Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Sunday, February 21

habis exam~


ALHAMDULILLAH~syukur aku dapat jua menghabiskan sisa2 perjuanganku di cfsiium pj....aku bawu udah selesai exam final dan juga ini menandakan aku dah graduate dari foundation ni....

kat sini just nak berkongsi pengalaman aku selama beberapa hari setelah tamat exam~
18 hb aku merdeka jam 11 pagi dengan bersaksikan paper fizik lab 50 soalan objektif....
sepatutnya aku akan gembira setelah usainya exam tapi aku tak tahu mengapa hati dan perasaan aku seolah2 tidak merasakan kegembiraan yang selama ini aku bayangkan~
mungkin sebab aku masih terkilan kerana kejadian sedih yang menimpa rakan dan sahabatku yang bawu sahaja kehilangan ayahnya~aku turut merasakan kehilangan itu kerana aku agak baik dengan sahabatku itu...YA ALLAH ape2 pun aku doakan agar segalanya dipermudahkan dan dikuatkan hati sahabatku YA ALLAH~sesungguhnya ini adalah tarbiah dan ujian daripadaMU dan sesungguhnya aku yakin sahabatku ini mampu menghadapinya kerana KAU tidak akan membebankan musibah ini kepada dia seandainya dia tidak mampu menghadapinya~kuatkan hatimu ea....

dan barangkali sebab kedua mengapa aku tidak sebegitu gembira usainya exam ialah aku perlu menjalankan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu aku.....aku perlu menjadi dua orang penting dalam dua program pada masa yang sama....aku harap aku dapat penuhi tanggungjawab ini dengan sebaiknya kerana aku tidak mahu mengecewakan mana2 pihak lantaran aku amat sayang kesemuanya~lebih2 lagi ada sebahagian dari mereka bakal aku tidak temui setelah usainya program~dan ini menambahkan lagi kesedihan jiwa batinku...sesungguhnya mereka semua amat baik terhadapku dan mereka jua pernah melakar memori terindah dalam diari hidupku~dan yang pasti suatu masa aku akan terkenang jua akan memori kita bersama~terima kasih dan maafkan aku seandainya keberadaan aku di sini banyak menyusahkan dan mnyeksa kalian semua...sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang pastinya melakukan kesilapan yang amat banyak~
terima kasih atas nasihat, ajaran, masa yang diluangkan bersama aku, kesabaran dalam melayani karenah aku yang ntah ape2....kesanggupan berakawan dengan aku yang sengal ni...hurm tiada kata yang dapat diluahkan melainkan sedalam rasa dan kasih yang kusimpan jauh di lubuk hatiku ini...

pada tika dan waktu aku menulis post ini aku berada di kampung halaman di kelantan....hari jumaat petang aku pulang bersama barang2 kepunyaanku yang memenuhi separuh dari kereta abah dan pada hari sabtu keesokan harinya aku pulang ke kelantan bersama abah juga....6 jam straight perjalanan tanpa henti bisa membuatkan belakangku sengal2 dan ditambah dengan kesakitan tangan mengangkat barang2 dari tingkat 4 ke bawah pada hari jumaat tu....huh kepenatan yang nyata bagiku dan ini sesungguhnya menguji kecekalanku~alhamdulillah kau mampu melakukannya...dan pada petang ini pulak aku akan bertolak ke kuala lumpur semula lantaran tugasan2 yang banyak menanti aku untuk disiapkan...huh 3 hari aku berada di tiga tempat yang berlainan....dan yang pasti abah amatlah letih kerana abahlah yang memandu sepanjang destinasi aku di 3 tempat ini....kuatkan abah aku?? terima kasih abah~aku amat bertuah kerana punyai abah sepertimu~

sebenarnya kepulanganku ke kelantan adalah untuk berjumpa mak dan adik2 aku setelah 2 bulan tidak kutemui mereka dan rindu yang bersarat dalam hati ini semakin memuncak bila mengenangkan jika aku tidak pulang pada tika dan saat ini, mungkin lamabat lagi peluang untu aku pulang tiba....kerana selepas ini aku akan menghadiri 3 program dan salah satunya adalah program BAKTISISWA yang dijalankan di terengganu sehingga 7 march nanti~dan aku juga pulang ke kelantan lantaran ingin ketemu sama satu2nya nenekku yang masih ada yang kini sakt kanser usus.....dan yang menyedihkan aku ialah satu kenyataan yang bawu aku terima yang mengatakan bahawa nenek tidak boleh dibadah walaupun tahap kansernye sudah berada di stage 4 kerana risikonya tinggi...dia juga menghidap beberapa penyakit sampingan yang lain~
YA ALLAH sembuhkanlah nenekku....kurus sangat nenek dan kakinya amat pucat~dan aku juga amat-amatlah sedey kerana aku just dapat berada di sini hanya sekejap sahaja~apakan daya....aku tiba2 teringat kata2 yang pernah aku baca di blog seseorang iaitu kita ni manusia kalau bley dan mampu kita ni nak buat semua perkara tapi hakikatnya kita tak mampu...seseungguhnya manusia ni amatlah lemah....dan kalau kita tak mampu nak wat semua, jangan tinggalkan semua...buatlah apa2 yang kita mampu kerana selagi ada usaha dan cara yang dihalalkan Islam, selagi itulah ALLAH bersama kita....insyaAllah~

