Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Tuesday, January 26

::untukmu wanita::~

untukmu wanita
kejadian jasad dan kehalusan hatimu
dijadikan Tuhan paling istimewa
dan penuh rahsia
ketabahan hati seorang ibu
ketaatanmu sang isteri
keayuanmu seorang puteri
meletakkanmu di tahta teratas
bukan sahaja menjadi penyeri
malah menjadi pelengkap kepada
kesempurnaan hidup insani

imbaulah kembali kisah serikandi
dan mujahidah terbilang
sesuci perjuangan Mashitah
berdepan raja zalim
imannya tak goyah
setulus hati Khadijah
namanya disebut-sebut Rasullullah
walaupun ia telah pergi
seindah akhlaknya Fatimah Az-Zahrah
puteri Rasulullah yang sangat berjasa
ayuh bersama kita susuri
kisah serikandi buat teladan diri

benar kata pujangga
tangan yang menghayun buaian
bisa menggegar pelosok dunia
suaramu halus mendayu
sambil mengasuh
lebih percik dari genderang perang
walaupun ibu seorang di sebalik tabir
yang sering dilepas pandang
namun mahligai syurga itulah tempatmu ibu..




wahai puteriku sayang
kau ibarat kuntum penyeri
sang suria pagi
kudupnya mekar meniti hari
mewangi bak haruman syurgawi
usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka
lantaran iman tatkala leka
taqwamu menjadi benteng diri
angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi...

sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberikan apa-apa dia bersabar: yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan yang mentaatimu bila kamu menyuruhnya...(maksud hadith)


Monday, January 25

::surat terbuka daripada iblis::~


tadi malam waktu tidur, aku lihat ko tidak memuji ALLAH, tidak berselawat, tidak membaca ayatul kursi dan tiga kul. ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tido bukan untuk menbaca ALQURAN..sesungguhnya engkau tidak membuang masa...pagi ini aku lihat ko tidak bangun mengerjakan solat subuh.bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah2 bangun dan memendekkan tidur.tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

aku lihat engkau jarang2 mengambil wudhuk'. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. aku lihat engkau tidak pernah membaca bismillah sewaktu hendak makan. ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah..ini bagus juga..cukuplah engkau sendawa kuat2 seperti lembu~

hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa memberikan duit sesen ataupun seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji kerana engkau tidak membuang2 duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberikan ALLAH.engkau seorang yang berjimat cermat..biarlah rezekimu untuk kegunaan ko seorang, untuk menonton wayang, berholiday di genting dan membeli kemewahan dunia.

aku lihat bila kau bertemu sahabat handalmu, engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM. engkau mengucapkan HI EVERYBODY..ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tidak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila kulihat hamba-hambaNYA yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnye dengan berzikir dan merintih mengenangkan dosa2 nya yang dah lepas kerana pintu taubat telah dibuka ALLAH seluas-luasnya. namun aku tetap gembira kerana ade dikalangan kamu yang masih sudi menjadi temanku, melepaskan peluang mendapatkan rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia2, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadu penyambung tugasku di sepanjang bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini..di akhirat nanti engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegangan tangan menuju NERAKA ALLAH..


sahabatmu yang tercinta~
IBLIS LAKNATULLAH...







s

Thursday, January 21

siapakah kekasih yang tercinta itu?

janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipudayakan..

tiadalah hawa nafsu
kecuali selalu memperturutkan apa yang dibiasakan
oleh yang bersangkutan
jika diperturutkan kemahuannya,
ia akan ketagihan..
dan jika tidak, ia tidak menuntut..


apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya, seberapa besar engkau mencintai Rasullullah SAW? apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh baginda dan meninggalkan apa yang dilarangnya?

perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan cinta anda mula2 ditujukan kepada ALLAH kemudian kepada nabi yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan..ingatlah selalu bila anda menginginkan kedudukan tertinggi dalam syurga-satu hadith dari RASULULLAH SAW ada menyebut

"seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya"
(hadis riwayat Al-Bukhari)


diantara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada RASULULLAH adalah dengan melakukan segala yang nabi perintahkan. jadi, bagaimana seseorang telah menganggap dirinya telah mencintai RASULLULLAH sedangkan dia melakukan apa yang dilarang oleh baginda?? tidak mengakui sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya...

