Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Friday, March 26

diari baksisku~


salam alaik.....

ha post kali ni aku nak cerita pasal baktisiswaku yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan terindah buatku~huhu...
alhamdulillah setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan sehinggakan aku mahu menarik diri dengan hati yang tidak rela dari program ini, akhirnya ALLAH masih jua memberikan aku peluang yang amat bermakna untuk menyertai dan menjadi salah seorang dari keluarga baksis 09/10...

dalam program ni aku diberi kepercayaan untuk memegang post head of publicity n promotion and aku dibantu oleh mantan programme manager taaruf week yang lalu, iaitu mahfudz al hafiz musa...
hurm cuak gak sebenarnya nak pegang post ni dan ada satu saat aku hampir nak tarik diri kerana aku ade komitmen lain waktu tu...ape2 pun terima kasih ALLAH dan thanks jugak untuk syahril kerana dialah yang tolong aku...

hurm...aku pilih untuk duduk satu rumah ngan liyana...hehe...and kami dapat keluarga angkat yang sangat baik...YA ALLAH... terima kasih kerana pertemukan aku dengan mereka...pok, chek, kak sa, abng ali, abang lah, kak dah, nazirah dan syahrul....terika kasih kerana kalian sudi menerima kami seadanya~

ape yang seronoknya kat kampung pulau manis, serada ni banyak sangat.... rasennye tak tercerita kot kat sini...tapi takpe...aku share mane yang mampu jek...huhu.. dan ceritanya bermula dengan induksi baksis yang bermula dari 23 februari sampai 26 februari yang lalu

aku tak datang induction untik baktisiwa ni sebab ade urusan lain sampai 26 petang sepatutnya...tetapi akhirnya aku berjaya menghadirkan diri pada 25 petang setelah keadaan memaksa aku...teruk kan aku, as the head of pubpro but i can't do my job well and to mahfudz, sory sangat, banyak susahkan ko..neway, best kerja ngan ko...thanks~ haha..aritu ade jumpe mahfudz kat PBAKL... time tu aku sesat nak cari jalan kuar...huhu....

tapi malam tu bila aku sampai je kat cfs, banyak kerja+masaalah yang menanti aku sedangkan keadaan badan aku amtlah letih sekali tetapi aku gagahkan diri jua sehingga berakhirnya meting management committe pada jam 3 pagi... keadaan pada waktu tu hanya ALLAH yang tau, dan pada paginya aku memang tak berdaya nak bukak mata... keadaan mnyebelahi aku sebab kebetulan aku tertinggal my charger kat masjid kat cheras dan bateri fon pun memang tengah kong dan tinggal sebijik, zuno plak kol malam tu... zuno ade wat hal sbenarnya dan mainboard ade jumpe aku tanya pasal zuno, but aku tak kisah sangat sebab aku dah tau perangai zuno.. dia memang camtu tapi kerja still dye wat..papepun zuno, thanks ea..... dan sepatutnya pagi tu aku kena datang kat amf kul 8 untuk tengok performance yang dihandle oleh pubpro tapi mata aku memang tak ley bukak...malam tu aku tido bilik amal dan aku tanya amal nape tak kejut dan amal jawab dia tak sanggup nak kejut aku sebab tengok aku teramatlah letih....dan ade gak my subcom aku kol tanya pasal mc dan bahan2 pameran...aku sempat jawab kejap je dan my fon pun terus mati, jadi aku dapat tido ngan lena nya sampai ke tengah hari... bila bangun jep... YA ALLAH...teruknya aku.. dan aku try on henset dan berlambak kol n msg masuk....mungkin ada hikmahnya fon aku mati...hehe...APE2 Pun sory sangat sume....ramai tanya aku sihat ke tak? tengok cam sakit je...hurm...alhamdulillah after dapat tido dengan agak lama, aku dak ok...




alhamdulillah syukur kerana kerja yang diberikan untuk aku dan mu subcom handle dapat disiapkan juga even dalam masa satu hari....dan pada petang 26 hb aku bergegas ke masjid cheras untuk mengambil charger aku dan aku singgah ke kfc dan um untuk bertemu dengan kakak aku...dan dalam jam 10 lebey aku sampai kat u dan aku singgah mahallah fatimah untuk jumpe dengan shazea amera, my subcom untuk setelkan sikit lagi kerja.... dan aku pulang ke zc untuk kemas barang kerana pada keesokan harinya aku bakal bertolak ke KUALA TERANGGANU dan segala pahit manis berbaksis bakal dilalui bersama...

dan di sini aku nak list kan 5 orang subcom aku dan termasuk ngan assistant of pubpro=)
sesungguhnya kerja ngan korang tersangatlah best even kite bawu kenal (tak termasuk mahfudz)haha... thanks to all and i'm sory for everything that i have done wrongly...hehe..semoga bertemu lagi..

