Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Thursday, June 17

kala hujan menitis...

tapi bagaimana kalau Nadia tahu? bagaimana kalau Nadia tahu aku ini lelaki kotor yang berdosa? apakah aku layak untuk bersamanya lagi dalam keadaan begini? apakah dia sudi bersama aku? apakah aku ini ditakdirkan untuk hidup bergelumang dosa sepanjang usia?

Khairil gembira melihat Nadia gembira. dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. berhijrah ke ruang yang lebih diredhai. ya, dia mahu berubah! dia mahu berhijrah!

Khairil melangkah longlai ke kamarnya. hatinya berbaur rasa. entahlah, waktu begini dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu akan sejarah hitamnya. dia juga tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yang penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hitamnya yang berbalam..

"saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dalam sangkat emas penuh noda. saya perlukan lelaki jujur yang luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaan-NYA, saya tidak perlukan lelaki hipokrit. saya perlukan suami yang boleh membimbing dunia akhirat. saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih Allah. saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."




"saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis"

gaya hidup yang mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yang meruncing antara yang cuba disampaikan dalam novel ini. untuk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan yang berwatak gelap Nadia dan Khairil yang terjerumus dalam dunia kemaksiatan. bermula dengan putusnya pertungangan yang mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri..

No comments:

Post a Comment