lihatlah RASULULLAH, rasul terakhir yang telah diutuskan oleh pencipta kita, ALLAH untuk hamba2NYA yang bergelar ummat terakhir...lihatlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa lapang pintu maafnya, betapa besar rasa takutnya kepada ALLAH dan sifat zuhudnya pada dunia...

oleh kerana itu, jika kamu mendambakan cinta baginda dan kita mencintai baginda, ubahlah akhlakmu agar ianya adalah akhlah RASULULLAH jua...
biar wajah tak penah bersua,biar suara tak pernah didengar namun ingatlah bahawa nabi selalu menyayangi ummatnya sehingga perkataan yang terakhir baginda sebut ketika saat ajal datang menjemput ialah UMMATI...UMMATI..UMMATI...
jadi persoalannya sekarang...adakah kita juga amat menyayangi insan mulia ini??


"sesungguhnya aku dekat. aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku"...

sama2lah kita berdoa agar kita juga bisa mencintai RASULULLAH dengan sepenuh hati dan setulus kasih..
amin...

Wednesday, January 20

::LELAKI::~

telah berdiri seorang lelaki
hidup berbekal kecekalan diri

walau menghadapi sejuta cabaran

terus berpaut pada kebenaran


berkurun sudah kau merintis jalan
bertahun sudah hasratmu terhalang

tetap bersemarak api keazaman

bara keramat doa
dan harapan

kau melangkah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga
semakin hampir menjejaki puncak
semaki
n sering kau ditikam onak

namun kerana kau lelaki
derita dapat diselindungi
tangisanmu rahsia di hati

kesepianlah teman nan sejati
di dalamnya kau mengenal diri
tenangnya wajah matangnya bicara
kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA...






~aku tujukan khas bait2 puisi indah ini kepada abah aku..wan mohd adnan bin wan ibrahim...sesungguhnya aku sangat bangga dan bertuah kerana punyai abah sepertimu~


:: YA ALLAH, LINDUNGILAH ABAHKU KERANA SESUNGGUHNYA DIALAH INSAN YANG BANYAK BERJASA DALAM HIDUPKU::
amin...

Friday, January 15

::andai itu takdirnya::~

girang rasanya hati ini...mengapa...aku termenung sendirian bersama seribu persoalan yang tak terjawab....tapi apa yang pasti aku berasa ketenangan itu milik aku pada tika dan saat ini....alhamdullillah...seribu persoalan itu semakin mengasak-ngasak fikiranku lantas memungkinkan perjalanan yang bakal ku lalui itu semakin susah dan payah mehnah dan tribulasinya~itulah adat dalam perjuangan dan aku harus terima hakikat ini dengan sepenuh hati....
seandainya aku tabahkan hati...nescaya aku adalah insan yang bertuah kerana aku berjaya mengharungi ujian yang ALLAH, pencipta aku dan pemilik segala sesuatu di dunia ini berikan untuk menguji aku....jadi aku harus berjaya~bukan sahaja berjaya dalam pelajaran bahkan berjaya menjadi seorang insan yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara...

aku tidak mahu hanyut bersama buih2 kealpaan yang entah bila akan hilang kepalsuan duniawi yang hanya menipu mata hati insan2 yang tidak mengenal erti tujuan hidup ini...hidup ini hanya sementara dan kita diibaratkan seperti menanam padi dan akhirat kelak kita jualah yang akan menuai hasil tuaian padi itu~analoginya adalah seperti itu!!!!jadi aku harus sedar dulu akan hakikat kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh ini sebelum aku dapat menyedarkan orang2 sekeliling aku yang aku sayang~aku tak mahu jadi seperti seorang yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu akan nasib atau penderitaan orang lain terutamanya saudara2 seislamku.....

