
5) tolong pok n chek jual goreng pisang ngan air kelapa.....sedapnye makan goreng pisang panas2~
6) pergi taman tamadun Islam ngan teha...huhu....thanks teha sudi amek aku, bawak gi jalan2 n hantar aku ke terminal petang tu....~~seronok naik kete ngan hang....
7) makan macam2...haha...setiap kali datang umah orang kampung, mesti ade je makanan yang diorang hidang..siap ade bekal bawak balik lagi...gemuk kot aku kalau duk sane lama lagi...haha....sampaikan aku letih dengan perkataan makan je...haha
8) pergi jugak tengok lampu2 cantik kat kampung china...amek2 gambar...huhu.....yang pasti memang sangat letih..aku sakit kepala sampai n tetido dalam kete~

haha...banyak lagi actually....tapi takpelah....aku simpan ia sebagai kenangan terindah dalam hidup aku...neway, thanks to all of you....tribute to tehah, zul, anis, zqah, kak sa....irah....kak imah...n all~aku sangat-sangat menghargai jasa baik korang...hanya Allah yang dapat membalasnya....ade masa n ade jodoh kita jumpe lagi insyaAllah....yang penting jaga diri baik-baik dan semoga ukhuwwah yang kita bina ini kekal sampai ke syurga....

gambar sebagai hiasan sahaja~haha

dah habes cte pasal serada...nak sambung seket cte pasal tyme habes exam..maksud aku before berangkat gi serada...paper last, kos stand for islam and science..bolehlah dikatakan agak senang..tapi papepun aku tawakkal jela sekarang....semoga Allah tentukan yang terbaik untuk aku..cuak gak duk menghitung hari result kuar ni...ceh, macam nak tunggu orang masuk minang je..hakhak.....alkisahnya, aku ni nak duk umah dah lepas ni...tak nak dah duk hostel..alang2 dah ade rumah kan...aku sayang rumah tu...family aku baru je pindah awal tahun lepas...sebelum2 ni aku duk berulang-alik je tiap2 hujung minggu...bersihkan rumah, tengok tv n pergi pasar malam....n aku suke duk umah tu....so, lepas ni aku tak yah lah bayar duit hostel dah..sebab bkta pun tak support kot duit hostel...so, aku kena rancang duit jugaklah kalau duk luar..maksud aku, duit mintak kete atoz tu nak ulang-alik dari rumah ke uia...abah dah tak bagi dah duit belanja...hhuhu...kena berdikari seket la kan=)

abes je paper kos, memang aku bertungkus-lumus la mengangkut segala benda harta pusaka aku yang ade kat bilik 4.3 mahallah maimunah 7 tu..haha...barang aku dahlah banyak gile....tingkat 4 pulak tu..memang tak terkira berapa kali aku naik turun tangga tu...2 trip kete jugak aku ulang-alik ke rumah....sekali ngan barang kakahda + 3 kotak besar nota2 senior...fulamak..memang penat tak terkira kot...n then pagi tu terus kemas barang jugak nak gi ganu...sakit tangan aku, belakang pun sakit...macam baru lepas main bola baling jadi wakil sekolah je dulu2..macam ni lah rasa sakit die....haha...so, korang sory kalau aku takde mood sangat tyme kat ganu n merapu ntah ape kan..tu sebab aku sakit2 badan n penan tak cukup tido..haha...3 malam tido bape jam je...pelik kan bukannya exam tak habes lagi..haha....

n untuk short sem n next2 long sem, i will stay outside with kakahda..and kami nak apply kerja kat area2 tu...nak cari duit lebey..huhu....so, aku kena pandai organiza masa la kan camni, kerja di samping belajar...eh silap...belajar di samping kerja...hahaha....belajar dulu betul2 sampai dapat ijazah with flying colours...huhu...actually kiteorang dah dapat dah kerja kat akademi Alif tu..mengajar part tyme...

n untuk cuti selama 3 minggu ni....perancangan aku adalah
1) marathon muvie ngan ainun, my sister yang tengah cuti jugak ni...n dia baru je lulus untuk menjadi seorang doktor~alhamdulillah
2) baca buku2 ilmiah...ade 8 buah semuanya...buku yang aku pinjam ngan anis, feefah n naimah....thanks to all of you~
3) tolong mak kemas rumah, masak n spend masa ngan adik2~
4) tolong abah cat rumah ngan ainun jugak..huhu....cat ngan berus dah ade..cume duk tunggu ainun je la, dia belajar kete dulu...~

semoga semua perangcangan aku dapat dijalankan dengan jayanya..kuatkan semangat tau wan=)

Friday, March 18

exam lagi maa~

final is just around the corner..but i'm just come back from my holiday at my hometown...huhu..padahal orang lain tak cuti pun...aku buat cuti sendiri lak=)
one way to release streessss~berkesan=)

sory prof coz skip 3 class n sory also for my group members of pbl coz skip 2 pbl discussion...

takde cuti pun tapi aku nak cuti jugak...haha...oh rumahku syurgaku....the best thing is the homemade rite?? ^=^

my schedule for final...please pray for me ek...and i'm always pray for our success together for this worldly imtihan...(ape ayat aku nieyh? sesedap rasaa je kan? haha...layan jek...zaz!!!)

1) halaqah 2 : 26/3 (saturday)
2)bahasa melayu : 31/3 (thursday)
3)ungs : 2/4 (saturday)
4)linear algebra : 8/4 (friday)
5)kos (Islam and science) : 13/4 (wednesday)
6)calculus 2 : 14/4 (thursday)

huhu...then, merdeka for a while and will be at home for one month~~