kata Al-Mutanabbi, di mata orang yang berjiwa kerdil, persoalan kecil terlalu besar. di mata orang yang berjiwa besar, persoalan agam terasa kecil. ada kalanya di dalam hidup ini, kita akan menemui keputusan yang dibuat tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang wajar. tindakan salah yang kecil, diperbesar-besarkan, tindakan salah yang besar ditutup demi menjaga hati yang satu...
mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar..
kalau boleh senang, kenapa pilih susah? kalau boleh bahagia, kenapa pilih derita? hidup bukan keputusan antara dua pilihan, tetapi hidup adalah muktamad! bukan salah orang lain, bukan kerana orang lain atau bukan kerana nasib. kita ada pilihan diri kita sendiri!
"apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia daripada ALLAH; dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah daripada (kesalahan) diri sendiri. Dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada seluruh ummat manusia sebagai seorang rasul (yang membawa rahmat). dan cukuplah ALLAH menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)"
(an-nisa': 79)
mereka berbicara, tetapi dengan bahasa yang tidak sekata dan pandangan berlainan cara..
inikah harga sebuah kesabaran, mahalnya untuk aku nikmati, jerihnya untuk aku lalui, dan kala sinar bahagia mencelah di balik awan, pelangi muncul mewarnai dua hati yang saling merindu...
aku percaya suatu hari nanti, ada bahagia yang menanti di hujung jalan, kerana aku yakin ada hikmah yang diciptakan dalam sebuah kehidupan. walau sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat itu..kerana bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang lebih mengerti. lalu aku butakan mata,pekakkan telinga..derita di hati, simpan sendiri..
anggap saja hidup ini satu pentas sandiwara. jadi kenapa perlu terus bersedih? kenape perlu terus menangis. sedangkan kesedihan itu tidak menjanjikan apa-apa buatku. sabar, aku harus sedar diri. jangan tamak dengan apa yang telah diberi. walau sebenarnya aku tidak ingin kecundang sekali lagi. aku ingin bahagia seperti mereka..namun, sampai bila aku harus begini, kerana perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan..
membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria..segala suka duka terhimpun di sini..adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? ALLAH yang bisa menentukannya
dunia ini adalah pentas. ALLAH penulisnya dan kita adalah watak yang akan dimatikan pada bila-bila masa..
penuh dengan warna dan cerita, air mata dan tawa ria..segala-galanya diadun sehingga saat ini ia berakhir..dan pasti yang berakhir itu ada permulaannya..
tak semua soalan memerlukan jawapan dan tak semua jawapan harus bermula dengan persoalan
lampu takkan menyala kalau tak dipetik suisnya,
suis akkan menyala kalau tak disambung litarnya,
litar takkan berfungsi kalau tiada elektriknya,
dan elektrik takkan mengalir kalau tak dibayar bilnya...
sesungguhnya, tiada jalan yang singkat untuk meniti kejayaan..
kehidupan..indah yang melalaikan. penuh dugaan untuk menduga harga sepohon iman di dada
sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam, malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir..sejarah kehidupanku, adakah itu sekadar untuk mematangkan? terima kasih kerana berjaya membentuk aku yang hari ini..aku yang tidak mudah lupa diri, insyaallah
pengorbanan terlalu tinggi untuk digapai, terlalu dalam untuk diselam. pengorbanan demi satu tuntutan..tuntutan dan tanggungjawab kepada Sang Pencipta
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, sebijak-bijak pelanduk sekali-sekala dia terlupa pada jeratnya tapi pemburu sentiasa ingat pada jerat yang dipasangkan~
adakala keadaan sering meneruja pertimbangan, membelenggu pemikiran tapi apa pilihan yang kita ada?
meniti batas waktu, ada memori yang tercipta, ada bahagia yang mampu dilahirkan dengan kata-kata..
apabila irama dan lirik tidak serasi, bunyinya pasti sumbang, begitu juga apabila perbualan antara dua minda yang tidak serasi, hasilnya pasti mengecewakan..
bisikan hati tersangat halus dan sungguh rapuh, kerana itulah ia seringkali diingkari manusia..
apabila hati sudah mati, getarannya tidak mampu lagi dirasai kecuali hanya apabila diri sendiri diinjak-injak
kadang-kadang lahiriah gagal untuk membicarakan dengan tepat apa yang tersirat dalam diri seseorang yang langsung tak dapat dinilai dengan pandangan mata kasar~
No comments:
Post a Comment