sudah terang terlihat dengan ilmu dan pengalaman hidup insani, tidaklah hadir kita ke dunia ini dengan upaya kita dan tidak pula kita tinggalkan dunia ini dengan kehendak dan aturan sendiri....
wujud hidup insani di dunia hanyalah di antara dua titik, mengisi sedetik waktu dan menempati sezarah ruang
.....LANTAS UNTUK APA....
manusia itu dihidupkan???
dengan kesepaduan roh dan jasad serta kesempurnaan aturan elemen-elemen alami yang menyokong kehidupan, nyatalah hayat ini bukan sekadar memenuhi ruang dan menghabisi tempoh, tetapi ada misi khusus dan mulia~
ALLAH menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah
::UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI ATAU BERIBADAT HANYA KEPADA ALLAH::
dengan sifat kehambaan itu, manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya sebagai
:: KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI::
firman Allah
"tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"
(surah Ad-Dzariat-56)
"sesunggunya Aku akan menciptakan di muka bumi ini seorang khalifah"
(surah Al-Baqarah-30)
hamba Allah yang sejati mempunyai kesedaran bahawa dirinya hamba dan bersikap sesuai sebagai seorang hamba. di antara sifat2 seorang hamba itu ialah malu kepada Allah, menyerah diri kepada Allah, merujuk kepada Allah dalam urusan hidupnya, redha dengan Allah, sabar, takut dan cinta Allah, mmbesarkan Allah dan sebagainya...
peranan insan sebagai khalifah ialah membangunkan infrastruktur rohani dan fizikal alami dengan baik dan beradab bagi keseluruhan penghuni alam dengan mentadbir dan memajukan dunia agar makmur dan harmoni~
peranan insan sebagai khalifah ialah membangunkan infrastruktur rohani dan fizikal alami dengan baik dan beradab bagi keseluruhan penghuni alam dengan mentadbir dan memajukan dunia agar makmur dan harmoni~
No comments:
Post a Comment