Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, October 22

ADAM pimpinlah AKU...


ADAM..
maafkan jika coretan ini memanaskan hatimu..
sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa di syurga dulu..
aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..
jadi, tidak hairanlah perjalan hidupku sentiasa ingikan bimbingan darimu..
sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM..
maha suci ALLAH yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari akhir zaman...
itulah ketelitian ALLAH dalam urusanNYA...
jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia dengan darah..
dan kacau bilaulah suasana..
adam sama adm bermusuhan kerana hawa..
buktinya peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu cicitnya..
jika begitu, maka tidak selaraslah undang2 ALLAH yang mengharuskan adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu tertentu...

ADAM..
bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku..
atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku..
tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu..
sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu..
namun, terasa berat pula untuk menyatakan isi hati..

ADAM...
aku tahu Al-Quran ada menyatakan bahawa kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita..
kau diberi amanah untuk mendidikku..
kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku..
memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam redha ALLAH...
tetapi aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu..
menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan..
ALLAH perintahkanku agar tinggal dirumah..
bukan berjalan-jalan di pasar atau dibandar sewenang-wenangnya..
jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup mengikut syariat..
tetapi ramai kaumku yang tidak menepatinya..
semoga aku tidak tergolong dalam golongan itu...


2 comments:

  1. wan!! aku ta paham satu abok pon kat post ko ni!!Kuar font symbol2 tuh... Ko gune font laen ea??Ke browser aku yg takleh nak translate font yg ko gune..??
    huhuhhuu~~~

    ReplyDelete
  2. haha yeke?

    ok2
    aku tukar font laen..
    aiseh

    post aku punye bez ko tak dapat baca plak..

    ReplyDelete