Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, January 13

catatan kuliah: berhijrahlah dengan hati


Berilah Manfaat Kepada Orang Lain

Entri kali ini saya ingin berkongsi isi kuliah tafsir yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, P.Pinang pada ahad lepas.. Kuliah mingguan Dr Danial diadakan setiap ahad jam 3 - 5 petang. Beliau mengupas dan menyampaikan isi kuliah dengan merujuk kitab tafsir yang sahih dan banyak digunapakai sekarang iaitu Tafsir Ibn Katsir. Isi kuliahnya juga sangat menarik kerana sambil mengupas mengenai ayat al-Quran, beliau turut menghubungkannya dengan keadaan semasa dan realiti yang berlaku pada masa ini..

Seperti kata Dr, diri kita boleh dianalogikan sebagai rama-rama.. Yang mana ia berhijrah daripada dirinya yang berbentuk ulat, kemudian berada di dalam kepompong dan seterusnya menjadi rama-rama yang cantik.. Jadikanlah kita pun begitu. Seperti rama-rama yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau sementara dan kecil sumbangannya..

Kita tukar hidup kita daripada hidup yang kekosongan dan biasa-biasa kepada seorang yang aktif, yang memberi sumbangan kepada dunia ini walau hidup cumalah sementara.. Yaa.. Jadilah seperti rama-rama itu.. Walaupun kita tidaklah dipandang hebat, sekurang2nya kita telah memberi sumbangan kepada orang lain.. Walau sedikit mana pun ia.

Surah al-Mulk

Dalam surah al-Mulk, ayat 2 Allah berfirman:

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.."

Dalam ayat ini, Allah S.W.T menjelaskan bahawa DIA menjadikan KEHIDUPAN dan juga KEMATIAN untuk menguji siapa diantara kita yang lebih baik amalannya.. Allah tidak menyebutkan 'siapa yang lebih banyak amalannya' tetapi 'siapa yang lebih baik amalannya'..


Jadi, perlu kita fikirkan, apakah itu amalan yang baik? Bagaimanakah hendak menjadi orang yang baik amalannya??

Jawapannya ada dua, iaitu amalan yang baik ialah amalan yang IKHLAS kerana Allah dan amalan yang berpandukan syariat, mengikut petunjuk Rasulullah yang sebenarnya.. Barangsiapa yang melepasi ujian Allah itu, baik amalannya, maka dialah calon ahli syurga.. Subhanallah..

Namun, adakah kita mengetahui apakah sikap2 ahli neraka? Perkara ini telh dinyatakan dalam surah al-Mulk ayat 10.

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Daripada ayat ini, ciri-ciri ahli neraka adalah mereka tidak mahu mendengar dan mereka tidak mahu memahami. Sikap ini juga bukan hanya terdapat pada orang-orang kafir sahaja.. Malahan terdapat segolongan mereka yang mengaku beragama dan berilmu juga bersikap sebegini. Mereka hanya mendengar kata-kata daripada ketua-ketua atau guru-guru mereka sahaja dan tidak mahu mendengar daripada orang lain. Mereka juga tidak mahu berfikir. Disebabkan sikap yang terlalu fanatik, mereka terima sahaja bulat-bulat seperti yang diperkatakan tanpa menyelidiki kebenarannya.. Semoga kita terhindar dan dijauhkan daripada bersikap seperti ini..

Surah al-Qalam

Surah ini mengandungi 52 ayat dan juga dikenali sebagai surah Nunn.

Ayat 1 hingga 4 surah ini:

[1] Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -

[2] Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

[3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

[4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Dalam ayat 1, Allah bersumpah dengan pena. Cuba fikirkan pula mengenai pena kita. Qalam kita. Adakah kita menggunakannya untuk kebaikan? Kita ada pelbagai kemudahan untuk menulis. Tetapi adakah benda yang kita tulis itu sesuatu yang baik? Atau ia lebih mendatangkan dosa? Cuba fikirkan kembali, wahai sahabat.. Marilah kita renungkan dan muhasabah diri semula.


Kebanyakan kita hanya menulis perkara yang sia-sia. Di Facebook contohnya. Menggunakan kemudahan ‘pena’ yang ada untuk mengutuk orang lain, mengumpat, dan lain-lain.. Salahkah andainya kita gunakan ia untuk saling mengingati? Menulis sesuatu yang bermanfaat lalu dikongsikan bersama orang lain? Pasti ia lebih baik daripada sekadar bersembang kosong.

