Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Wednesday, September 29

hanya mampu melihat

assalamualaikum wbt....

antara sedar atau tidak aku sangat2 kesuntukan masa sekarang....terasa bagai tidak mampu bernafas dengan tenang dek kerana terlalu banyak tugasan yg perlu dilaksanakan...

sekarang baru aku sedar...yang kejayaan dulu tidak dapat menjanjikan apa2 untuk masa depan yang baik melainkan aku kena berubah....kejayaan dulu hanyalah sejarah yang mengajar aku hanya sedikit erti hidup...dan sudah tentu banyak lagi yang perlu aku hadapi dalam meneruskan langkahan2 aku hingga ke akhirnya....

sejak dua menjak ni, banyak perkara yang berlaku...sedih, pilu, geram, suka duka dan segala-galanya bagaikan diadun menjadi satu rasa...dan rasanya itu hanya Allah dan empunya diri yang tahu....

buat sahabatku, fatehah.....aku sangat mengagumimu selama ini kerana ketabahan sekeping hati yang kau miliki dan ianya terbukti dengan ujian Allah yang lebih menyayangi ayahandamu...insyaAllah...yakinlah dengan janji Allah kerana janjiNYA itu pasti bahkan teramat pasti...bersabarlah kerana Allah tahu apa yang terbaik....malam tu saat aku menghantarmu pulang, aku sangat2 berdebar dan tak terkata....inilah kali kedua aku menyaksikan kematian di depan mata setelah arwah nenek aku dulu....aku mungkin tidak dapat merasakan apa yang kau dan keluarga kau rasa kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul....dan aku juga tidak dapat membayangkan seandainya aku yang berada di tempat kau sekarang...ya betul..sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan apa yang dia mampu hadapi....di saat Allah mengambil ayah kau, Allah telah memberi satu tanggungjawab baru kepada abang kau sebagai ketua keluarga...dan aku tahu akan tiba jua masa bila mana aku juga akan turut diuji, mungkin dengan ujian yang sama ataupun lain...kerana kematian itu pasti untuk semua yang bernyawa...termasuk aku...cuma masanya tidak diketahui bila...mungkin giliran aku mendahului kau atau sebaliknya....semuanya hanya Allah yang tahu....

masa terus berjalan tanpa sesaat pun berhenti...jadi kita semua kena berjalan tanpa henti jugak...final is coming soon..tak sampai sebulan je lagi....Ya Allah...aku hanya mampu berdoa agar sem ini berakhir dengan baik agar ianya akan menguatkan lagi semangat aku untuk naik sem depan...insyaAllah...please everyone..keep on moving ok...kerana sinar kebahagiaan dan kejaayaan pasti menanti di hadapan....jom wat yang terbaik!!

No comments:

Post a Comment