Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, April 29

menjemput bidadari


bila yakin telah tiba
teguh didalam jiwa
kesabaran menjadi bunga

sementara waktu berlalu
penantian tak berarti sia-sia
saat perjalanan adalah pencarian diri

laksana Zulaikha jalani hari
sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
dipenantian mencari diri
memohonkan ampunan dipertemukan

segera kan kujemput engkau bidadari
bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
teguhkanlahku dilangkah ini
dipenantian hakikat diri
dan izinkanku jemput bidadari
tuk bersama menujuMU sepenuh hati

kini yakin telah tiba
teguh didalam jiwa
kesabaran adalah permata

dan waktu terus berlalu
penantian tak bererti sia-sia
saat perjalanan adalah pencarian diri

laksana Adam dan Hawa
turun ke bumi terpisah jarak dan waktu
di penantian mencari diri
memohonkan ampunan dipertemukan

bidadari telah menyentuh hati
teguhkan nurani
bidadari telah menyapa jiwa
memberikan makna





Wednesday, April 21

::one litre of tears~


based on a true story. this story is about a girl named Aya who suffered from an incurable disease which is spinocerebellar degeneration disease at the very young age,15 but lived life to the fullest until her death at 25. the original story is based on the diary Aya kept writing until she could no longer hold a pen. the book that latter entitled "One Litre Of Tears" has sold over 1.1 milion copies.. Aya's only wish was "to live". by carefully depicting Aya's earnest desire to live, and the love of her family, friends and lover, the drama "One Litre Of Tears" wishes to deliver her simple but strong message :

"just being alive such a lovely and wonderful thing"

here i tell u all the episode in this special story~

1~"the beginning of my youth"
2~"15 years old, sickness that steals up"

3~"why did the illness choose me?"
4~"the loneliness of two"
5~"a disable person's notebook"
6~"heartless glances"
7~"the place where i am"
8~"1 litre of tears"
9~"i live now"
10~"love letter"
11~"far away, to the place where tears are exhausted"
"special drama of 1 litre of tears: memory"


1 Litre no Namida, Ichi Rittoru no Namida, lit. "1 Litre of Tears"; also called A Diary with Tears or A Diary of Tears) is a dramatic tragedy diary written by Aya published shortly before her death. The diary, a true story based on her own life, was originally written in first person. It is about a girl coping with her teenage life along with a degenerative disease. She keeps a diary of not only what she does but how she feels and the hardships she must endure. Initially, the diary's purpose was for Kitō to chronicle impressions she had about how the disease was affecting her daily life. As the disease progressed, however, the diary became Kitō's outlet for describing the intense personal struggles she underwent in coping, adapting, and ultimately trying to survive her disease. As she notes in one entry,


"I write because writing is evidence that I am still alive."


she always cried in front of her friends..no matter what she kept praying and she want to be someone great..so, she must stop crying~

it's ok to fall down.
anyway we can still get up. isn't that a good thing?
while falling down look up the sky.
the blue sky high up my head, seems so wide and limitless..
can you see it smiling at you?
i am still alive..



teaching from handicapped buddies~
1...as a handicapped, if we always don't move forward, we will never change and improve ourselves
2...instead of pursuing things that are already lost, we might as well treasure the thing we have now
3..if we always moan how clever we are used to be, it will only increase our depression...



aku seyesly sedey and sangat sayang cte ni sebab ia seolah2 memberi aku semangat untuk hidup~bila terasa down dan masalah yang datang menimpa-nimpa tanpa henti, carilah semangatmu yang hilang itu sebab life must go on...whatever happens even it is so hard to move~rite?
aku dah khatamkan banyak kali cte ni.. ntahlah bape kali pun aku tak ngat..aroun lapan kali kot..haha..banyak tak? haa ini menandakan cte ni best dan sangat menyentuh hati dan perasaan...ramai kawan2 aku nangis tengok cte ni..adik aku pun..aku memang rekomenkan cte ni kat korang kawan2 aku sume sebab cte ni menggambarkan seorang yang sangat kuat semangat dah nilai kekeluargaan yang sangat tinggi...
jadi sape2 yang tak tengok lagi, tengoklah!! nescaya korang takkan menyesal~percayalah kata2 aku..huhu~

Saturday, April 17

bila dua hati bertemu...

buat sahabatku dan jua diriku...moga ia membantu:)




apabila tiba masanya kau bertemu calonmu..
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan...
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti...


jadi ke tak jadi.. cepat ke lambat... dan pelbagai lagi... apesal tetiba ade orang kacau pulak....

ini akan menyebabkan kita akan tergopoh-gapah,
tersadung dan
mengikut bisikan hati yang mungkin tidak patut diikuti pun
dan di situlah terletaknya kesabaran yang tinggi...
kerana mungkin di dalam peringkat taaaruf itu...
ujiannya bertambah-tambah...

keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya...
untuk terus menghubungi dirinya...
menitipkan perhatian darinya...
pasti akan membuak-buak...