Ulama terdahulu begitu terangsang dengan surah ini sehingga mereka mampu melahirkan karya-karya agung yang digunakan dan dirujuk sehingga ke hari ini. Walaupun mereka telah lama meninggal dunia, namun ilmu mereka tidak luput bersama. Ia terus berkembang dan dimanfaatkan. Sekiranya kita juga teransang dan mempunyai semangat seperti mereka, pasti kita juga akan menulis. Jika tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

Kita tidak perlu menjadi seperti Imam an-Nawawi untuk menulis perkara yang baik-baiki. Mulakanlah sedikit demi sedikit dahulu. InsyaAllah, pasti ALLAH akan mempermudahkan..

Berbalik kepada surah al-Qalam, ayat seterusnya menyatakan bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang yang gila sebaliknya baginda mempunyai akhlak yang amat mulia. Disebabkan perjuangan baginda yang hebat, Allah menjanjikan pahala yang besar kepada baginda Rasulullah SAW.

Dalam ayat 4, Allah memuji akhlak rasulullah SAW.

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Mengapa ALLAH tidak memuji Ibadat Rasulullah? Mengapa tidak memuji solat rasulullah dan lain-lain? Walaupun segalanya yang rasulullah lakukan itu baik?

Hal ini kerana, AKHLAK ITU ADALAH HASILNYA daripada semua amalan yang dilakukan. Oleh sebab itu, banyak ayat di dalam al-Quran memuji akhlak Rasulullah SAW yang sangat mulia. Akhlak Rasulullah adalah seperti al-Quran. Segala yang diperintahkan ALLAH dikerjakannya, dan segala yang dilarang pasti ditinggalkannya.. Hasil ibadah dan pengabdian baginda terbukti menerusi akhlaknya..

AKHLAKNYA MENJADI BUKTI keimanannya..

Benarlah akhlak itu dapat diumpamakan sebagai buah. Iaitu hasil terakhir yang terbit dari pohon akidah yang kukuh dan benar serta ibadat yang sahih..

Namun di Malaysia, banyak orang suka sangat berdebat. Namun meremehkan pembentukan peribadi yang mulia. Mereka menunjukkan seolah-olah mereka sangat berilmu dengan menghentam pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Dikeluarkannya pelbagai hujah yang sehabis mungkin bagi mengalahkan pihak yang lain. Sehingga mereka lupa akan tujuan perutusan Rasulullah yang utama. Iaitu akhlak yang mulia. Mereka lebih suka menghina dan mejatuhkan orang lain daripada menunjukkan contoh yang baik.. Beginikah sikap seseorang yang mengaku mengikuti Rasulullah dan para sahabat? Nilailah diri kita semula..

DALAM ISLAM, IBADAH ITU HASILNYA NAMPAK..

Apabila kita melihat tingkah laku seseorang, kita pasti akan tahu. Kita lihat akhlaknya, tahulah kita adakah dia benar-benar mengamalkan ilmunya atau sekadar omongan kosong belaka?

Cuba kita tanya pada hati kita, kenapa akhlak yang baik sangat penting? Adakah kita suka dengan orang yang tidak berakhlak? Apakah gunanya seseorang yang cantik bagaikan model andai dia suka menyakitkan hati orang lain? Apa gunanya belajar sampai dapat 10A1, tetapi tak tahu hormat orang lain? Dan apa gunanya jadi ‘orang besar’ tetapi suka menerima rasuah? Adakah kita suka dengan orang sebegitu?

Oleh itu, sempena tahun baru ini ayuhlah kita bersama-sama berhijrah dengan hati kita.. Agar segalanya dipermudahkan dan ikhlas kerana Allah.

Baiki niat, baiki akhlak..~

Sumber: http://farhamizah.blogspot.com/2011/01/berhijrahlah-dengan-hati.html

Wednesday, January 12

target




hurm...degree dan akan bergelar graduated student of uiam in bachelor of mathematics~

insyaAllah..tak lama lagi kan....kalau ikut shcedule yg uia ni sediakan, kos aku memakan masa selama 4 tahun untuk habes....dulu aku matrix 2 tahun...so total up 6 tahun....lama kan? bukan senang nak senang....jalan nya jauh....after 6 tahun baru aku dapat grad...dua2 kakak aku bakal grad tahun ni...bulan 8 nanty insyaallah....yang first bakal dapat master dari pada umur 25 tahun...yela, dia matrix setahun je, pastu degree 2 tahun n den terus sambung master....cepat kan? dan tahun ni jugak target dia nak kawen lepas habes belajar....aku doakan yang terbaik untuk kaklong ek....lama kot tak jumpe dia....kalau jumpe je mesti dia belanja aku.....gud luck asiah!!



dan yang kedua pulak, insyaAllah bakal doktor....tempoh masa yang dia belajar sama je ngan aku 6 tahun, matrix pasum setaun n ijazah 5 tahun....tp dia bakal doktor, aku bukan amek doktok pun...haih.....n sekarang dia tengah struggling sangat sangat sangat untuk pass tahun akhir ni....selalu kol aku mintak diberikan semangat....kesian dia....takpe ainun, teruskan je berjuang sehabis baik, yang lain serahkan pada Allah.....usaha sehabis baik....kalu ko tension, bagitau aku, meh aku buat lawak...huhu.....

