Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Sunday, November 15

hari2 yang kulalui...

assalamualaikum..akhirnya dapat jua kubersua kembali untuk mencoretkan kalam2 ku yang mahu aku luahkan untuk perkongsian bersama..

hari ini aku bakal bebas dari sejarah smac yang baru sahaja tamat majlis penutupnya..alhamdulillah..even banyak masalah yang berlaku, tenyata ianya tetap dapat kami tempuhi dengan segala kudrat yang ada dan juga dengan keizinan ALLAH yang maha kuasa..
congrats to all fscc members pj n nilai..all of you had put full effort in order to make this big event as successful one!! chaiyok2...teruskan berjuang...

satu pengalaman yang sangat menarik even ianya pedih untuk diingati....YA ALLAH, betapa sukarnya untuk aku mengawal disiplin students2 di sini supaya mereka tidak hanyut dari hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH...dan di sini juga aku belajar seribu satu perkara yang akan menjadi bekalan untuk aku harungi masa depan yang pastinya menjanjikan cubaan yang lagi dasyat barangkali...dan di sini juga kesabaran aku teruji sehinggakan aku rasa sesak seolah2 sudah tiada ruang udara untuk aku bernafas...hurm...dan tahap kesabaran aku perlu dipertingkatkan lagi untuk membuktikan kepada semua yang memandang lebih2 lagi mereka yang mahu mengadili aku dan mengambil kira siapakah aku di sini...sesungguhnya kesabaran itu separuh daripada iman..yup..frasa ini sudah lama kuakui dan sudah terang lagi bersuluh kebenarannya...dan persoalannya di sini..adakah orang yang tidak sabar itu dikira nipis imannya???hurm keimanan itu adalah satu subjek yang tersirat dan tiada sesiapa dapat mengungkainya tanpa izin yang maha esa lagi berkuasa..ASTAGHFIRULLAH...

dan sepanjang aku berada dalam organisasi dan musim smac ini..aku juga belajar akan erti kestressan yang nyata mampu mematangkan aku...sesungguhnya stress itu penting agar kita lebih mengetahui akan erti hidup...kadang2 aku tertanya2 kenapa aku stress??dan telah kutemui jawapannya..kerana aku adalah insan biasa yang disayangi oleh ALLAH..sebab tu ALLAH mahu mengujiku agar aku lebih banyak mengingatinya..kadang kestressan ini mampu membuatkan aku mengalirkan air mata dan tika dan saat ini aku sedar bahawa dunia tidak selalunya indah jika kita tahu erti hidup yang sebenar...kadang2 kita pelu menangis dis saat hati ingin ketawa...alhamdulillah..sungguh..aku adalah insan yang amat lemah dan tidak teratur urusan harianku...aku akui sepanjang kesibukan aku, aku selalu tidak dapat menunaikan solat di awal waktu....YA ALLAH ampunilah aku...
dan aku juga sangat susah untuk bangun awal...mungkin kondisi badanku yang memenatkan menjadikan aku sedemikian...dan ini juga membuktikan tarbiyyah ruhiyyah aku masih belum mencukupi n aku perlu memberinya makanan dengan lebih banyak...

dan yang paling penting..kat sini jugak aku merasai betapa susahnya untuk menegur rakan2 yang sejawatan merangkap orang2 besar n post mereka sememangnya lagi hebat dari aku...sesungguhnya aku amat geram dengan perasaan takutku ini namun apakan daya..mungkin hari demi hari aku akan buang ia sedikit demi sedikit agar hukum ALLAH yang sempurna itu terpelihara....sesungguhnya sesuatu pemerintahan itu tidak kira sama ada ianya kecil atau besar atau tidak kira walau di mana sahaja tidak akan tertegak selagi hukum ALLAH tidak diperjuangkan oleh mereka2 yang bergelar khalifah sepertiku dan aku sedar aku adalah salah seorang khalifah yang mempunyai tanggungjawab yang amat besar sekali....namun..ketahuilah kamu semua bahawa aku tidak mampu andai kata hanya ada aku seorang sahaja di jalan ini..aku perlukan mereka2 yang menyokong aku dan sama2 bergerak seiring dengan langkahku dan andai kata aku tersungkur dek kesilapan yang kadang2 tidak kusedari..tegurlah aku..aku seorang yang mudah menerima teguran andai kata ianya dilafazkan dengan tutur kata yang baik...alhamdulillah teguran itu membuktikan masih ada yang menyayangiku...terima kasih..

akhir kata..anggaplah ini sebahagian dari kisah hidupku yang amat bermakna kerana pengalaman itu adalah pengajaran yang terbaik buatku...dan semoga aku tidak lagi mengulangi kesilapan2 lalu kerana aku adalah insan yang belajar akan sejarah dan berazam untuk mengaplikasikan yang terbaik dan menjernihkan yang keruh...

No comments:

Post a Comment