Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Saturday, June 19

~ tinggal TERUNG yang haram dapat isteri halal~

Monday, June 7, 2010 at 3:30pm
di KOTA DAMSYIQ,ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.kira-kira 70 tahun lau,masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda..penuntut ilmu yang bernama SULAIM AL-SUYUTHI.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh,tetapi dia sangat fakir.Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik didalam masjid Al-Taubah.

suatu hari,Sulaim berasa sangat lapar.sudah 2hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa2 untuk membeli makanan.pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati kelaparan.otaknya berfikir,apa yang harus dilakukan??malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuatu sesuai keperluan.ia memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya.rumah2 pada saatu itu berada saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.jika seseorang mahu ,ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.ia terus melangkah ke atap rumah penduduk.ia melihat seorang wanita dari atap tersebut,ia segera menutup matanya dan menjauh.

kemudian dia tiba di sebuah rumah kosong,ia mencium dari dalamnya bau sesuatu masakan.bau itu semacam magnet yang menarik dirinya untuk turun.ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus menuju ke dapur.ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung ( bazinjan mahsyi ) yang sedang dimasak..tangannya mengambil salah satu daripada terung tersebut dan segera menggigitnya.



Namun,sebelum ia sempat menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali..Hatinya segera berkata " A'uzubillah...saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid.tidak patut sya ceroboh rumah orang lain dan mencuri makananya.." ia menjadi sangat menyesal,ia lalu beristigfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

ia lalu kembali ke masjid dan duduk disebuah majlis ilmu.namun kerana sangat lapar,dia tak mengerti apa yg dia dengar.Setelah majlis itu selesai,dan semua orang telah kembali ke rumah masing2 tidak ada yg masih berada di masjid kecuali Syeikh Sulaim dan gurunya..

Dalam keadaan itu, seornag wanita berniqab tiba2 datang dan berbicara dengan sang guru,suaranya sngt halus.kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya " perempuan itu baru sahaja kematian suaminya.dan dia seorang yg asing di negeri ini.tidak ada yg menjaganya selain pakciknya yg sudah sngt tua.ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya.Untuk itu,dia meminta dicarikan suami yg dapat mnjaga dirinya drpd orng jahat.,Mahukah engkau menikahinya??
Syeikh Sulaim berkata "ya"

lau Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu," mahukah englau menerimanya sebagai suami??"
ia menjawab "ya"
lalu ia memnggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan 2saksi. akad nikah pun dilaksanakan segra.
Syeikh itu berkata, " bawalah suamimu ini"
perempuan itu lalu memimpinya ke rumah tempat tinggalnya.apabila perempuan itu menyingkap niqabnya,ternyata ia adalah sngat muda dan cantik..juga ternyata rumah kediamannya adalah rumah yg td dicerobohinya..

Isterinya lalu bertanya, "mahukah engkau makan??"
ia menjawab "ya"
isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung2nya.ia terus berkata "hairan sekali,sipa yg telah memakan terungku??"

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakn kisahnya kepada isterinya.
Isterinya itu segra berkata "inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini beserta seluruh isinya melalui cara yang halal.."

~ kisah ini diceritakan ole Allayarham Syeikh Ali al Thantawi, seorang ulama besar syria yg wafat beberapa tahun lalu,di dalam muzakaratnya..beliau berkata,cerita ini kisah nyata..saya sendiri mengenali tokoh2 itu dan masih ingat perinciannya"..

~ pengajaran yg terkandung dlm kisah ini sngt nyata dan jelas.1 biji terung haram yg ditinggalkan krn Allah dibalas dngn rumah besar beserta isinya dan isteri yg cantik di dunia ini. belum lg balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak.
Allah berfirman yg bermaksud:
" Tak seorang pun mengetahui berbagai2 nikmat yg menanti dan yg indah dipandang,sebagai balasan bagi mereka atas apa yg mereka kerjakan " -surah Assajadah :17-

~meniggalkan perkara haram adalah yg disukai oleh Allah..
Imam aL-Tarmizi meriwayatkn drpd Abiu Hurairah bahawa Rasul S.A.W bersabda "tinggalknlah perkara2 yg haram maka engaku mnjdi orng yg paling bnyk ibadahnya"

~Siti Aisyah berkata " kamu semua tidaK akan membawa amalan yg lbh baik drpd sedikit dosa. maka barangsiapa yg mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yg tidak pernah berhenti meyembah Allah maka tahanlah dirinya drpd dosa.."