akhir kalam...doakan lah agar semuanya berjalan lancar dan semoga selamat perjalananku bersama abah pulang ke kl pada petang nanti...amen

Tuesday, February 16

::selamattinggalsemua::

assalamualaikum semua...

semoga sihat dan sentiasa berada dalam rahmat ALLAH hendaknya~
huhu...lama gak rasenye aku tidak mengupdate blog ini dengan cerita tentang suka duka kehidupanku yang pada tika dan saat waktu detik ini, aku masih lagi bergelar pelajar di cfs iiun petaling jaya....haha...hanya tinggal beberapa hari je lagi aku bakal menamatkan status aku sebagai graduating student...hurm....yahoooo~horaaaay~

mungkin inilah detik waktu dan saat berharga yang aku tunggu2 selama ini barangkali....inilah yang aku impikan dan idamkan ketika aku melangkahkan kakiku di sini buat pertama kali mendaftar sebagai student~

tapi...tika saat itu hampir tiba...aku tidak pasti apakah perasaanku ini sedang melonjak kegembiraan ataupun sebaliknya?? perasaan dan hatiku bercampur dengan perasaan yang bercampur baur+kesengalan otak untuk menghadapi fatrah examku yang final ini....
aku sudah melepasi 3 paper yang killer dan hanya tinggal 2 paper lagi untuk aku meneruskan perjuangan dan sekaligus menghabiskan sisa2 kudratku sehabis baik dan inilah tandanya aku bakal mengakhiri perjuanganku di medan jihad tulisan dan akal~adakah aku berjaya mencipta satu lagi sejarah dalam hidup aku?

segala2nya hanya ALLAH yang tahu~aku yakin ALLAH akan memberi aku yang terbaik kerana DIA lebih mengetahui akan segala sesuatu...dan hanya ALLAH yang mengenali aku sebenar-benarnya~YA ALLAH aku serahkan segalanya kepadaMU untuk membuat perhitungan tentang hidup dan mati aku di dunia yang sementara ini....

hakikat hidup yang perlu aku hadapi selepas ini adalah setiap pertemuan pasti ade perpisahan dan setiap perpisahan itu andai ade lagi jodoh pasti ketemu jua~sedeynya hati bile mengenangkan yang ramai gak sahabat2 karib yang banyak berkongsi suka dan dukaku sepanjang kehidupanku di sini bakal pergi ke Gombak sementara aku bakal pergi ke Kuantan~

ape2 pun buat teman2 sekalian perjuangan itu perlu diteruskan~tak kira di mana kita...cewaaah~peringatan buat dirimu yang kusayangi dan buat diriku jua yang hina ini....
buatmu teman2 yang bakal berpisah denganku dan juga kepada kklian semua yang bergelar sahabat dan mempunyai sahabat terimalah bingkisan indah yang penuh madah ini ikhlas dari lubuk hatiku yang suci~hehe....

::sahabatku::

aku tahu kau menderita
aku tahu kau sengsara
aku fahami kau merana

namun apa yang aku mampu

bila kau kata kau menderita
aku berdoa agar kau terus tabah

bila kau kata kau sengsara
aku berdoa agar kau terus gagah

bila kau kata kau merana
aku berdoa agar kau tidak terus mengalah

doaku tidak akan pernah putus agar,
moga dan harap kau terus diberikan kesempatan demi kesempatan...


jangan bersedih ye semua...insyaallah kita akan berjumpe lagi....pesanku agar ikatan ukhhuwwah ini sentiasa terpelihara~sayang korang sume fillah~




akhir kalam...ribuan dan jutaan kemaafan aku mohon dari teman2 semua kerana diri ini sangat banyak kekurangan dan kelemahan...maafkan aku seandainya kata2ku mengguris perasaanmu..maafkan seandainya diri ini tidak bijak berkata-kata...tidak pandai menafsir keadaan yang seperti kalian harapkan..maafkan jua diri ini senadainya tingkah lakuku menyakitkan mata memandang...maafkan jika diri ini terlalu melebih2 dalam sesuatu keadaan...maafkan segala2nya wahai sahabatku....aku jua insan lemah~

dan aku juga sangat menghargai jasa dan budi kalian untuk menghiburkan aku sepanjang keberadaan aku di sini...sepanjang aku lemah...ketika aku merintih~ketika aku letih tak bermaya~ketika aku hilang arah tanpa arah tujuan~kalianlah pendokong semangat aku....terima kasih yang tak terhingga...sesungguhnya kalianlah sahabat hidup dan matiku~sahabat dunia akhiratku...terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku dan sudi melakar kenangan terindah bersamaku agar dapat kukenang suatu masa nanti~

