Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Wednesday, January 20

::LELAKI::~

telah berdiri seorang lelaki
hidup berbekal kecekalan diri

walau menghadapi sejuta cabaran

terus berpaut pada kebenaran


berkurun sudah kau merintis jalan
bertahun sudah hasratmu terhalang

tetap bersemarak api keazaman

bara keramat doa
dan harapan

kau melangkah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga
semakin hampir menjejaki puncak
semaki
n sering kau ditikam onak

namun kerana kau lelaki
derita dapat diselindungi
tangisanmu rahsia di hati

kesepianlah teman nan sejati
di dalamnya kau mengenal diri
tenangnya wajah matangnya bicara
kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA...






~aku tujukan khas bait2 puisi indah ini kepada abah aku..wan mohd adnan bin wan ibrahim...sesungguhnya aku sangat bangga dan bertuah kerana punyai abah sepertimu~


:: YA ALLAH, LINDUNGILAH ABAHKU KERANA SESUNGGUHNYA DIALAH INSAN YANG BANYAK BERJASA DALAM HIDUPKU::
amin...

No comments:

Post a Comment