~sukar sekali memendam rasa sayang pada seseorang~

dan kita mencari alasan untuk menghubunginya..
walaupun tidak ada keperluan pun...
dan di situlah letaknya....

SABAR
TAWAKKAL
DAN KEYAKINAN KEPADA KETENTUAN, QADHA DAN QADAR ALLAH..

::usah berbuka sebelum waktunya, kerana belum tentu dia adalah asal rusukmu yang hilang itu::~

di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu....

"di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya"..
(hadis)

"tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat"
(HR. Thabrani)

dan dengan itu Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakkal kita kepaNYA, dan mengingatkan kita bahawa Dia pasti mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun secara zahirnya sukar dinilai dengan pandangan mata yang melihat...

dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam...

bahawa ALLAH pasti tidak akan meninggalkan kita...

"sungguh..ALLAH itu amat penyayang dan pengasih sekali dan DIA amat menyayangi hambaNYA yang beriman dan bertawakkal kepadaNYA"


kerja-kerja menyeru manusia ni memang banyak, masa yang ada makin sempit...tidak dapat tidak, perkara ini sering berkumandang di benak kita...mengganggu benak dan emosi kita....

bekalan kita hanya pada 3 perkara itu....

sabar..
tawakkal..
& yakin akan ketentuan ALLAH...

hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakkal dan tidak yakin akan ketentuan ALLAH...
yakinlah bahawa ALLAH pasti memberikan yang terbaik untuk kita...
PASTI!!!

"sabar itu sungguh indah sekali nikmatnya~akan tiba jua detik itu insyaallah~ biarlah kesabaran yang menerajui hati dan akal perasaan yang satu itu"~




"Rasullullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajarkan satu surah daripada Al-Quran. kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

"wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMU dan memohon takdirMU dengan kekuasaanMU. Dan aku memohon daripada kelebihanMU yang amat besar.sesungguhnya hanya KAU yang mampu dan aku tidak mampu dan ENGKAU amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. ENGKAU mengetahui segala perkara ghaib"..

"wahai Tuhanku sekiranya ENGKAU mengetahui bahawa ini adalah yang terbaik buatku, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkanlah untukku dan berkatilah aku padanya..sekiranya ENGKAU mengetahui bahawa perkara ini bukan yang terbaik untukku, dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMU"...

sesungguhnya janji ALLAH itu benar.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~insyaallah...



untuk sesiapa yang aku kenali dan juga bakal mendirikan masjid tidak lama lagi, semoga berbahagia hendaknya
~buat sepupuku, kak akmal, kak hasmah dan kak lina....korang bertiga adalah permula di antara yang pertama....insyaallah akan aku hadir kenduri kalian~
~buat kak sufi juga insyaallah, dan kakak rakanku, raihan mastura...(tak kenal pun tapi aku dijemput jugak, jadi tak salah rasanya aku mendoakan mereka)
~buat kakak kak midi, kakak fathihah dan kakak angkatku di serada, kak naimah yang telah pun berlalu kenduri kawen mereka dan aku turut menjadi salah seorang tetamu yang hadir~

Thursday, April 15

ada apa dengan cuti??

tiba-tiba hati terdetik untuk berbicara tentang apa yang ade dengan cuti aku yang memang lama...