aku benci menjadi orang melayu!!tetapi aku bangga menjadi orang ISLAM...sesungguhnya agama ISLAM adalah agama yang benar disisi ALLAH..semoga hidayah iman dan islam ini mampu aku miliki untuk selama2nya dan hanya inilah yang mampu memberi aku petunjuk untuk mengemudi lautan duniawi yang penuh dengan tribulasi lagi2 untuk mereka yang berjuan di jalan ALLAH~berjuang fisabilillah~dan ganjarannya adalah syurga bagi mereka yang berjuang dan mati dalam keadaan syahid di jalan yang lurus...kenapa aku benci menjadi orang melayu?? kerana kaum ini sangat tebal perasaan hasad dengkinya dek terpedaya dengan hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa mengoda dan terus menggodai segumpal darah bernama hati selagi denyut nadi masih belum berhenti....kenapa yup kita semua mudah terpedaya termasuklah diriku yang lemah ini....

post kali ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sebelum aku berangkat pulang ke rumah pada hari ini....aku mahu pulang untuk menengkan hati yang resah gelisah~...semoga aku berjaya!!!

Wednesday, January 13

::::::

tatkala kita lahir, tangisan kedengaran...orang2 di sekeliling kita tertawa bahagia kerana menyambut kelahiran itu...namun, orang2 yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita menutup usia, saat itu, apakah saat itu kita akan turut menangis ataukah ketawa bahagia kerana akan berjumpa dengan ALLAH??
adakah amal kita lagi banyak dari dosa yang kita lakukan selama hidup di dunia yang singkat ini? apakah prestasi kita hanya lahir, hidup, mati...kemudian dilupakan orang, bahkan orang2 terdekat kita..lalu, setelah itu pasrah, rebah di bantalan tanah, cemas, menanti pengadilan akhir yang pasti tiba~

kesenangan kita berada dalam IMAN... penyejuk hati kita berada dalam SOLAT... keselamatan kalbu kita berada dalam REDHA... keteduhan perasaan kita berada dalam sifat QANAAH.... sesungguhnya kecantikan wajah kita berada dalam SENYUMAN.. terpeliharanya kehormatan kita berada dalam HIJAB... dan ketenangan hati kita terletak pada ZIKIR...



berilah hatimu hanya untuk ALLAH, pasti DIA temukan dengan pemilik yang terbaik. hamparkan masamu dengan seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti DIA aturkan kehidupanmu sebaiknya~

Sunday, January 10

::destinasi cinta::~


menyingkap tirai hati mengintai keampunan
di halaman subur rahmat MU tuhan
tiap jejak yang bertapak debu kejahilan
akan kujirus dengan madu keimanan

tak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadam api neraka
andai benar mengalir dari nasuha nurani
takkan berpaling pada palsu duniawi

destinasi cinta yang kucari
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa
di dalam hati

telah kuredah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang kutemui
hanya kecewa menyelubungi

ku gelintar segenap maya
dambakan sebutir hakikat
untuk kusemai manjadi sepohon makrifat
moga dapatku berteduh di rendang kasihMU

namun ranjaunya tidak akan sunyi
selagi denyut nadi belum berhenti
durjana syaitan akan menodai
segumpal darah bernama hati

lestarikan wadi kalbuku oh tuhanku
leraikan aku dari pautan nafsu
biarpun sukar bagiku melamar redhaMU
namun masihku mengharap ampunanMU
WAHAI TUHANKU..YA ALLAH

Wednesday, January 6

aku bosan ah dengan semua niey~


::kalau kawana ngan orang salji palsu pun best gak sebab dia takkan lukakan hati aku::~


YA ALLAH...kurniakan ketabahan hati kepada hambaMU yang lemah ini....aku mahu jadi kuat untuk menghadapai semua ini...seandainya aku lemah, aku akan jatuh tersungkur bersama kegagalam yang akan menghantui sepanjang perjalanan hidup aku....wan..kuat wan!!!chaiyok!!ko ade ALLAH, RASUL mak abah kakak n adik2 yang masih merestui perjuangan ko di bumi barakah ciptaan ALLAH ini...dan aku juga punyai teman2 yang sehaluan...kekadang teman2ku sangat tidak memahami~aku terlalu sibuk sehinggakan tidak ada masa untuk tunaikan hak diri sendiri yang lama aku idamkan....

aku bosan ngan semua nii...kadangkala hati ingin memberontak namun akal fikiran yang waras masih mampu memandu aku mengenal ujian dan dugaan dan aku dapat mengungkai hikmah yang ade disebalik semua ini even tidak secara keseluruhan tetapi cukup sekadar sedikit..agar aku dapat jadikan ia bekalan berharga untuk menerokai kehidupan masa depan yang belum tentu pahit manisnya, hitam putihnya dan segala2 galanya ditentukan oleh aku....