~mahfudz al- hafiz musa
~nadia amani
~shazea amira
~siti farizza
~zunnurrain fahmi
~mohd afif

nantikan cerita aku semasa berada di serada selama 9 hari...

Wednesday, March 24

~::hold my hand::~

i hear the flower's kinda crying loud
the breeze's sound is sad
oh no...
tell me when did we become
so cold and empty inside
lost a way long time ago
did we really turn tha
t blind
we don't see that we keep hurting each other no
all we do is just fight

now we share the same brig
ht sun,
the same round moo
n
why don't we share the same love
tell me why not
life is shorter than most have thought

hold my hand
there are many ways to do it right
hold my hand
turn aroun and see what we have left behind
hold my hand my friend

we can save the good spirit of me and you
for another chance
and let's pray for a beautifu
l world
a beautiful world i share with you

no matter how far i might be
i'm always gonna be your neighbour
there's only one small planet w
here to be
so i'm always gonna be your neighbour
we cannot hide, we can't deny
that we're always gonna be nei
ghbours
your neighbour, my neighbour



we're neighbour

so, hold my hand
there are many ways to do it right
hold my hand
turn around and see what we have left behind

so, hold my hand
there are many ways to do it right
hold my hand
turn around and see what we have left behind
hold my hand my friend
we can save of good spirit of me and you
for another chance
and let's pray for a beutiful world
a beautiful world i share with you


waaahhh...this is one of my feveret songs~
me currently listening to maher zain's songs
every single are easy listening...
the lyrics are awesome!!!
understandable and straightly related with the song's title
and i'm really like it~





Thursday, March 18

::kegelapan::

tahukah anda kegelapan yang menakutkan? ya apabila kita bangun di tengah malam yag gelap gelita, kita mengangkat tangan untuk melihatnya, tetapi kita langsung tidak dapat melihatnya, sedang ia betul2 dipacak di hadapan kedua2 anak mata kita.


tahukah anda kegelapan paling memuncak yang paling menakutkan? ya, bayangkan di malam yang gelap pekat, anda hanyut di tengah lautan yang luas, di bawahnya adalah kegelapan yang berlapis-lapis, di permukaannya pula kegelapan gelombang menghempas gelombang yang berlapis-lapis. dan diatasnya juga adalah kegelapan awan pekat yang berlapis-lapis. anda hanya mampu melihat sebuah kegelapan raksasa seolah2 anda kudung tanpa tangan.

anda memerlukan cahaya berlapis-lapis pula untuk melihat kembali tangan anda itu..

itulah bayangan anasir kegelapan yang berindih-tindih menahan cahaya matahari menerobos mata hitam kita. anasir yang saling membantu membutakan anda.

lihat Al-Quran, Surah An-Nur:40. rasakan kegawatan dan kegerunannya!!

dunia ini adalah gelap. saksikan alam semesta ini. kita seolah2 hidup tercampak di sebutir pasir yang halus di tengah2 lautan berbintang tanpa penghujung yang dilihat. lautan semesta diwarnai hitam gelap yang menakutkan, cahaya yang ada hanyalah bintik-bintik halus(bebintang) yang bertebaran yang tidak memberi sebarang makna untuk memecah kegelapan yang menghantui.


::DUNIA YANG GELAP::

kedamaian dan ketenangan pada melihtanya adalah hanya kerana bintik-binik bercahaya itulah. jika tidak, di mana keindahan alam semesta? semuanya gelap...

::begitu dunia ini, begitulah dunia hati...dunia manusia..

manusia bangun tidurnya, gerak kakunya dan hidup matinya adalah pasa sekeping hati (baca jantung) yang berdegup-degup di dada, itulah. baik buruk manusia tergadai pada sihat sakit hati itu.

hari ini kita adalah manusia yang dipandang. dulu kita adalah segumpal darah yang digantung di rahim ibu. sebelumnya kita adalah satu daripada jutaan sel halus yang merawak-rawak datang tanpa hak memilih takdir dan ketentuan..

masa itu, di mana tangan, kaki, mata, telinga dan mulut? hah. di mana hati dan jantung?

kemudian dari mana sel yang menakjubkan ini? tiba2 ia datang lalu terjun ke alam semesta yang luas terbentang. maka, maka apa pula tujuannya dan peranannya??

kita datang dari kawasan liputan yang diwarnai kejahilan. tak tahu apa-apa.apa itu apa??

