buat sahabatku dan jua diriku...moga ia membantu:)
apabila tiba masanya kau bertemu calonmu..
ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!
terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan...
terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti...
jadi ke tak jadi.. cepat ke lambat... dan pelbagai lagi... apesal tetiba ade orang kacau pulak....
ini akan menyebabkan kita akan tergopoh-gapah,
tersadung dan
mengikut bisikan hati yang mungkin tidak patut diikuti pun
dan di situlah terletaknya kesabaran yang tinggi...
kerana mungkin di dalam peringkat taaaruf itu...
ujiannya bertambah-tambah...
keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya...
untuk terus menghubungi dirinya...
menitipkan perhatian darinya...
pasti akan membuak-buak...
~sukar sekali memendam rasa sayang pada seseorang~dan kita mencari alasan untuk menghubunginya..
walaupun tidak ada keperluan pun...
dan di situlah letaknya....
SABAR
TAWAKKAL
DAN KEYAKINAN KEPADA KETENTUAN, QADHA DAN QADAR ALLAH..
::usah berbuka sebelum waktunya, kerana belum tentu dia adalah asal rusukmu yang hilang itu::~di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu....
"di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya"..
(hadis)
"tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat"
(HR. Thabrani)
dan dengan itu Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakkal kita kepaNYA, dan mengingatkan kita bahawa Dia pasti mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun secara zahirnya sukar dinilai dengan pandangan mata yang melihat...
dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam...
bahawa ALLAH pasti tidak akan meninggalkan kita...
"sungguh..ALLAH itu amat penyayang dan pengasih sekali dan DIA amat menyayangi hambaNYA yang beriman dan bertawakkal kepadaNYA"kerja-kerja menyeru manusia ni memang banyak, masa yang ada makin sempit...tidak dapat tidak, perkara ini sering berkumandang di benak kita...mengganggu benak dan emosi kita....
bekalan kita hanya pada 3 perkara itu....
sabar..
tawakkal..
& yakin akan ketentuan ALLAH...
hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakkal dan tidak yakin akan ketentuan ALLAH...
yakinlah bahawa ALLAH pasti memberikan yang terbaik untuk kita...
PASTI!!!
"sabar itu sungguh indah sekali nikmatnya~akan tiba jua detik itu insyaallah~ biarlah kesabaran yang menerajui hati dan akal perasaan yang satu itu"~
"Rasullullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajarkan satu surah daripada Al-Quran. kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
"wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMU dan memohon takdirMU dengan kekuasaanMU. Dan aku memohon daripada kelebihanMU yang amat besar.sesungguhnya hanya KAU yang mampu dan aku tidak mampu dan ENGKAU amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. ENGKAU mengetahui segala perkara ghaib"..
"wahai Tuhanku sekiranya ENGKAU mengetahui bahawa ini adalah yang terbaik buatku, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkanlah untukku dan berkatilah aku padanya..sekiranya ENGKAU mengetahui bahawa perkara ini bukan yang terbaik untukku, dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. berikanlah kebaikan di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMU"...
sesungguhnya janji ALLAH itu benar.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~insyaallah... untuk sesiapa yang aku kenali dan juga bakal mendirikan masjid tidak lama lagi, semoga berbahagia hendaknya
~buat sepupuku, kak akmal, kak hasmah dan kak lina....korang bertiga adalah permula di antara yang pertama....insyaallah akan aku hadir kenduri kalian~
~buat kak sufi juga insyaallah, dan kakak rakanku, raihan mastura...(tak kenal pun tapi aku dijemput jugak, jadi tak salah rasanya aku mendoakan mereka)
~buat kakak kak midi, kakak fathihah dan kakak angkatku di serada, kak naimah yang telah pun berlalu kenduri kawen mereka dan aku turut menjadi salah seorang tetamu yang hadir~