Sunday, February 14

let us gain ALLAH's love~



::reciting the Qur'an while pondering over its meanings and what is meant by it::

::get closer to ALLAH by performing voluntary deeds after completing obligatory deeds::

::continue to remember ALLAH under all circumstances, with our tongue, heart and actions.the extent of our love for ALLAH is determined by this::

::we should give precedence to what which ALLAH loves over what we love when we are overtaken by our desires:
:

::the heart being avid of ALLAH's Names and Attributes and the heart roaming in that garden of knowlegde::

::we should observe ALLAH's kindness, goodness & bounties, both hidden and open::

::our heart should be soft, subdued and meek be
fore ALLAH::



::being alone with ALLAH during the time when ALLAH descents during the last portion of the night while reading Qur'an and ending that by asking for forgiveness and repenting::

we should sit with the beloved and sincere pious people, benefiting from the most fruitful of their speech. we should not to speak unless speaking is more be
neficial and we know that it will improve our state and be beneficial to others::

::we should remain away from every causes that comes between our heart and ALLAH::






Tuesday, January 26

::untukmu wanita::~

untukmu wanita
kejadian jasad dan kehalusan hatimu
dijadikan Tuhan paling istimewa
dan penuh rahsia
ketabahan hati seorang ibu
ketaatanmu sang isteri
keayuanmu seorang puteri
meletakkanmu di tahta teratas
bukan sahaja menjadi penyeri
malah menjadi pelengkap kepada
kesempurnaan hidup insani

imbaulah kembali kisah serikandi
dan mujahidah terbilang
sesuci perjuangan Mashitah
berdepan raja zalim
imannya tak goyah
setulus hati Khadijah
namanya disebut-sebut Rasullullah
walaupun ia telah pergi
seindah akhlaknya Fatimah Az-Zahrah
puteri Rasulullah yang sangat berjasa
ayuh bersama kita susuri
kisah serikandi buat teladan diri

benar kata pujangga
tangan yang menghayun buaian
bisa menggegar pelosok dunia
suaramu halus mendayu
sambil mengasuh
lebih percik dari genderang perang
walaupun ibu seorang di sebalik tabir
yang sering dilepas pandang
namun mahligai syurga itulah tempatmu ibu..




wahai puteriku sayang
kau ibarat kuntum penyeri
sang suria pagi
kudupnya mekar meniti hari
mewangi bak haruman syurgawi
usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka
lantaran iman tatkala leka
taqwamu menjadi benteng diri
angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi...

sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberikan apa-apa dia bersabar: yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan yang mentaatimu bila kamu menyuruhnya...(maksud hadith)


Monday, January 25

::surat terbuka daripada iblis::~


tadi malam waktu tidur, aku lihat ko tidak memuji ALLAH, tidak berselawat, tidak membaca ayatul kursi dan tiga kul. ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tido bukan untuk menbaca ALQURAN..sesungguhnya engkau tidak membuang masa...pagi ini aku lihat ko tidak bangun mengerjakan solat subuh.bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah2 bangun dan memendekkan tidur.tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

aku lihat engkau jarang2 mengambil wudhuk'. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. aku lihat engkau tidak pernah membaca bismillah sewaktu hendak makan. ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah..ini bagus juga..cukuplah engkau sendawa kuat2 seperti lembu~

hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa memberikan duit sesen ataupun seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji kerana engkau tidak membuang2 duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberikan ALLAH.engkau seorang yang berjimat cermat..biarlah rezekimu untuk kegunaan ko seorang, untuk menonton wayang, berholiday di genting dan membeli kemewahan dunia.

aku lihat bila kau bertemu sahabat handalmu, engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM. engkau mengucapkan HI EVERYBODY..ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tidak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila kulihat hamba-hambaNYA yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnye dengan berzikir dan merintih mengenangkan dosa2 nya yang dah lepas kerana pintu taubat telah dibuka ALLAH seluas-luasnya. namun aku tetap gembira kerana ade dikalangan kamu yang masih sudi menjadi temanku, melepaskan peluang mendapatkan rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia2, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadu penyambung tugasku di sepanjang bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini..di akhirat nanti engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegangan tangan menuju NERAKA ALLAH..


sahabatmu yang tercinta~
IBLIS LAKNATULLAH...







s