Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Tuesday, January 26

::untukmu wanita::~

untukmu wanita
kejadian jasad dan kehalusan hatimu
dijadikan Tuhan paling istimewa
dan penuh rahsia
ketabahan hati seorang ibu
ketaatanmu sang isteri
keayuanmu seorang puteri
meletakkanmu di tahta teratas
bukan sahaja menjadi penyeri
malah menjadi pelengkap kepada
kesempurnaan hidup insani

imbaulah kembali kisah serikandi
dan mujahidah terbilang
sesuci perjuangan Mashitah
berdepan raja zalim
imannya tak goyah
setulus hati Khadijah
namanya disebut-sebut Rasullullah
walaupun ia telah pergi
seindah akhlaknya Fatimah Az-Zahrah
puteri Rasulullah yang sangat berjasa
ayuh bersama kita susuri
kisah serikandi buat teladan diri

benar kata pujangga
tangan yang menghayun buaian
bisa menggegar pelosok dunia
suaramu halus mendayu
sambil mengasuh
lebih percik dari genderang perang
walaupun ibu seorang di sebalik tabir
yang sering dilepas pandang
namun mahligai syurga itulah tempatmu ibu..




wahai puteriku sayang
kau ibarat kuntum penyeri
sang suria pagi
kudupnya mekar meniti hari
mewangi bak haruman syurgawi
usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka
lantaran iman tatkala leka
taqwamu menjadi benteng diri
angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi...

sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberikan apa-apa dia bersabar: yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan yang mentaatimu bila kamu menyuruhnya...(maksud hadith)


Monday, January 25

::surat terbuka daripada iblis::~


tadi malam waktu tidur, aku lihat ko tidak memuji ALLAH, tidak berselawat, tidak membaca ayatul kursi dan tiga kul. ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tido bukan untuk menbaca ALQURAN..sesungguhnya engkau tidak membuang masa...pagi ini aku lihat ko tidak bangun mengerjakan solat subuh.bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah2 bangun dan memendekkan tidur.tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

aku lihat engkau jarang2 mengambil wudhuk'. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. aku lihat engkau tidak pernah membaca bismillah sewaktu hendak makan. ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah..ini bagus juga..cukuplah engkau sendawa kuat2 seperti lembu~

hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa memberikan duit sesen ataupun seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji kerana engkau tidak membuang2 duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberikan ALLAH.engkau seorang yang berjimat cermat..biarlah rezekimu untuk kegunaan ko seorang, untuk menonton wayang, berholiday di genting dan membeli kemewahan dunia.

aku lihat bila kau bertemu sahabat handalmu, engkau tidak mengucapkan ASSALAMUALAIKUM. engkau mengucapkan HI EVERYBODY..ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tidak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia,
apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila kulihat hamba-hambaNYA yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnye dengan berzikir dan merintih mengenangkan dosa2 nya yang dah lepas kerana pintu taubat telah dibuka ALLAH seluas-luasnya. namun aku tetap gembira kerana ade dikalangan kamu yang masih sudi menjadi temanku, melepaskan peluang mendapatkan rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia2, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadu penyambung tugasku di sepanjang bulan RAMADHAN yang penuh berkat ini..di akhirat nanti engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegangan tangan menuju NERAKA ALLAH..


sahabatmu yang tercinta~
IBLIS LAKNATULLAH...







s

Thursday, January 21

siapakah kekasih yang tercinta itu?

janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipudayakan..

tiadalah hawa nafsu
kecuali selalu memperturutkan apa yang dibiasakan
oleh yang bersangkutan
jika diperturutkan kemahuannya,
ia akan ketagihan..
dan jika tidak, ia tidak menuntut..


apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya, seberapa besar engkau mencintai Rasullullah SAW? apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh baginda dan meninggalkan apa yang dilarangnya?

perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan cinta anda mula2 ditujukan kepada ALLAH kemudian kepada nabi yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan..ingatlah selalu bila anda menginginkan kedudukan tertinggi dalam syurga-satu hadith dari RASULULLAH SAW ada menyebut

"seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya"
(hadis riwayat Al-Bukhari)


diantara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada RASULULLAH adalah dengan melakukan segala yang nabi perintahkan. jadi, bagaimana seseorang telah menganggap dirinya telah mencintai RASULLULLAH sedangkan dia melakukan apa yang dilarang oleh baginda?? tidak mengakui sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya...

lihatlah RASULULLAH, rasul terakhir yang telah diutuskan oleh pencipta kita, ALLAH untuk hamba2NYA yang bergelar ummat terakhir...lihatlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa lapang pintu maafnya, betapa besar rasa takutnya kepada ALLAH dan sifat zuhudnya pada dunia...

oleh kerana itu, jika kamu mendambakan cinta baginda dan kita mencintai baginda, ubahlah akhlakmu agar ianya adalah akhlah RASULULLAH jua...
biar wajah tak penah bersua,biar suara tak pernah didengar namun ingatlah bahawa nabi selalu menyayangi ummatnya sehingga perkataan yang terakhir baginda sebut ketika saat ajal datang menjemput ialah UMMATI...UMMATI..UMMATI...
jadi persoalannya sekarang...adakah kita juga amat menyayangi insan mulia ini??


