"arghh..."getus hatiku lagi. sudah berkali-kali aku mencuba untuk memetik piano kesayanganku tetapi lagu itu tetap sumbang. mengapa?
di manakah silapnya?
fikiranku menerawang memikirkan peristiwa yang berlaku di sekolah tengah hari tadi.
"ha..yang sedang termenung dan melopong di tepi tingkap tu!" sergah cikgu Badrul. " jawab soalan saya cepat!"
aku bangun dengan tergopoh-gapah lalu meminta Cikgu Badrul mengulangi soalannya tadi. Kartini menyiku sambil berbisik " psssssstttt,buat ayat dengan imbuhan meN"
"Errrr...Cikgu Badrul menyergah saya dengan muka yang menyinga", jawabku selamba.gelak ketawa meledak kuat daripada pelajar2 kelas tingkatan 4 Alfa.Cikgu Badrul tersenyum sendiri.kelas yang suram tadi mula ceria bak bunga layu disirami air hujan.
"Hai cik mek molek, termenung ingatkan aku tadi?" sindir Bahar. aku tersentak dengan sindiran tajam daripada budak nakal itu. sahabatnya, Bidin, tersengih-sengih mempamerkan gigi kapaknya yang macam gigi arnab itu. ingin sahaja aku mengantung budak gemuk itu di kipas biar terayun-ayun bagai nangka masak.
waktu rehat, aku terus menuju ke kerusi bawah pohon jati di hujung padang. dedaun yang menghijau amat menyegarkan pandanganku lagi. Kartini, sahabat baikku mencuba untuk bertanya tentang masalahku. tetapi mulutku terasa berat untuk membicarakannya. aku bingung, lantas meninggalkan dia dengan seribu satu persoalan yang belum terjawab. aku berasa serba salah berbuat demikian. tetapi apakan daya.sekiranya aku menceritakannya, sudah pasti dia tidak dapat menolong.
lamunanku terhenti apabila terdengar suara ibuku nyaring memanggilku. kakiku melangkah berat menuju ke dapur.
"bagaimana persiapan untuk pertandingan itu Mar?" soal ibu.
"belum tahu", ujarku ringkas.
aku berlalu dari situ menuju ke ruang tamu kerana malas mendengar persoalan ibu yang kuanggap semakin membebankan.
"mengapakah anakku ini?" Puan Katijah berasa risau melihat keadaan anak tunggalnya yang murung sejak semalam. sejak lahir dia dibelai dengan kasih sayang dan diulit kemewahan. segala kemahuannya sentiasa dipenuhi. walaupun Mar dimanjakan , namun dia tidak pernah bersikap materialistik.
ke manakah sikap periangnya menghilang? seorang ibu termenung seketika memikirkan perihal anaknya itu.
selepas menyiapkan kerja sekolah yang diberikan Cikgu Badrul, aku duduk termenung di balkoni sambil memerhatikan keindahan ciptaan ALLAH. bulan mengambang dan bintang2 bertaburan memenuhi cakerawala yang berkerdipan memancarkan cahayanya. tika itu, kedengaran lagu kegemaranku "tika dan saat ini" nyanyian kumpulan Medicine berkumandang di corong radio saluran "era rentak muzik terkini". alunan muzik yang shahdu itu sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan dan kerisauanku.
sedang memerhati keadaan bilikku yang tenang, tidak semena-mena tercetuslah ilham dari mindaku terhadap rentak dan irama untuk lagu yang bakal aku pertandingkan dalam Pertandingan Wirama Seni Remaja EON yang bakal tiba pada minggu hadapan.
sudah behari-hari aku memikirkannya, baru kini timbul irama dan rentak yang sesuai. lantas, akupun mencapai pensel dan buku lalu mengarang not-not yang bakal menentukan segalanya.
detik demi detik yang berlalu tidak aku sedari. ketika orang lain enak berselimut dan memeluk bantal, aku masih bersengkang mata. semasa jam hampir menunjukkan jam 2 pagi, barulah kudapat menyiapkan keseluruhan lagu yang kukarang. lagu itu kuberi judul "Setiap Kali Kupejamkan Mata " sempena kegelisahanku yang melanda sebelum ini. selesai mengemas meja tulisku, aku terus menghempaskan badanku di atas katil. pandanganku semakin kabur, mataku terpejam, dan akhirnya diriku lena diulit mimpi indah.
"kringgggg...." jam loceng di kepala katil menjerit lalu membangunkanku. keadaan pagi yang sejuk serta tilam empuk membuatkanku terasa ingin menarik selimutku kembali. tetapi, apabila teringat hasil karanganku malam tadi, aku bingkas bangun dengan penuh semangat menuju ke bilik air. selesai bersiap, aku turun ke bawah lalu menjamah nasi goreng yang dihidangkan oleh mak temah. aku pun menuju ke piano kesayanganku dan mencuba untuk memainkan lagu yang siap kukarang malam tadi..
" haaa..macam inilah!" aku melonjak kegembiraan dan tersenyum kepuasan.
