Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Sunday, February 21

habis exam~


ALHAMDULILLAH~syukur aku dapat jua menghabiskan sisa2 perjuanganku di cfsiium pj....aku bawu udah selesai exam final dan juga ini menandakan aku dah graduate dari foundation ni....

kat sini just nak berkongsi pengalaman aku selama beberapa hari setelah tamat exam~
18 hb aku merdeka jam 11 pagi dengan bersaksikan paper fizik lab 50 soalan objektif....
sepatutnya aku akan gembira setelah usainya exam tapi aku tak tahu mengapa hati dan perasaan aku seolah2 tidak merasakan kegembiraan yang selama ini aku bayangkan~
mungkin sebab aku masih terkilan kerana kejadian sedih yang menimpa rakan dan sahabatku yang bawu sahaja kehilangan ayahnya~aku turut merasakan kehilangan itu kerana aku agak baik dengan sahabatku itu...YA ALLAH ape2 pun aku doakan agar segalanya dipermudahkan dan dikuatkan hati sahabatku YA ALLAH~sesungguhnya ini adalah tarbiah dan ujian daripadaMU dan sesungguhnya aku yakin sahabatku ini mampu menghadapinya kerana KAU tidak akan membebankan musibah ini kepada dia seandainya dia tidak mampu menghadapinya~kuatkan hatimu ea....

dan barangkali sebab kedua mengapa aku tidak sebegitu gembira usainya exam ialah aku perlu menjalankan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu aku.....aku perlu menjadi dua orang penting dalam dua program pada masa yang sama....aku harap aku dapat penuhi tanggungjawab ini dengan sebaiknya kerana aku tidak mahu mengecewakan mana2 pihak lantaran aku amat sayang kesemuanya~lebih2 lagi ada sebahagian dari mereka bakal aku tidak temui setelah usainya program~dan ini menambahkan lagi kesedihan jiwa batinku...sesungguhnya mereka semua amat baik terhadapku dan mereka jua pernah melakar memori terindah dalam diari hidupku~dan yang pasti suatu masa aku akan terkenang jua akan memori kita bersama~terima kasih dan maafkan aku seandainya keberadaan aku di sini banyak menyusahkan dan mnyeksa kalian semua...sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang pastinya melakukan kesilapan yang amat banyak~
terima kasih atas nasihat, ajaran, masa yang diluangkan bersama aku, kesabaran dalam melayani karenah aku yang ntah ape2....kesanggupan berakawan dengan aku yang sengal ni...hurm tiada kata yang dapat diluahkan melainkan sedalam rasa dan kasih yang kusimpan jauh di lubuk hatiku ini...

pada tika dan waktu aku menulis post ini aku berada di kampung halaman di kelantan....hari jumaat petang aku pulang bersama barang2 kepunyaanku yang memenuhi separuh dari kereta abah dan pada hari sabtu keesokan harinya aku pulang ke kelantan bersama abah juga....6 jam straight perjalanan tanpa henti bisa membuatkan belakangku sengal2 dan ditambah dengan kesakitan tangan mengangkat barang2 dari tingkat 4 ke bawah pada hari jumaat tu....huh kepenatan yang nyata bagiku dan ini sesungguhnya menguji kecekalanku~alhamdulillah kau mampu melakukannya...dan pada petang ini pulak aku akan bertolak ke kuala lumpur semula lantaran tugasan2 yang banyak menanti aku untuk disiapkan...huh 3 hari aku berada di tiga tempat yang berlainan....dan yang pasti abah amatlah letih kerana abahlah yang memandu sepanjang destinasi aku di 3 tempat ini....kuatkan abah aku?? terima kasih abah~aku amat bertuah kerana punyai abah sepertimu~

sebenarnya kepulanganku ke kelantan adalah untuk berjumpa mak dan adik2 aku setelah 2 bulan tidak kutemui mereka dan rindu yang bersarat dalam hati ini semakin memuncak bila mengenangkan jika aku tidak pulang pada tika dan saat ini, mungkin lamabat lagi peluang untu aku pulang tiba....kerana selepas ini aku akan menghadiri 3 program dan salah satunya adalah program BAKTISISWA yang dijalankan di terengganu sehingga 7 march nanti~dan aku juga pulang ke kelantan lantaran ingin ketemu sama satu2nya nenekku yang masih ada yang kini sakt kanser usus.....dan yang menyedihkan aku ialah satu kenyataan yang bawu aku terima yang mengatakan bahawa nenek tidak boleh dibadah walaupun tahap kansernye sudah berada di stage 4 kerana risikonya tinggi...dia juga menghidap beberapa penyakit sampingan yang lain~
YA ALLAH sembuhkanlah nenekku....kurus sangat nenek dan kakinya amat pucat~dan aku juga amat-amatlah sedey kerana aku just dapat berada di sini hanya sekejap sahaja~apakan daya....aku tiba2 teringat kata2 yang pernah aku baca di blog seseorang iaitu kita ni manusia kalau bley dan mampu kita ni nak buat semua perkara tapi hakikatnya kita tak mampu...seseungguhnya manusia ni amatlah lemah....dan kalau kita tak mampu nak wat semua, jangan tinggalkan semua...buatlah apa2 yang kita mampu kerana selagi ada usaha dan cara yang dihalalkan Islam, selagi itulah ALLAH bersama kita....insyaAllah~

akhir kalam...doakan lah agar semuanya berjalan lancar dan semoga selamat perjalananku bersama abah pulang ke kl pada petang nanti...amen

No comments:

Post a Comment