kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati & kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah...bila menangis tak siapa yang tahu..walau siapa pun kita, di mana pun kita..langit dijunjung, tanah dipijak rapi..selagi kita hidup langkah mesti diteruskan..jangan sekali-kali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makluk Allah yang sedang diuji...
nikmat paling manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian...namun, tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhuwwah, kesungguhan dalam berjuang melalui robithah hati..Ya Allah, peliharalah kami-kami ini semua...sesungguhnya kami berkasih-sayang hanya kerana-MU...ukhuwwah kami ini hanya untuk menggapai cinta-MU..
" jalan ini jauh..tetapi itu yang dituntut olehmu dalam mengejar sinar di hujung destinasi, matlamat itu hakiki, mencapainya memerlukan sabar & tekun..
ujian ini adalah kayu ukur iman, tinggi rendah iman diukur dari natijah di akhir ujian..tetap yakin, kerana janjiNYA pasti"~
orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia..berjuanglah kerana Allah..berbahagialah hati walaupun payah kerana itulah jalan menuju ke jannah yang abadi selamanya
"keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala bebanan yang ditanggung ringan dan mudah..keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar..kerinduan padaNYA menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat"
semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian..semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan..hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan..penuh ketenangan, merempuh ujian..tuluslah dengan Tuhan, tuluslah sesama manusia...
No comments:
Post a Comment