Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, October 22

~nyanyian tanjung sepi~


hidup ini penuh kecerian dan warna-warna indah. kita tidak pernah mahu tahu apa itu kedukaan lantaran masa untuk kegembiraan mewarisi sebahagian besar perjalanan hidup kita tika ini. kau bersama kenakalan dan kelincahanmu dan aku bersama kegilaan dan kedegilanku. kita tahu wujud tika suka dan duka hanya saat tika saat kita dihukum kerana kedegilan dan kenakalan yang sama2 kita pertontonkan.selebihnya hanya hamparan bunga-bungaan indah yang mewangikan perjalanan hidup kita. namun kita tidak pernah menduga bahawa harinya akan tiba bilamana kita terpisah oleh pegangan prinsip dan kehadiran perasaan yang megocak ketenangan hidup kita bersama. untaian kristal yang pernah kita karang bersama putus berserakan entah di mana.engkau terus bersama pegangan hidup yang kian goyah sementara aku masih setia di sini bertemankan janji dan prinsip yang dipermainkan.. lalu..kita kian terpisah oleh batasan waktu yang tidak berjalan seiring...

~madah yang indah ini tidak ditujukan kepada sesiapapun..hanya aku yang tahu rahsianya dan biarlah ianya menjadi rahsia buat selama2nya kerana DIA lebih mengerti dan maha mengetahui segala sesuatu~ ~aku tahu segala yang berlaku ada hikmah yang terlindung dan aku perlu berusaha demi mencari hikmah yang tersembunyi itu~


No comments:

Post a Comment