Ya Allah, berilah kejayaan kepada kedua-dua kakakku ini, semoga kejayaan yang Kau berikan kepada mereka dapat mendekatkan kami sekeluarga kepadaMU....~AMIN...

hurm....depa dua orang dah nak grad, tapi aku?? huahuahua...lambat lagi...jelesnya.....tapi aku umur 21 ikut tahun, dorang dah 24 n 25....no wonder la kan? tapi aura nak belajar kalau kat umah tu macam dah tak membara je sebab depa dah nak kerja....haih....takpe2, t boleh aku pau duit depa....hahahahaha.....

n mak abah ade la jugak suh aku habes cepat....maksudnya bawak subjek2 yang akan datang tu ke sem2 yang awal ni.....dengan harapan 4 tahun dapat bertukar jadi 3 tahun....tapi mak abah takde la memaksa, just cakap je....semuanya terserah pada aku untuk membuat keputusan....mak cakap buat yang terbaik.....



pikir punye pikir, aku pun rase dah nekad dengan satu keputusan...insyaAllah ini yang terbaik kan buat aku.....
target aku nak habeskan degree dalam masa 3 tahun...camne caranya?
suvey punye survey, senior punye pengalaman aku tanya.....n den ini resolusinya

buat short sem 2 kali n amek satu concentration.....n untuk minor kalau amek bussiness, berpeluang buat kat gombak....bunyi cam menarik je..yela, tempat baru, pengalaman baru bakal dirasai belajar melalui pengalaman, dahlah aku ni jenis suke merendek, maksud aku jalan2..yes, aku dah tahu hala tuju aku...ini perancangan aku, tapi Allah pun merancang jugak....

aku akan amek minir in bussiness n aku akan buat 2 kali short sem n aku akan amek satu concentration je iaitu financial mats~



yup, my target......fokus okay....n den lepas habes belajar bolehlah aku pikir pasal kawen...hahaha....lawak2~eh takdenye....kerje dulu...kumpul duit untuk kawen...tu yang abah cakap...even kakak2 aku pun tak kawen awal, takkan aku nak buat kot....dorang kawen umur 25...ha aku lebey kurang tu jugak lah....

eh kire punye kire...kalaulah perangcangan aku untuk buat dalam masa 3tahun ni berjaya, thats mean yang aku akan grad dalam masa 2 tahun lagi dan dalam umur 23...so ade mase dua tahun untuk cari pengalaman dalam kerja.....nak tak nak aku ni kena jadi lecturer, sebab dah terikat dengan kontrak BKTA....tapi 4 tahun jela...kalau aku dah bosan mengajar, aku cabut lari lah kerja kat bank pulak...hehe

waahhh...tinggi menggunung kan aku punye target.....tapi takpe....ini aku....kata orang target itu perlu diletakkan tinggi supaya ianya akan menjadi satu motivasi buat aku...
dan semoga Allah redha dengan keputusan aku......semoga Allah juga memudahkan segala urusan aku dan mereka2 semua~

Saturday, January 8

sayu



perasaan: ntahlah...bercampur baur~
kerja berlambak tapi satu habuk pun tak jalan.....
sedey yg teramat......

hari khamis malam jumaat haritu, mak liyana, budak biotech satu batch ngan aku telah kembali kepada penciptaNYA.....memang yang hidup itu pasti akan mati kan......sama ada sebab sakit, kemalangan atau meninggal secara tiba-tiba........arwah mak yana meninggal disebabkan sakit breast cancer.....innalillah....semoga rohnya dicucuri rahmat...al-fatihah....teringat petang isnin haritu, akmar, kawan baik liyana call aku tanya ada kat mane... aku tyme tu kat rumah sungai isap lagi....upanya akmar nak mintak tolong hantarkan liyana ke terminal...dia nak balik perak, nak jumpa mak dia...tapi at that tyme aku tak tahu, kalau aku tahu, bley je aku terus balik u n den hantarkan dia.....delivery petang tu susah nak dapat....sume tak de kot....kete sewa pun sume lesap....kadang2 benda yang sangat sangat kite perlukan at that moment jugak boleh jadi tak de kan...so,what to do?