Puan Katijah dan Encik Hisham yang sedang asyik menonton televisyen terkejut dengan perubahan anak mereka yang murung tidak tentu pasal, tiba2 melonjak kesukaan. ingin juga mereka bertanyakan hal itu, tetapi setelah melihat gelagat Mar, mereka dapat mengagak perkara yang difikirkan anak mereka itu.
aku berlatih untuk memantapkan jari-jemariku memetik piano agar tiada cacat celanya. aku menghayati lagu itu dengan sepenuh hati. aku mesti menang. semangatku berkobar-kobar untuk menghadapi pesaing2 hebat agar aku tidak pulang dengan tangan kosong.
hari demi hari berlalu.hari yang kudebarkan selama ini tiba jua akhirnya. aku berasa gementar sekali. peluh dingin mula memercik membasahi dahiku. melihat riak wajah peserta2 lain, aku dapat mengagak mereka cukup bersedia dan yakin untuk mempersembahkan persembahan kerana ada di antara mereka yang pernah menjadi juara pada tahun lalu. mujurlah Kartini ada di sebelahku memberikan kata2 semangat.
" aku yakin bahawa kau boleh Mar",kata2 Kartini membuatkan aku lebih menghargai erti persahabatan yang telah kami bina sejak tiga tahun yang lalu.
debaran semakin memuncak apabila kedengaran namaku dipanggil oleh pengacara menerusi corong pembesar suara yang dipasang di sekeliling auditorium RTM.
dengan berbekalkan doa dan peransang kedua2 orang tuaku, perasaan darah gemuruhku hilang sebaik sahaja aku memijak anak tangga pertama naik ke pentas. aku membetulkan dudukku di kerusi piano untuk menyesuaikannya denganku.. not demi not, baris demi baris aku mainkan, akhirnya selesailah persembahanku.
tepukan gemuruh penonton di audirorium membuatkan aku bertambah yakin untuk menang, sekurang2nya mendapat tempat sagu hati. aku amat bersyukur kerana dapat membuat persembahan dengan baik sekali.
hampir tiga jam, tamatlah semua peserta membuat persembahan masing2.semua peserta hebat2 belaka, terutamanya dari Wilayah Persekutuan, Pahang dan Kedah. ssebagai anak jati Johor, aku akan berasa bersalah jika gagal mendapat tempat. pihak juri mengira2 markah.
ibuku sentiasa berada di sisiku memberikanku keyakinan. tetapi, sebagai insan yang lemah, aku mengakui kelemahanku. aku hanya mampu berdoa.malah aku redha dengan keputusan yang bakal diumumkan nanti.
majlis itu sampai ke kemuncaknya apabila penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta.
kami ternanti-nanti keputusan yang sudah diserahkan kepada tangan pengacara yang bertugas.
pemenang tempat ketiga sudah pun diumumkan. tinggal tempat kedua dan pertama belum ada pemenangnya. keadaan di auditorium bertambah riuh bagai tebuan mengelilingi madu kerana tidak sabar untuk mendengar pengumuman selanjutnya.
"tempat kedua dimenangi oleh peserta dari negeri Perlis", juruacara mengumumkannya. peserta itu melangkah dengan bangga naik ke pentas. hatiku pula bagaikan berkecai setelah pengumuman tersebut kerana aku yakin bahawa aku tiada harapan untuk menang. aku berasa ingin menangis, tetapi kutahan sahaja kerana malu untuk berhadapan dengan kedua2 orang tuaku serta Kartini.
"kini tibalah masanya diumumkan johan Pertandingan Wirama Seni Remaja EON 1999 dalam kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh...."
paluan kompang dan gong sebanyak tiga kali itu membuatkanku ingin menekapkan telingaku kerana terlalu hampa...." Marlina Hisyam dari negeri Johor". serentak tepukan gemuruh orang ramai menggamatkan suasana. ibu lantas mengucup dahiku sambil menitiskan air mata tanda syukur. ayah pula tersenyum bangga. Kartini merapatiku dan terus memeluk tubuhku dengan erat sambil membisikkan kalimah tahniah.
bagaikan terkejut daripada lena, aku seperti bagaikan tidak percaya dengan kata2 yang aku dengar. aku menuju ke pentas dengan perasaan yang bercampur-baur. namun, aku tetap berasa bangga untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh komposer idolaku, Adnan Abu Hassan. hadiah yang kuterima berupa sebuah piala, wang tunai serta tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang muzik yang ditanggung oleh syarikat EON. itulah yang aku impikan selama ini. segala susah payah yang aku harungi telah pun membuahkan hasil. ramai pula wartawan datang menemuramahku.
pada keesokan harinya, terpampang di dada akhbar " Marlina Hisyam Remaja Berbakat". aku tersenyum puas. ibubapaku gembira atas kejayaanku. walaupun minatku lebih cenderung kepada muzik, namun pelajaranku tidak ku abaikan.
setelah menjamah sarapan, ayah menghantarku ke sekolah. tiba di perkarangan sekolah, beberapa pasang mata tertumpu ke arahku. rakan2ku pula menyerbu ke arahku untuk mengucapkan tahniah. aku sekadar tersenyum tanda terima kasih.
"tahniah Mar", kedengaran suara yang tidak asing bagiku, Cikgu Badrul!!! aku menoleh pantas.
"terima kasih cikgu", aku menjawab ringkas.
aku memohon masuk ke kelas. termaktublah kata2 dalam sanubariku. HARI INI ADALAH MILIKKU. namun, esok masihkah lagi setia untuk menjadi milikku? persoalan ini sentiasa berlegar2 di kotak fikiranku. biarlah masa sahaja yang menentukannya..
No comments:
Post a Comment