~Para Ulama' berkata : perbutan taat dapat dilakuk oleh semua orang.namun meninggalkn maksiat, hnya dapat dilakukn oleh orng yg siddiq (jujur kepada Allah)

~Maimun b mahran seorng ulama' tabiin berkata, "menyebut nama Allah dgn lisan adalah perbuatan yg sngt baik.namun lebih baik darpd itu ialah seseorng yg mengingati Allah ketika hampir melakukn maksiat"

petikan dari
majalah Solusi...

Thursday, June 17

kala hujan menitis...

tapi bagaimana kalau Nadia tahu? bagaimana kalau Nadia tahu aku ini lelaki kotor yang berdosa? apakah aku layak untuk bersamanya lagi dalam keadaan begini? apakah dia sudi bersama aku? apakah aku ini ditakdirkan untuk hidup bergelumang dosa sepanjang usia?

Khairil gembira melihat Nadia gembira. dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. berhijrah ke ruang yang lebih diredhai. ya, dia mahu berubah! dia mahu berhijrah!

Khairil melangkah longlai ke kamarnya. hatinya berbaur rasa. entahlah, waktu begini dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu akan sejarah hitamnya. dia juga tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yang penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hitamnya yang berbalam..

"saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dalam sangkat emas penuh noda. saya perlukan lelaki jujur yang luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaan-NYA, saya tidak perlukan lelaki hipokrit. saya perlukan suami yang boleh membimbing dunia akhirat. saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih Allah. saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."




"saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis"

gaya hidup yang mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yang meruncing antara yang cuba disampaikan dalam novel ini. untuk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan yang berwatak gelap Nadia dan Khairil yang terjerumus dalam dunia kemaksiatan. bermula dengan putusnya pertungangan yang mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri..

Wednesday, June 16

buatmu sahabatku yang telah pergi..

innalillahiwainnailaihiraji'un....sebentar tadi pada jam 2 suku petang, perginya seorang lagi insan yang kukasihi kerana ALLAH kepada penciptaNYA...

Sebak dan terkedu menerima khabar duka ini dari beberapa teman seperjuangan melalui pesanan ringkas sms...sampaikan pada tika dan saat ini, aku masih terkejut dan hati terasa ingin menangis namun dikuatkan jua sekeping hati ini untuk menerima ketentuan yang telah ALLAH gariskan buat kita semua yang bergelar manusia...sungguh kehidupan di dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah yang kekal abadi...kita dihantar oleh ALLAH ke dunia sebagai tempat berteduh buat sementara waktu dan sampai satu masa kita akan kembali kepada pencipta kita...sesungguhnya daripadaNYA kita datang dan kepadaNYAlah jua kita akan kembali...

buatmu atim, andai saat ini dapat aku tatap wajahmu, aku sedar aku hanya mampu menatap wajahmu yang kaku dan langsung tidak bergerak...tak sempat atim untuk aku lihat wajahmu buat kali terakhir...sungguh sebak hati ini ya Allah....aku tidak sesekali menduga takdirMU begini, namun aku tetap redha kerana aku tahu KAU lebih menyayangi sahabatku ini...jagalah dia YA ALLAH, kerana penjagaanku tidak sampai kepadanya di alam sana..hanya doa yang dapat kukirimkan tanda kasih sayang yang KAU titipkan dalam persahabatan kami ini..aku akan merinduimu atim, akan sentiasa aku kenang memori yang tercipta antara kita....kau seorang yang periang tapi tegas orangnya...malah kau pernah beberapa kali datang bilik aku, same2 lepak dan bergelak tawa...kite juge same2 pergi kenduri kawen kakak fathihah dan kakak kak midi...YA ALLAH....ini sahabatku yang sungguh baik sekali...saat ini aku rindu akan gelak tawanya, akan bicaranya yang menghiburkan..kadang2 suka menyakat aku...tabahkan hatiku Ya ALLAH...sungguh singkat hidup ini....air mata yang mengalir ini sesungguhnya amat bermanfaat jika aku lihat hikmah disebalik takdir ini, semoga hikmah itu dapat aku singkap tabirnya...


