Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Wednesday, July 28

ketika Allah memilihnya untukku





padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
ingin kuberitahu padamu..
aku hidup dan membesar dari keluarga bahagia..
orang tuaku yang begitu sempurna kasih sayangnya..
dengan cinta yang begitu membuncah..
aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
maka, padamu ku katakan..
saat Allah memilihmu dalam hidupku,
maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

padamu yang Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku..
aku bukanlah wanita yang sempurna, seperti yang kau harapkan..
maka, ketika Dia memilihmu untukku,
maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu..
dan aku tahu, kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
dan kuharap, ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
kerana kelak kita akan satu..
aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
kau dan aku akan menjadi "kita"..

padamu yang Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyyah,
membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
maka ketika Dia memilihmu untukku,
maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmu-NYA..
maka, gandeng tanganku dengan mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
itulah visi pernikahan kita..
ibadah padaNYA ta'ala..

padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
ingatlah..aku adalah makhlukNYA dari tulang rusuk yang paling bengkok..
adakalanya aku akan begitu membuatmu marah..
maka, ketahuilah..saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
namun jangan kau cuba meluruskan, kerana aku akan patah..
tapi jangan pula kau membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
namun tatap mataku, tersenyumlah..
tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...



padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
maka dimataku kau adalah terindah..
kata-katamu adalah titah untukku..
selama tak bermaksiat pada Allah, akan kupenuhi semua perintahmu..
maka, kalau kau berkenan ku meminta..
jadilah hunian yang terindah, yang kukuh..
yang mampu membuatku dan anak-anakku aman dan nyaman di dalamnya..

padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku..
dalam istana kecil kita akan hadir buah-buah hati kita..
maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
yang dipundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah..
yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
yang darahnya mengalir darah syuhada..
dan ku yakin dari tanganmu yang penuh barkah, kau mampu membentuk mereka..
dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

padamu yang Allah pilih sebagai imamku..
ku memohon padamu, Redholah padaku..
sungguh redhomu adalah redho Ilahi Rabbi...
mudahkanlah jalanku ke syurgaNYA..
kerana kau adalah kunci syurgaku....~

(oleh Aztriana 180610/01'50 Makasar...^-^)

dari Ummu Salamah, ia berkata " Rasullullah pernah bersabda: "seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhoinya, maka ia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



semoga kedua-dua kakakku wan nur asiah wan mohd adnan & wan nur ainun wan mohd adnan~ berbahagialah selalu kerana aku sayang seluruh keluargaku..kudoakan agar jodohmu itu akan berkekalan hingga ke syurga~
hurm...aku bakal dapat abang ipar nanty..insyaAllah...Ya Allah mudahkanlah urusan-urusan kami dan berkatilah kehidupan kami~

No comments:

Post a Comment