Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, March 17

kisah aku dan algebra yang memilukan=(


sem ni hampir melabuhkan tirainye....masing2 sedang menghitung hari untuk menduduki exam final yang bakal bermula pada 31/3 ni....fulamak ayat skema abes..haha...almaklumlah aku amek bm sem ni dan paper first pun bm...so, alang2 menyelam sambil minum air...haha...

hurm...actually sem ini mencatatkan satu kisah pahit dalam hidup aku...yela...for the first time aku wat bende ni....sumpah aku sedey...n aku taknak benda ni berulang lagi dalam hidup aku in future....tapi tula...aku manusia biasa..hanya merancang dan Allah juga merancang....tentulah perancangan Allah tu yg paling terbaik kan=)

actually, apa yg berlaku kat aku?? dan apa kaitannya dengan algebra? hurm...benda ni dah lama berlaku cumanya baru sekarang aku ade mood nak cte sebab dah tak sedey...haha....ah, biarlah..buat apa nak sedey lama2 kan? tapi kalau sedey tu dapat menaikkan semangat balik...haaa, itu satu keperluan sebenarnya~~~

aku drop satu subject after exam mid term...opss silap...bukan drop bak kata kak maria, sekarang ni term tu ditukar kepada withdraw...sebabnya kalau drop tak yah bayar n ianya berlaku pada 4 minggu pertama jep....sekarang ni kena bayar rm 300 untuk withdraw satu subjek....mahal kan?? sebab tu aku pokai sekarang ni...aku gune duit scholar untuk bayar harga tu....hurm.....



sebab apa aku withdraw ek?
aku tahu apa yang aku buat dan aku yakin insyaALLAH semua ni ade hikmahnya dan ini yang terbaik untuk aku....dan Allah seolah-olah dah bukak jalan untuk aku withdraw sebab jalan ni dah terang2 aku nampak....maksud aku, masa wat keputusan ni, aku yakin untuk withdraw, tidak konpius pada dua keadaan iaitu sama ada nak atau tak~~.....
aku fail exam midterm algebra n aku rasa aku tak dapat dah nak go on dengan subjek ni untuk sem ni....
n aku tak pernah nak paham apa jesni, lecturer aku, dia memang tak suke org panggil dia dr. ajar.....seyes aku tak paham n susah bangat aku nak paham segala teori yang dia cakap....maybe aku ngan jesni takde jodoh dalam agenda paham memahami.....
pernah dulu be4 midterm aku rasa cam nak nangis belajar Algebra....



well, sekarang semua dah tinggal kenangan kan....after je aku wat decision untuk withdraw, aku memang tekad tak nak datang kelas dah....patutnye bley je datang lagi...belajar dulu subjek tu untuk bina konfident dalam diri....tapi kalau aku datang tapi tak paham macam membazir je kan...baik aku duk bilik wat exercise Calculus2 n LINEAR ALGEBRA yang aku kena score tueh...
n last kelas aku datang untuk algebra ialah masa kelas yang jesni bagi result tu.....even aku tengah dalam proses uruskan withdraw ni, aku dah tak datang kelas dah...nampak tak kat sini betapa kecewanya aku dengan diri aku n algebra...yup...kecewa yang amat...sebelum ni aku takde sejarah withdraw subjek....fail untuk midterm aku dah pernah rasa, tp struggle bangat untuk final, yup...aku boleh pass....tapi tidak untuk algebra....aku kena paham konsep dia from initial point....kena starting belajar from zero.....n instict aku kuat kata aku tak ley nak go on dah...if aku go on jugak, aku akan repeat n ni akan menjejaskan pointer aku....

dalam kelas tu tak silap aku hampir separuh yang fail....tapi yg withdraw just dalam around 15 i think...it is okayh jep....kalau nak go on asalkan yakin dengan setiap tindakan kita kan....untuk korang yang still berjuang...teruskan sampai habes....jangan give up di pertengahan jalan macam aku.....gudluck untuk final ek=)

aku semangat sangat nak belajar subjek ni masa awal2 sem dulu, saggup beli buku teks yang mahal tu n sanggup merantau sampai ke Tanjung Malim, pergi belajar ngan sepupu aku yang amek mats jugak kat upsi....tapi, apakan daya..rezeki tidak memihak padaku...yup..aku redha=)

n sejarah ni pasti aku akan tebus balik...bukan sia-sia aku habeskan duit aku rm 300 tu...nanty bila aku amek balik subjek ni, aku janji dengan diri aku untuk dapatkan A atau A-...nothing is possible rite? everyone can do it...yeah~~~!!!!!
n untuk 5 lagi subjek yg tinggal, aku akan pulun habes2an...peluang untuk aku naikkan pointer tanpa kehadiran ALGEBRA yang memilukan itu.....insyaAllah......

n ALHAMDULILLAH, i got full marks for paper CALCULUS2 during midterm exam....
inilah buktinya Allah akan datangkan pelangi setelah hujan kan=)

inilah kata2 jesni antara yang aku ingat pada hari result kuar...n on that day, aku sayang jesni becoz of his words of motivation and i think he is the best motivator=)

"failure is needen in life"
"percayalah, suatu hari nanty orang2 yang fail ni akan jadi better person"
"kalau awak fail kali ni tak bermakna akan gagal jugak nanty dan kalau awak pass kali ni, tak bermakna awak akan pass nanty"


hurm...dia dah banyak makan garam dari aku, so aku memang setuju 120 % kata2 dia=)
thanks jesni=)

kegagalan bukan untuk selama-lamanya kan?

No comments:

Post a Comment