atim...ramai kawan2 kite kata muka kita nak hampir sama kalau ko pakai cermin mata...sama tapi tak serupa..kau tetap atim yang aku kenali sangat baik budi pekertinya...kirenya kite ni macam kembar la kan...yang kelakarnya, ade jugak mereka yang tertukar antara kite...aku seronok mengenalimu dan bahkan amat bertuah mengenalimu kita juga pernah bekerja sama2 sebab kau pegang post dalam MRC dan aku pulak dalam FSCC...society kite pernah bergabung untuk mengendalikan satu program...inilah memori yang tercipta antara kite...ko juga pernah datang bilik aku amek lagu menanti cinta nyanyian kris dayanti..lagu yang menjadi tema dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih....saat itu kau melompat kegembiraan sebab aku ada lagu tu...atim2~..



atim yang berada di barisan belakang dua dari kiri yang bertudung labuh warna putih...

kini sudah tibalah masanya kau pergi dulu sebelum aku..sampai masa aku jua akan mengikut jejak langkahmu...

atim, semoga rohmu tenang di sana...ramai yang mendoakanmu, maka ramai jualah yang akan merinduimu...perjuanganmu di dunia ini telahpun berakhir dan kau telah lakukan yang terbaik dalam hidup ini...dan kami yang masih hidup haruslah meneruskan perjuangan yang masih belum selesai...doakan kami ya atim...

atim terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang isnin lalu di roundabout putrajaya..motosikal yang dipandunya dalam perjalanan pulang setelah mengambil adiknya dari kelas mengaji bertembung dengan sebuah myvi yang dipandu oleh seorang perempuan khabarnya...mase bertembung tu, dua2 berhenti dan tiba2 dua2 juga bergerak pada masa yang sama..takdir ALLAH menetapkan kejadian ini sebegini rupa..adiknya hanya tercampak ke tepi dan mengalami luka di bahagian muka tetapi arwah tercampak kat atas kereta myvi tersebut lalu kepalanya terhantuk ke cermin kereta sebanyak 2x sehinggakan retak tempurung kepalanya...teruk damage di kepala arwah...ya Allah...sungguh kuat dirimu atim, arwah koma semenjak hari tu dan petang tadi akhirnya kau pergi jua~

alfatihah buat arwah sahabatku, fatima zurwanty zulkifli yang telah kembali ke rahmatullah. semalam keadaan beliau agak stabil dengan dibantu oleh alat ubat dan mesin sehingga akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang tadi, di bulan rejab ini...seorang ustaz pernah berkata, sesiapa yang meninggal di bulan Rejab ini, Syaaban dan Ramadhan, mereka mulia di sisi ALLAH..semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga ALLAH tabahkan jua hati mereka2 yang berada di sekeliling arwah..takziah buat keluarga arwah...

Tuesday, June 15

salju kasihNYA

Dingin dalam jiwaku
Disirami salju kasihMu
Ku susuri jalan Mu
Walau ranjau berliku
CintaMu abadi untuk ku

Tenang saat merindu
Tafakurku di hadapanMu
Deraian air mata
Gugur dalam sujudku
Betapa agungnya cintaMu

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya padaMu Tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu
Nan suci hakiki

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Gelora silam tak bisa terpadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Kerna hatiku merantau jauh
Ingin bertemu denganMu oh kasih

Monday, June 7

ALLAH penentu segalanya

assalamualaikum, selawat dan junjungan kepada nabi Muhammad s.a.w...syukur ke hadrat illahi kerana aku pada hari ini masih lagi hidup atas nama islam, agama yang sememangnya benar lagi benar...ALHAMDULILLAH...