cuti??pasti sesiapa sahaja suka bila mendengar word ini...kerana cuti dapat melarikan kite dari kesibukan yang membingit...ye..begitu juga aku!!!aku suka cuti..sememangnya hati melonjak gembira bila cuti datang...tapi cuti aku untuk kali ini sangat berbeza dari cutiku dulu...dan apa yang aku harapkan untuk cuti kali ni seolah2 dah terbang ke udara ditiup angin yang datang....hukhuk...sedey2~cuti ini seolah-olah tidak memberi aku apa2 erti mahupun makna yang tersirat..kadang2 aku terpikir, adakah aku yang barangkali gagal mencari sinar di sebalik mendung yang datang?? sedangkan aku seharian dari awal hingga akhir memang tidak pernah putus asa mencari kebahagiaan untuk aku dan jua mereka yang ade di sekelilingku~

hati meronta-ronta untuk melepaskan geram pada abah yang katanya nak bertukar kerja di pejabat LKIM kelantan pada tahun ini..tapi sekarang still lagi kerja kat Bandar Tasik Selatan, KL.. dan mak pulak dah duduk kat kelantan ni...awal tahun haritu, abah suruh mak keluarkan adik2 aku yang masih bersekolah seramai 5 orang..katanya nak tukar sekolah kat kelantan..

"mak, abah dah jadi ke tukar kat kelantan?"

aku tanya mak soalan ni...kalau nak diikutkan dari dulu sampai sekarang aku tanya soalan ni...aku tak berani nak tanya abah sebabnye biarlah aku jep yang tahu...
mak kata abah still dalam proses...dan akhirnya mak lah yang bersusah payah sorang2 masukkan adik2 aku kat sekolah baru kat kelantan ni...dan mak bersama2 adik aku tinggal kat rumah nenek aku kat Tumpat buat sementara waktu sebelum berpindah ke rumah arwah tok ayah abah di Taman Guru...rumah tok ayah tu ade orang yang sewa, sebab tu lambat jugak nak boleh ke duduk...kalau nak cute pasal orang yang menyewa ni memang aku sakit hati tahap cipan!!!ntah ape2...harta orang tak reti jaga baik2...dahlah bil api tinggal tertunggak dekat 900...mak jugak yang kena bayar...kalau ikutkan hati aku yang membara ni nak jep aku sumbat diorang tu lam penjara...hisy geram!!!!biarlaaa...memang dasar hati jahat..barang2 memang banyak rosak dan rumah ditinggalakn dalam keadaan yang teramat kotor~

awal bulan 4 haritu kiteorang dah mula duduk kat rumah tu...memang adat orang yang berpindah serba serbi tak lengkap lagi...dan mak kata tak nak lagi bawak semua barang2 kat umah kuantan tu sebab abah tak tukar kerja lagi...bile abah dah konpem tukar baru bawak barang2 tu...dan sekarang rumah kat kuantan tu memang tak de orang duduk...dan aku yang akan duduk di situ memandangkan uiam kuantan tidak jauh dari situ...

berbicara tentang rumah tinggalan arwah tok ayah abah ni, memang sedey sebab aku tak suka duduk sini..sunyi korang tau tak~rumah ni besar...sebesar rumah idaman aku barangkali..dua tingkat, 4 bilik dan 3 bilik air atas dan bawah...halaman rumah yang amat besar dan ruang dapur serta ruang tamu yang luas mata memandang....tapi aku sepi di sini...aku tanya adik2 aku...suka ke duduk sini..dworang sume nak balik kuantan...kata mereka sekolah best sebab kawan2 baik tapi sunyi bile balik rumah...maklumlah rumah yang ade di sekeliling ni pun ibarat tak berpenghuni kerana mereka semua seumur dengan arwah tok ayah aku...ramai yang dah meninggal dan anak2 pulak dah kawen dan duduk rumah lain....so, memang suram+sepi+sunyi...ibarat bunga yang jatuh berguguran ke tanah yang gersang~



.tapi aku still teruskan hidup sebab aku ade tanggungjawab yang perlu aku buat...
memandangkan hanya aku yang bercuti pada tika dan saat ini, jadi akulah yang perlu membantu emak di rumah....dulu mase tinggal kat rumah nenek, memang jauhlah mak nak kena hantar adik aku sekolah seramai 5 orang tu...setiap pagi memang mak nak kena bangun awal dan bila balik sekolah pun mak nak kena amek...kesian mak...mak sangat letih tapi time tu aku tak stat cuti lagi...dan adik aku tahun ni ade dua orang yang amek exam besar...PMR & UPSR...so, mestilah diorang ade kelas tambahan dan kena balik lambat...jadi mak memang keluar rumah banyak kali untuk amek dworang...dan kehidupan seperti ini telah mak lalui selama 3 bulan...sedangkan abah still kerja kat Kl...dan ini yang membuatkan aku geram...mungkin abah ade masalah sendiri yang menyukarkan proses pertukaran itu berlaku...mungkin syarikat utama di KL susah melepaskan abah pergi tapi kesian kat mak...mak memang sangat letih....aku nak jep cakap kat abah yang kalau abah tak suruh mak balik kelantan dulu dan tukarkan adik2 sekolah kat sini, mungkin sekarang kiteorang still ade kat kuantan dan meneruskan kehidupan seperti biasa...dan aku bisa menghabiskan cuti dengan segala macam bende yang boleh aku buat kat rumah aku sendiri...hukhuk...sedey2~