"sesungguhnya aku dekat. aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku"...

sama2lah kita berdoa agar kita juga bisa mencintai RASULULLAH dengan sepenuh hati dan setulus kasih..
amin...

Wednesday, January 20

::LELAKI::~

telah berdiri seorang lelaki
hidup berbekal kecekalan diri

walau menghadapi sejuta cabaran

terus berpaut pada kebenaran


berkurun sudah kau merintis jalan
bertahun sudah hasratmu terhalang

tetap bersemarak api keazaman

bara keramat doa
dan harapan

kau melangkah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga
semakin hampir menjejaki puncak
semaki
n sering kau ditikam onak

namun kerana kau lelaki
derita dapat diselindungi
tangisanmu rahsia di hati

kesepianlah teman nan sejati
di dalamnya kau mengenal diri
tenangnya wajah matangnya bicara
kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA...






~aku tujukan khas bait2 puisi indah ini kepada abah aku..wan mohd adnan bin wan ibrahim...sesungguhnya aku sangat bangga dan bertuah kerana punyai abah sepertimu~


:: YA ALLAH, LINDUNGILAH ABAHKU KERANA SESUNGGUHNYA DIALAH INSAN YANG BANYAK BERJASA DALAM HIDUPKU::
amin...

Friday, January 15

::andai itu takdirnya::~

girang rasanya hati ini...mengapa...aku termenung sendirian bersama seribu persoalan yang tak terjawab....tapi apa yang pasti aku berasa ketenangan itu milik aku pada tika dan saat ini....alhamdullillah...seribu persoalan itu semakin mengasak-ngasak fikiranku lantas memungkinkan perjalanan yang bakal ku lalui itu semakin susah dan payah mehnah dan tribulasinya~itulah adat dalam perjuangan dan aku harus terima hakikat ini dengan sepenuh hati....
seandainya aku tabahkan hati...nescaya aku adalah insan yang bertuah kerana aku berjaya mengharungi ujian yang ALLAH, pencipta aku dan pemilik segala sesuatu di dunia ini berikan untuk menguji aku....jadi aku harus berjaya~bukan sahaja berjaya dalam pelajaran bahkan berjaya menjadi seorang insan yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara...

aku tidak mahu hanyut bersama buih2 kealpaan yang entah bila akan hilang kepalsuan duniawi yang hanya menipu mata hati insan2 yang tidak mengenal erti tujuan hidup ini...hidup ini hanya sementara dan kita diibaratkan seperti menanam padi dan akhirat kelak kita jualah yang akan menuai hasil tuaian padi itu~analoginya adalah seperti itu!!!!jadi aku harus sedar dulu akan hakikat kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh ini sebelum aku dapat menyedarkan orang2 sekeliling aku yang aku sayang~aku tak mahu jadi seperti seorang yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu akan nasib atau penderitaan orang lain terutamanya saudara2 seislamku.....

aku benci menjadi orang melayu!!tetapi aku bangga menjadi orang ISLAM...sesungguhnya agama ISLAM adalah agama yang benar disisi ALLAH..semoga hidayah iman dan islam ini mampu aku miliki untuk selama2nya dan hanya inilah yang mampu memberi aku petunjuk untuk mengemudi lautan duniawi yang penuh dengan tribulasi lagi2 untuk mereka yang berjuan di jalan ALLAH~berjuang fisabilillah~dan ganjarannya adalah syurga bagi mereka yang berjuang dan mati dalam keadaan syahid di jalan yang lurus...kenapa aku benci menjadi orang melayu?? kerana kaum ini sangat tebal perasaan hasad dengkinya dek terpedaya dengan hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa mengoda dan terus menggodai segumpal darah bernama hati selagi denyut nadi masih belum berhenti....kenapa yup kita semua mudah terpedaya termasuklah diriku yang lemah ini....

post kali ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sebelum aku berangkat pulang ke rumah pada hari ini....aku mahu pulang untuk menengkan hati yang resah gelisah~...semoga aku berjaya!!!