lama tak online, lebey kurang 2 minggu jugak...keadaan tidak membenarkan aku untuk menatap skrin laptop kerana masa sungguh suntuk...minggu lepas aku amat sibuk dengan kelas memandu yang berderet sebelum tiba ke hari test pada 2 jun lepas..aku juga terpaksa berulang alik dari rumah nenek ke hospital dan ke rumahku di taman guru, wakaf che yeh...tambahan pula broadband aku wat hal plak, jadi mood aku untuk online terus hilang....

alhamdulillah syukur..aku telah lulus ujian memandu kerana ALLAH telah menentukan kejayaan ini buatku...sungguh peristiwa enjin kereta yang mati sampai 4 kali sangat2 menakutkan aku sebab handbreak aku tak ley bawak turun...nak kata aku tak kuat, time belajar ok jep, maybe sebab aku tak makan.tapi aku rasa tak..nak kata kereta, mungkin juga, sebab dak2 lain pun kata kete poblem, tapi nasib baik aku jaga brek kaki. even kereta mati sampai 4 kali, tapi aku still berada betul2 dia atas bukit, akhirnya untuk kali kelima, aku berjaya turunkan handbreak dan kereta pun meluncur ke depan menuruni bukit ...ingatkan aku akan gagal tapi ALLAH jualah yang memberikan kejayaan ini kepadaku...memang tak dapat aku lupa kejadian yang tidak didingini kat atas bukit mase time test tu...rasa takut hanya ALLAH yang tahu, lepas tu aku wat parking n 3 penjuru dengan tangan yang terketar2 dan rasa ingin menangis...apa yang pasti aku memang sangat2 bersyukur dan ade sesuatu yang aku belajar dari peristiwa itu...

hurm..minggu lepas juge, nenek dimasukkan ke hosptal raja perempuan zainab 2, kota bharu...keadaan nenek agak kritikal sebab dia amat pucat seolah2 tiada darah langsung dalam badan..seminggu jugak nenek duk kat hospital dan 4 beg darah dimasukkan...dan kami cucu2 nenek serta anak2 nenek memang bergilir2 amek shif jaga nenek sebab nenek tak ley bangun berjalan dengan sendiri...kanser dalam badan nenek dah merebak, perut nenek dah nampak kembung sebab kudis dalam perut dia dah membesar...kat hospital tu, nenek ditempatkan di wad paliatif dan memang 24 hours boleh masuk...aku tanya kakak aku wad paliatif ni untuk ape sebenarnya dan dia jawab untuk mereka yang doktor dah tak ley wat ape2 dah...ward for those who have end stage of cancer...hurm....selagi umur nenek masih panjang, insyaallah aku akan berbakti untuk nenek...ape2 pun ALLAH jua penentu segalanya...kami yang bergelar manusia hanya mampu menadah tangan dan berdoa kehadrat ALLAH agar segalanya dipermudahkan...



