Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Wednesday, July 28

ketika Allah memilihnya untukku





padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
ingin kuberitahu padamu..
aku hidup dan membesar dari keluarga bahagia..
orang tuaku yang begitu sempurna kasih sayangnya..
dengan cinta yang begitu membuncah..
aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
maka, padamu ku katakan..
saat Allah memilihmu dalam hidupku,
maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

padamu yang Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku..
aku bukanlah wanita yang sempurna, seperti yang kau harapkan..
maka, ketika Dia memilihmu untukku,
maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu..
dan aku tahu, kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
dan kuharap, ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
kerana kelak kita akan satu..
aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
kau dan aku akan menjadi "kita"..

padamu yang Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyyah,
membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
maka ketika Dia memilihmu untukku,
maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmu-NYA..
maka, gandeng tanganku dengan mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
itulah visi pernikahan kita..
ibadah padaNYA ta'ala..

padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
ingatlah..aku adalah makhlukNYA dari tulang rusuk yang paling bengkok..
adakalanya aku akan begitu membuatmu marah..
maka, ketahuilah..saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
namun jangan kau cuba meluruskan, kerana aku akan patah..
tapi jangan pula kau membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
namun tatap mataku, tersenyumlah..
tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...



padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
maka dimataku kau adalah terindah..
kata-katamu adalah titah untukku..
selama tak bermaksiat pada Allah, akan kupenuhi semua perintahmu..
maka, kalau kau berkenan ku meminta..
jadilah hunian yang terindah, yang kukuh..
yang mampu membuatku dan anak-anakku aman dan nyaman di dalamnya..

padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku..
dalam istana kecil kita akan hadir buah-buah hati kita..
maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
yang dipundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah..
yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
yang darahnya mengalir darah syuhada..
dan ku yakin dari tanganmu yang penuh barkah, kau mampu membentuk mereka..
dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

padamu yang Allah pilih sebagai imamku..
ku memohon padamu, Redholah padaku..
sungguh redhomu adalah redho Ilahi Rabbi...
mudahkanlah jalanku ke syurgaNYA..
kerana kau adalah kunci syurgaku....~

(oleh Aztriana 180610/01'50 Makasar...^-^)

dari Ummu Salamah, ia berkata " Rasullullah pernah bersabda: "seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhoinya, maka ia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



semoga kedua-dua kakakku wan nur asiah wan mohd adnan & wan nur ainun wan mohd adnan~ berbahagialah selalu kerana aku sayang seluruh keluargaku..kudoakan agar jodohmu itu akan berkekalan hingga ke syurga~
hurm...aku bakal dapat abang ipar nanty..insyaAllah...Ya Allah mudahkanlah urusan-urusan kami dan berkatilah kehidupan kami~

Friday, July 23

keep believing in yourself~



there may be days
when you get up in the morning
and thing aren't the way
you had hoped they would be

that's what you have to
tell yourself that things will get better,
there are times when people dissapoint you
and let you down


but those are the times
when
you must remind yourself

to trust your own judgments and opinions,
to keep your life focused on believing in yourself

there will be challenges to face
and changed to make in your life,

and it is up to you to accept them

constantly keep yourself headed

in the right direction for you
it may not be easy for all times
but in those times of struggle
you will find a stronger sense of who you are

so when the days come that are filled
with frustration and unexpected responsibilities,
remember to believes in yourself
and all you want your life to be



because the challenges and changes
will only help you to find the goals

that you know are meant to come true for you


keep believing in yourself~

Monday, July 19

....lantas untuk apa....




sudah terang terlihat dengan ilmu dan pengalaman hidup insani, tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan upaya kita dan tidak pula kita tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan sendiri....

wujud hidup insani di dunia hanyalah di antara dua titik, mengisi sedetik waktu dan menempati sezarah ruang


.....LANTAS UNTUK APA....

manusia itu dihidupkan???

dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan aturan elemen-elemen alami yang menyokong kehidupan, nyatalah hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang dan menghabisi tempoh, tetapi ada misi khusus dan mulia~

ALLAH menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah

::UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI ATAU BERIBADAT HANYA KEPADA ALLAH::


dengan sifat kehambaan itu, manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai

:: KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI::

firman Allah

"tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
(surah Ad-Dzariat-56)

"sesunggunya Aku akan menciptakan di muka bumi ini seorang khalifah"
(surah Al-Baqarah-30)

hamba Allah yang sejati mempunyai kesedaran bahawa dirinya hamba dan bersikap sesuai sebagai seorang hamba. di antara sifat2 seorang hamba itu ialah malu kepada Allah, menyerah diri kepada Allah, merujuk kepada Allah dalam urusan hidupnya, redha dengan Allah, sabar, takut dan cinta Allah, mmbesarkan Allah dan sebagainya...



peranan insan sebagai khalifah ialah membangunkan infrastruktur rohani dan fizikal alami dengan baik dan beradab bagi keseluruhan penghuni alam dengan mentadbir dan memajukan dunia agar makmur dan harmoni~