::KEJAHILAN ADALAH KEGELAPAN::~

kita datang dari lubuk yang gelap, tercampak di dunia yang gelap. kehidupan yang diwarnai kejahilan.

apabila si jahil berkata "aku tahu", maka itulah lapisan kegelapan demi kegelapan..

oh di mana bintik-bintik cahaya itu? bebintang bercahaya itu? di mana kedamaian dan ketenangan di kehidupan ini??

perhatikan. kita di bumi mendongak di langit. lihatlah kegelapan yang melebar di seluruh ufuk. tidak! mata kita segera teralih pada bintik-bintik cahaya bintang yang bergemerlapan. ah, sungguh indah cahaya itu!! kita ingin segeranya terbang menuju ke arah cahaya yang datang.

perhatikan pula. malaikat di langit menunduk ke dunia. gelap. lihatlah, aduhai malaikat pada kegelapan di seluruh ufuk. tidak! mata malaikat terus teralih pada bintik-bintik cahaya di muka bumi. ah, ada cahaya!! ia segera terbang menerpa. apakah gerangan cahaya itu??

ia adalah masjid ALLAH yang tersergam di seluruh pelosok bumi. malaikat segera melebar sayap mendekati. ah, ada cahaya lagi? apa?

ia adalah manusia mukmin yang tengah beribadat bersujud pada tuhan bersaf-saf. malaikat terus mendekati melebar sayapnya. ah, ada cahaya lagi!!ape?

ia adalah hati yang bersinar-sinar dengan ayat-ayat Allah yang dibaca siang dan malam.

itulah cahaya yang ada. ada di dunia ini. selepasnya adalah kegelapan....

lihat Al-Quran, surah An-Nur:35,36,37,38. rasakan kemanisan dan kegirangannya....

cahaya adalh Al-Quran, mukmin dan masjid. jadilah penghayat Al-Quran, pemakmur masjid dan orang yang beriman. kita adalah cahaya. cahaya atas cahaya~

Friday, March 12

cinta untukmu~

Align CenterKATA SANG PUJANGGA~

aku sendiri sukar mengerti
mengapa jantung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
aku sendiri tidak memahami
mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu

aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
seakan-akan aku melayang ke udara
ohhh, indahnye perasaan ini..membuatkan aku terasa ingin tersenyum selalu

kupandang wajahnye yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
jauh sekali ratu cantik dunia
kulihat senyumannya yang tidak semanis Nora Danish
kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ikin...
opss itu isteri Mawi

haha..

aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
ohhh..di manakah keindahan wanita ini
aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
tidak ade ape2 keistimewaan padanya untuk aku banggakan
sekelumit pun tidak ade ciri-ciri wanita idamanku

lalu, aku memilih untuk meninggalkan, menjauhinya
aku memilih untuk melukai hatinya
melukai perasaannya
aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa
demi membuang perasaan ini
demi membunuh cinta ini
dan menamatkan rasa sayang ini

namun, sukarnye membuang rasa rindu ini
kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi
aku mahu mengenepikan segalanya
aku mahu kau menjadi permaisuriku

namun malangnya kau sudah menjadi milik orang
peritnya diri ini menyedari darimu tiada cinta darimu untukku

namun egoku tidak akan menyerah kalah
kau akanku miliki
tidak akan pernah aku biarkan kesukaanku dirampas orang
sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali
kepada kekasihmu
tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu
kerana kini baru kusedari
kaulah wanita yang sangat2 cantik dalam hidupku
selain nenekku..
akulah sang pujangga yang tidak pernah lelah~


BICARA SANG GADIS

sering kau mengganggu ketenteramanku
sehinggakan tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi

aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
aku dijadikan mangsa untuk menghiburkan hatimu
dan aku dijadikan bahan ujikajimu bagi
melampiaskan segala kenakalanmu yang tidak ubah
seperti sin-chan

letih diriku melayan karenahmu yang tidak pernah jemu mengusikku
sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah

sungguh tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu sungguh bermakna dalam kehidupanku
tanpa aku sedari aku, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu

bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
kesunyian membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku mengatakan inilah
kasih sayang dalam sebuah persahabatan

benarkah perasaan untuk sahabat?
aku sendiri kelu
wahai pujangga, adakah ini perasaan lain..