nak dijadikan ceritanya, aku juga ade shiff tertentu jaga nenek kat hospital, cuma aku banyak jaga pada siang hari sebab pada malamnya aku kena balik sebab aku ada kelas kereta pada setiap pagi..ade satu petang tu nenek kena tukar katil duk betul2 kat depan kaunter supaya senang dilihat oleh nurse2 yang bertugas...ada satu malam tu aku yang jaga nenek sebab esokkannya aku takde kelas...seronok juga bermalam kat hospital, banyak yang dapat aku pelajari dari suasana yang berlaku di sekeliling...tapi ada satu cerita yang aku nak share sebab hati sungguh tersentuh bila melihatnya...ade sorang patient sebelah nenek, namanya Murad..accident kat lipis ondaway nak ke kl. dia hanya jadi peneman kepada pak cik sebelah rumah yang mengajaknya sekali untuk menghantar 3 orang pelajar yang hendak pergi interview di UPM...dalam kejadian itu, 3 orang pelajar tersebut meninggal dunia...dua orang di tempat kejadian dan seorang ketika dalam perjalanan ke hospital..dan hanya 2 dari mereka yang masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk hidup..kejadian ini berlaku kira2 sebulan lebey yang lalu...berbalik kepada cerita abang Murad tadi, dia tidak punya sesiapa melainkan isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil...dan memang isterinye yang aku panggil kak ila yang menjaganya 24 jam sejak sebulan yang lalu...sungguh terharu aku lihat ketabahan hati kak ila sebab keadaan abang murad agak teruk, tak boleh bercakap, tak boleh bergerak untuk bangun, dia just boleh gerakkan tangan dan kaki je...makan pun ikut hidup, memang kak ila kena suapkan susu setiap 4 jam...memang sedey tengok keadaan dia..kak ila cakap otak dia kosong seolah2 tak de pape, mungkin kesan dari hentakan yang kuat menyebabkan otak bergegar...jadi dia perlu dirangsang oleh orang2 sekeliling seolah-olah macam budak darjah satu...menurut kak ila juga, dia sekarang sudah berada di stage 4, doktor kata kalau sampai stage 15 memang sangat2 okay...jadi kak ila memang berusaha dari hari ke hari dan dua hari lepas kak ila call sepupu aku, noriah cakap abang murad dah boleh bercakap..alhamdulillah..selama ini dia hanya boleh mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut2 semua...mase time nenek boleh keluar hospital, sedey jugak kak ila sebab dia dah tak de geng nak berborak...takpe2 kak ila, insyaallah semuanya akan dipermudahkan..semoga aku juga dikurniakan ketabahan sepeti kak ila dan semoga ALLAH sembuhkan abang Murad...

ada jugak patient yang depan nenek yang keadaannya kritikal disebabkan kanser prostat...pak cik ni dah tua dalam umur 78, yang kelakarnya pakcik ni sangat garang. habis semua orang dimarahinya sebab dia nak balik...dia bosan duk kat hospital dah sebulan lebey jugak..pakcik ni tak dibenarkan bangun sebenarnya sebab baru jep lepas operate, tapi dia degil...pada malam yang aku jaga nenek tu, pak cik ni sneyap2 bangun turun dari katil kira2 jam 3 lebey kot, dia siap buang dah pampers dia pastu duk kat ats kerusi tepi katil, ade cucu dia jugak yang jaga tapi cucu dia kecik lagi form 3 lelaki memang tak tahu sangt bab2 nak jaga orang tua ni.cucu dia memang tak sedar langsung tok ayah dia turun...tup2 semua orang terkejut time pak cik tu jatuh sebab nak naik semula katil, habis semua orang bangun..aku pun terkejut jugak...3 orang nurse campur ngan cucu dia memang tak larat lagi nak angkat pak cik tu, aku pun pergi tolong tarik badan pakcik tu dari arah sebelah sane..ya allah, aku rase tulang2 jep, pak cik tu sangat kurus..aku nak pegang pun takut...pakcik2 kelakar, doktor dan anak2 dia pun habis dimarahinya...anak dia kata kalau kat rumah tak marah pun.....dan kesudahannya aku bila balik ke rumah selesema pulak datang..memang malam tu sangat sejuk kat hospital, huh, sejuk bangat!! aku demam untuk beberapa hari sehinggakan masa hari test kereta pun aku tak berapa sihat..

ape2 pun memang banyak lagi sebenarnya apa yang aku nak ceritakan di sini, tapi tangan sudah letih menaip dan perut pun sudah lapar..haha...dan apa yang pasti, banyak bende yang aku belajar dari pemerhatian sekeliling masa di hospital dan juga mase di institut memandu lamar bakti, pasir mas, kelantan...

tup2..pejam celik dah habis rupanya kelas memandu aku...rindu plak rasa nak gi belajar lagi...borak2 ngan sarah, kak mimi, mira...aha...ade jugak bebudak nakal yang suke sakat orang..huhu...yang nyata lagi pasti semuanya tinggal kenangan sebab mase pun berlalu pergi meninggalkan aku dan mase cuti yang panjang juga semakin tiba ke penghujungnya~