aku yang menentukannnya~


aku jep~
takde orang len~


jadi wat pe aku nak kisah ape orang nak kate..aku tak hidup atas pujian orang dan aku juga tak mati andai ade yang mengeji...biarlah...aku tidak berdaya untuk menguasai hati dan fikiran orang len...cume ape yang amat aku harap pada tika dan saat ini ialah teman yang memahami aku....yang taw akan kerje aku, yang paham akan keadaan aku dan mendoakan aku jua....aku tidak harapkan kalian simpati terhadap aku kerana aku sendiri yang memilih cara hidup aku begini..sebab dan mengapa aku memilihnya hanya ALLAH yang tahu....kita tak tau rahsia di hati orang len jadi aku nak ingatkan korang jangan bersangka buruk even sesekali dalam hidupmu kerana ALLAH sangat benci akan hal dan perkara ini...dan sesekali aku tidak pernah menyesal untuk pilih cara hidup begini kerana aku sudah rasai segala kepahitan dan juga kemanisan hidup begini~TERPULANGlah untuk anda menilainya~

kadangkala aku rase cam dah terbiasa dengan cara hidup begini dan ada juga sesekali aku muak dan terasa bosan dengan permasalah yang kadangkala bagi aku terlalu sukar untuk diselesaikan seandainya ketabahan hati yang jitu itu sudah hilang~dan sudah tentu aku sebagai manusia biasa yang punyai terlalu banyak kelemahan seringkali berdepan dengan situasi dan tekanan sebegini....hati dah macam lali sampaikan tak rase pape pun..kenapa yup~hurm...ntahla semoga ianya dapat dirungkaikan dengan transparencynya sekali suatu hari nanti~cuma kalian semua fahamilah keadaan aku dan jangan sesekali memandang rendah orang lain~aku dan kalian masing2 adalah hamba ALLAH yang hanya ditumapangkan di dunia untuk menikmati hidup~

Monday, January 4

::for the rest of my life::

~MAHER ZAIN~

Since i spent lotsa time youtub'ing and surfing yesterday
i would to share some with u girls and guys
me currently listening to Maher Zain's songs
every single are easy listening
the lyrics are awesome!
understandable and straightly related with the song's title
sangat tenang bila mendengarnya..







I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there is a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Saturday, January 2

Increase Motivation.....


If you want to make things happen the ability to motivate yourself and others is a crucial skill. At work, home, and everywhere in between, people use motivation to get results. Motivation requires a delicate balance of communication, structure, and incentives.

These 21 tactics will help you maximize motivation in yourself and others.


1. Consequences – Never use threats. They’ll turn people against you. But making people aware of the negative consequences of not getting results (for everyone involved) can have a big impact. This one is also big for self motivation. If you don’t get your act together, will you ever get what you want?

2. Pleasure – This is the old carrot on a stick technique. Providing pleasurable rewards creates eager and productive people.

3. Performance incentives – Appeal to people’s selfish nature. Give them the opportunity to earn more for themselves by earning more for you.

4. Detailed instructions – If you want a specific result, give specific instructions. People work better when they know exactly what’s expected.


5. Short and long term goals
– Use both short and long term goals to guide the action process and create an overall philosophy.

6. Kindness – Get people on your side and they’ll want to help you. Piss them off and they’ll do everything they can to screw you over.

7. Deadlines – Many people are most productive right before a big deadline. They also have a hard time focusing until that deadline is looming overhead. Use this to your advantage by setting up a series of mini-deadlines building up to an end result.

8. Team Spirit
– Create an environment of camaraderie. People work more effectively when they feel like part of team — they don’t want to let others down.

10. Recognize achievement – Make a point to recognize achievements one-on-one and also in group settings. People like to see that their work isn’t being ignored.

11. Personal stake – Think about the personal stake of others. What do they need? By understanding this you’ll be able to keep people happy and productive.

12. Concentrate on outcomes – No one likes to work with someone standing over their shoulder. Focus on outcomes — make it clear what you want and cut people loose to get it done on their own.