n den, petang semalam jugak aku dapat tahu mak kawan aku menghidap penyakit yang sama, tak pernah jumpe pun mak dia, tapi terasa seolah-olah macam mak sendiri je..mungkin sebab kawan rapat........semua aturan Allah kan.....Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk hambaNYA....semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah....apa-apa yang berlaku pasti ade hikmahnya.......yakinlah dengan janji-janji Allah.......aku kol mak petang semalam, alhamdulillah suara mak ceria....Allah tak uji aku dengan ujian2 sebegini sebab mungkin aku tak mampu.....aku cuba bayangkan keadaan aku di tempat mereka.....dalam erti kata lain, cuba memahami apa yang mereka rasa dan perlu berdepan dengan realiti kehidupan sebegini....tapi betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan?? apa-apa pun, tabahlah wahai hati dan Allah, tabahkan hati-hati mereka~

n den pagi ni anis msg aku, mintak tolong hantarkan ke klinik....anis sakit...sian anis...anis, sabar ek....sakit tu ujian....nikmatnye bile kite sabar....skunk ni sementara menunggu anis msg cakap ready nak gi, aku pun tulislah post ni....anis, semoga cepat sembuh, aku sayang ko~indahnya ukhuwwah kan?



ntahlah sejak kebelakangan ni banyak dengar cter pasal sakit.....sakit yang realitinya perlukan jiwa-jiwa yang kuat untuk hadapinya.....sesungguhnya kesihatan yang baik itu sememangnya sangat-sangat berharga....jadi, hargailah ia sebaik-baiknya.....bila nikmat sihat itu hilang, baru kite sedar kan~

Tuesday, January 4

nikmat sakit


alhamdulillah...umur masih panjang untuk menaip post ini kan=)
assalamualaikum semua....

sakit? sape mahu sakit andainya itu boleh buat kita menderita kan? tp tak siapa yang tahu dugaan yang datang...Allah itu kan Maha Penyayang....dan salah satu tandanya adalah menguji hamba-hambaNYA yang dikehendaki.....dan salah satu cara ujianNYA adalah dengan sakit....dan cara kita sebagai hamba yang beriman hendaklah sentiasa sabar ketika mana diuji rasa sakit itu.....sakit memang sakit..kadang2 tak terucap sakitnya.....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan?

sakit itu tujuannya untuk menguatkan juga kan? mengingatkan kita tentang kewujudan Allah jua yang sememangnya wujud cuma kita yang terlupa akan kewujudan itu......

alkisahnya aku baru je sihat dari demam+sakit gigi...Ya Allah, sakitnya hanya Dia yang tahu....berhari-hari tak boleh tidur dan sampai demam berhari-hari....kelas hari khamis tu sume aku ponteng....yela ngat nak gi klinik uia amek mc tp tak gi pun....khamis tu dah rushing nak balik kelantan...haha....so kire ponteng la kan kalau tanpa mc....maaf ye cikgu bm, ustaz razak n ustaz ibrahim.....aku tak sengaja...malam tu memang tahap kritikal la demam....dah telan panadol 2 biji dan ubat batuk yg mengantukkan tu pun still tak ley tido...kepala rasa cam kena tarik je urat2nye~adalah tu kot kaitannya dengan sakit gigi.....pagi rabu tu aku dah gi dental kot kat bangunan dentistry n doktor tu pun dah rawat aku...tp still lagi sakit....tu yg buatkan aku nak cabut je gigi ni...sebab tu jelah satu2nya jalan yg tinggal kot untuk menghilangkan rasa sakit ni.....pagi sabtu, aku pergi klinik gigi ngan mak untuk menunaikan hajat itu kat klinik swasta kat kelantan...mak aiii, masa cabut tu Allah jela yg tahu sakitnya.....tp alhamdulillah sakit buat sementara kan....sekarang dah ok...syukur....

masa sakit, punyelah aku tak lalu makan..yela dah namanya gigi yang sakit kan....tula sepupu aku cakap aku dah nampak cengkung mukanya...effect sakit kot....sakit2 pun boleh lagi drive kete gi beli buku kat jaafar rawas kota bharu tu n gi umah makcik kat tumpat tu...haha....tu yang mak marah tu....bukan mak, orang tak nak layan sangat sakit ni, t jadi manja pulak...haha...haa.. sebab sakit ni jugalah yang membawa aku balik bersama abah petang khamis tu.....lewat malam baru sampai...sepanjang perjalanan hujan lebat...bertambah sejuk la aku.....even kat terengganu pun lebat sangat hujannya....sebab tu yang lambat sampai kot...sampai2 je umah, mak sambut....sempat lagi mak kata kat aku" asyik balik je budak ni" haha...mana ada mak....eh tp kalau tengok2 balik, memang tak sampai sebulan lagi aku dah balik semula...takpe2~huhu....happiness is homemade rite~

akhirnya penderitaan aku sakit dah berakhir....cuma sekarang ni selsema n batuk je tak hilang2 lagi.....after diz, sangat banyak kerja yang perlu disetelkan tp mood takde....ntah kemana menghilangnya...hadoilaaa....every week dah ade perancangan ni....