Wednesday, July 14

new life~



assalamualaikum....salam pembuka bicara...
sesungguhnya aku pada hari ini amat bersyukur sekali kerana masih lagi diberikan peluang untuk hidup dalam nikmat Islam...

a new life had just started for a few days ago~

hidup aku yang sudah kehilangan dua insan yang amat kukasihi kerana ALLAH lebih menyayangi....semoga rohmu sentiasa dilimpahi rahmat...aku sentiasa merinduimu wahai nenek dan juga atim...ramai yang mendoakan kalian, maka ramai jugalah yang sedang merinduimu pada tika dan saat ini...



aku baru sahaja bergelar mahasiswa Uiam kuantan kampus dan aku ditempatkan dalam kulliyyah of sciences....bachelor of mathematics sciences insyaAllah~apa perasaan aku tika ini? excited? hapy? sedey? ntahlah sumenya bercampur baur....nak kata aku homesick, ya la jugak...mana taknya 4 bulan lebey aku berkampung kat rumah bersama mak dan adik2 serta abah....rindu diorang sume...rindu nak makan masakan mak, rindu nak gaduh ngan amir, amin...rindu nak jumpe sume sedara mara aku yang sangat ramai...Ya Allah, kau titipkanlah kemesraan dan kasih sayang dalam lubuk hati kami yang paling jauh dan dalam tak terselam...biar jarak yang menjadi pemisah tetapi hati kami diikat dekat dalam ikatan kasih sayang hanya keranaMU...

SUNYI~

ya aku sangat berasa sunyi di sini...kenape? sedangkan dulu bertaun lamanya aku membesar dan bersekolah menengah di sini....ntahlah...sunyi itu sukar digambarkan dan sukar untuk aku luahkan dengan kata2...aku tak suka suasana belajar di sini....aku bukan tidak mahu berdikari...insyaAllah itu yang aku akan jadi tapi sungguh aku rindukan suasana yang happening dan ceria sebagaimana suasana di cfs dahulu...even aku sangat sibuk pada waktu itu, tapi suasana di sana still dapat aku rasa...kat sini kenapa macam suram dan kabur jep.....tak sesuai dengan jiwa aku yang berlaianan sama sekali...mungkin sebab itulah aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumahku di kuantan ini setiap hujung minggu~

sem ni aku mengambil 6 subjek...computer in science, islamic worldview, management ape ntah n lagi 3 adelah core subjek aku analytic geometry, calculus 1 and number theory.....contact hour sumenye dlm 20 jam...mula2 ni agak penat la....aku gi kelas naik bas sebab memang bangunan untu dak2 mats ni paling hujung sekali sama makna ngan paling terpencil....kenape aku rase kos aku seolah2 macam dipencilkan jep....ape ngat kiteorang ni tak pandai ke...hukhuk..agak sedey bila mengenangkan hal ini..but what can i do...just push my limit to be the best among the best~huhu.....

ape2 pun....aku harap inilah tempat terbaik yang ditentukan Allaha untukku sebagai salah seorang dari hambaNYA.....dan aku sedang menunggu keputusan biasiswa yang aku aply, jpa ataupun kptm....Ya Allah murahkanlah rezekiku....semoga dengannya aku dapat meringankan beban mak dan abah.....amin...~

Thursday, July 1

saya di TAQ?


apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
-mungkin rasa sangat terguris dan sukar untuk rapat dengan dia seperti dahulu

6 orang di hati anda
mak, ayah, adik beradik, saudara-mara, sahabat handal serta saudara seakidah sekalian..
(ini yang overall punye)

anda rasa anda comel
-haha..soalan ni nak wat aku gelak jep...huh, bebudak kecik jep comey...

single or taken?
-ohho....ntohla..

blog yang saya suka?
-blog islamic yang memberikan info, blog rekaan cerita yang ade pengolahan ayat yang best cam novel... blog yang menceritakan pengalaman....blog yang sempoi dan tak skema sangat..

adakah bilik anda kemas setiap hari?
-insyaAllah, saya tak boleh duduk dlam keadaan yang bersepah

lagu terakhir yang anda dengar
-lagu nasyid tapi tak ngat tajuk ape sebab tak fokus..haha

last text message
-received : "wassalam beb, aku dah fotostatkan transkrip ko"
-sent : "thanks beb"

last phone call
-missed : rusni
-received: my mother
-dialed: lili jun pyo

list 5 kaler feveret anda
-orange, biru muda...hijau muda, purple n kaler2 yang striking...

bila kali terakhir YM?
-baru kejap.. dengan 3 orang sahabat perjuangan anis, kak ahda n ida..

game yang anda paling suka?
-game yang cari2 harta karun dan memerlukan ketajaman otak untu berfikir...
game yang sempoi2 cam SUPERCOW n ZUMA pun aku tibai je

adakah anda peminat MCR
-tak langsung..haha

anda rasa tag ni best?
-ntah lah...mungkin ya dan mungkin tidak

tagged lagi 10 orang
-sape ek? korang rela tak ditaq?