dan apa yang pasti aku memang tak suka duduk kelantan...kalau just balik untuk beraya di kampung aku tak kesah tapi ntah...aku tak tahu kenapa jiwa dan perasaan aku tak sebati di sini...dan apa yang pasti jugak aku harap abah tak jadi tukar kerja kat kelantan dan dengan itu, mak dan adik2 akan balik semula dan tinggal di kuantan~

Tuesday, April 13

^=^putaran waktu^=^

waktu yang berputar ibarat tali yang takkan putus..
waktu itu seolah-olah mengingatkan aku tentang sesuatu...
sesuatu yang tidak mungkin akan aku miliki kembali..
walau dalam sekelip mata..juga bertahun lamanya..
bahkan aku tahu aku juga bisa kehilangan apa yang aku ada pada tika dan saat ini..
dan walau apapun yang berlaku..aku sedar akan siapa aku yang sebenarnya..
siapa aku??

aku adalah insan biasa yang hanya mempunyai naluri seperti insan biasa...
dan sesungguhnya insan biasa ini tidak mampu untuk mengehentikan putaran waktu yang sentiasa berdenyut setiap saat...
dan aku juga tidak berhak untuk mengembalikan apa yang telah kembali pada tempatnya...
aku hanya mampu mengenang dan terkenang akan detik yang memberi aku kenangan terindah dalam memori hidup ini...
dan aku juga hanya bisa mengimbas kembali semua kenangan yang pada hakikatnya sudahpun berlalu pergi dari hidup aku di dunia ini..
sungguh...
kenangan itu benar-benar memberikan aku sejuta rasa, seribu pengalaman rasa yang tidak mampu diterjemah walau dalam bentuk apa pun...

kenangan itu...
semuanya terjadi antara kita yang berkongsi dan mengalami perkara yang sama...
bahkan pada waktu dan saat itu, kita berada pada satu masa yang sama...
sungguh..ianya berlalu tanpa aku dapat berbuat apa-apa..
seolah-olah berlalu pergi begitu sahaja..
dan benar...
putaran waktu tidak mungkin dapat aku kembalikan...
walaupun aku benar-benar rindu pada kenangan yang telah tercipta itu..
rindu ini semakin hari semakin sarat ibarat gunung yang tinggi..
rindu ini juga sudah penuh ibarat air yang penuh sehingga melimpah ruah membasahkan seluruh ruang yang ada...
dan aku tidak mampu untuk mengempang alirannya walau ke mana-mana..

suasana sepi kini menambahkan lagi hening di dalam hidupku yang sebegini rupa...
mengadil sikapku sendiri yang tidak mampu lari dari hakikat kerinduan...

kadang-kadang aku terpikir dikala sepi yang menghantui..
kenapa aku rindu akan semua detik yang sudah berlalu itu??
detik-detik yang banyak mengajar aku tentang segala sesuatu...
dari salah kepada benar...
dari api kepada air...
dari benci kepada suka...
dari mengalah kepada sabar....

semuanya bagaikan memberi aku satu rasa yang akan aku bawa ke mana-mana...
insan biasa yang akan hidup dengan segala kenangan yang aku miliki pada hari ini...
dan sungguh...
kenangan itu sesuatu yang berharga dalam hidup aku..
tak mungkin dapat aku gadaikan walau dengan emas mahupun kristal..

dan apa yang pasti...insan biasa ini akan terus hidup dan terus hidup
sehingga jasad dikandung tanah..sehingga nyawa sampai ke penghujungnya~

hakita_nan at 9.08 a.m, 13 april 2010

aku dedikasikan karya ini khas untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup aku..dan turut sama menjadi cerita dalam cerita aku...