13. Trust and Respect – Give people the trust and respect they deserve and they’ll respond to requests much more favorably.

14. Create challenges – People are happy when they’re progressing towards a goal. Give them the opportunity to face new and difficult problems and they’ll be more enthusiastic.

15. Let people be creative – Don’t expect everyone to do things your way. Allowing people to be creative creates a more optimistic environment and can lead to awesome new ideas.

16. Constructive criticism
– Often people don’t realize what they’re doing wrong. Let them know. Most people want to improve and will make an effort once they know how to do it.

17. Demand improvement – Don’t let people stagnate. Each time someone advances raise the bar a little higher (especially for yourself).

18. Make it fun – Work is most enjoyable when it doesn’t feel like work at all. Let people have fun and the positive environment will lead to better results.

19. Create opportunities – Give people the opportunity to advance. Let them know that hard work will pay off.

20. Communication
– Keep the communication channels open. By being aware of potential problems you can fix them before a serious dispute arises.

21. Make it stimulating – Mix it up. Don’t ask people to do the same boring tasks all the time. A stimulating environment creates enthusiasm and the opportunity for “big picture” thinking.

Master these key points and you’ll increase motivation with a bit of hard work.

let's prove it coz i know we can do it, right??



Friday, January 1

::itu aku::



tertutup pintu hati
minda tak berfungsi
di ketika itu
tak tahu menilai
mana yang tulen
mane yang palsu
di akhir-akhir ini
ketika aku dalam kesepian
terasa kejahilan itu
bagiku satu kerugian
andainya di situ
ada ruang
bolehkah kiranya
aku menumpang
andai ada sisa kemaafan
maafkan diri ini
yang dulu aku kesmpatan
kubuktikan erti keikhlasan
menepis ego aku untuk kita
demi suatu masa
kupohon darimu
ketulusan hati
menjalin kembali
perhubngan suci...

"aku suke"~

"berdoalah agar ALLAH mengampuniku! seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya"

emak, ayah dan keluarga yang kucintai...
bukan salah kalian bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. biarpun jasadku hancur, doa yang pernah kuutus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar di muka bumi. moga kita akan bersatu di jannah abadi...

abang,
inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka. yang tak dapat kuluahkan dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir..yang tak dapat kubuktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa...

apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya, aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur di luar jendela, terbenam ke dasar bumi..biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta..sebuah cinta yang tidak kesampaian di dunia, berguguran kelopaknya jatuh ke gigi air...lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam. mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang lara.

abang,
akan kuusung jenazah cinta kita untuk berangkat dari pelabuhan senja melewati batasan akhir garis wajahmu yang menyilang di pelupuk mataku!! hingga tiba masa terakhirku...pun hatiku tetap juga ingin manantimu...mananti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu~

::MENCARI KEKASIH::~ BY ZAHARAH MUHAMMAD~

fuyooo..jiwang bangat ayat2 ni kan...hurm ni sebenarnya sinopsis from one of my feveret novel~the title is there...hurm this novel is so touching as it tells me about my true love, that is ALLAH....

novel ni sangat sedey jika dibaca dan difahami dengan mata hati..menceritakan kisah hidup seorang wanita kaum hawa yang dibuang keluarga kerana menjunjung syariat ALLAH...dan pelbagai lagi perit manis kehidupan wanita ini dalam mencari erti hidup dan makna disebalik ujian yang amat payah untuk diterokai andai tiada secebis keimanan dan kekuatan hati yang jitu~hingga ke akhir hayat dia menderita kerana bagi aku ALLAH mahu memberinya ketenangan yang hakiki di akhirat kelak sebagai bayaran di dunia~kalau korang just baca sinopsis jep maybe korang tak paham cerita keseluruhannya n cerita disebalik kata-kata sinopsis tersebut agak lain sebenarnya~sama tapi tak serupa~mencari kekasih ni sebenarnya bukan merujuk kepada kekasih hati yang ntah ape2 tue..tapi merujuk kepada pencipta kita~ALLAH~..
ending of the story sedey coz the main actress or named as heroin die due to disease that she had...bacalah andai kamu ingin mengetahui lebih lanjut tapi percayalah bahawa buku ini best~even tebal jugak untuk menghabiskannya~...