kutatap wajahmu dikala dirimu terleka
rambutmu kulihat kusut-masai
bagaikan
penagih dadah yang tegar
kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata
aku mendapati senyumanmu
umpama bapak ayam yang mencari mangsa
aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh
kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
menyedari hakikat itu, aku terasa
memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah
biarlah aku tenggelam ke dasar tanah yang dalam lagi kelam
mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu

namun, kau kini telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad
melalui hari tanpamu~
hari-hari yang kulalui begitu asing sekali
lalu, jadilah aku gadis yang mencintai kenangan

setelah kau kutemui, kau telah berubah
aku bagaikan tak percaya betapa kacaknya dirimu
kau menjadi rebutan para jelitawan
sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
kau telah menjadi kaya-raya
kerana rupa, kerana kekayaan,
kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagiku
kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali menghiburkan hatiku

ohh, betapa aku mahu kau benar2 seperti dulu
kembalilah kau seperti suatu masa dulu..kerana aku amat merinduinya~


p/s: karya ini aku amek daripada novel~tidak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun mati~haha...sekadar post semata2 untuk mengisi kekosongan masa yang ade...kelakar lah kata2 niey..tergelak aku...haha...mungkin post ini menunjukkan aku adalah seorang yang jiwang barangkali, tetapi hakikatnya hanya aku yang tahu kerana aku lah empunya diri yang lebih mengenal akan makna diri...huhu~mungkin kalian bisa membuat tafsiran sendiri..terpulanglah...hehe..neway, ni just post semata2 yup~harap jangan salah tafsiran dan yang terakhir...

"dunia adalah pentas dan akulah penulisnya...kau telah aku matikan dalam bab pertama.."

siapakah kau dalam statement di atas???hurm


Thursday, March 11

::hospital::

salam pembuka bicara....lama gak tak update blog niey...padahal aku dah lama abes exam dan stat cuti dah~hohoho

kenape ek...sebab aku ade program yang perlu diuruskan dan aku juga terlibat dalam BAKTISISWA yang dianjurkan oleh STAD dan FSCC~sangat hebat pengalamannya dan akan ku kenang hingga akhirnya~insyaallah post yang akan datang aku akan ceritakan tentang diari baksisku selama 9 hari di terengganu~segala memori terindah bersama keluarga angkatku akan ku coretkan di sini kelak~nantikan...hehe

setelah sembilan hari aku berbakti bersama keluarga angkat, kini tibalah masanya aku berbakti kepada keluarga kesayangan jiwa ragaku pulak~

ha berbalik kepada tajuk post aku kali ni...HOSPITAL...kenape ngan hospital?? aku sakit?? or aku menyamar jadi student medik lagi? oh tidak...hurm...pada tika dan saat aku menulis ini aku berada di hospital kerana menjaga nenek aku yang sakit...sudah dua hari berturut-turut aku menjaga nenek....banyak gak pemandangan kat sini yang membuatkan aku berfikir tentang segala macam bende...satu lagi pengalaman yang amat berharga buatku...satu pengalaman rase yang bisa mengungkap seribu kenangan terindah~

di saat kebosanan datang melanda...aku pun update blog aku huhu...untuk mengisi kekosongan masa yang ade...lapang sebelum sempit~

kali ni kali kedua aku melihat para doktor dan kakitangan hospital melakukan tugasan mereka....kali pertama adalah ketika aku menyamar jadik student medik dan mengikut kakak aku melakukan rondaan kat hospital klang~sangat seronok time tu... dan inilah kali kedua...
kat sini aku dapat berkenalan ngan student2 nursing yang sedang berpraktikal...kakak2 ini begitu ramah menegur aku dan mereka ingat aku ni dah kerja..haha..padahal segulung ijazah pun aku tak dapat genggam lagi...mungkin gaya aku di samping laptop menggambarkan aku sudah berkerjaya barangkali...huhu...ada gak sorang doktor pakar bedah ingat aku dah kerje...

hurm...melihat orang sakit di sekeliling membuatkan aku tidak lalu makan...semalam lewat petang bawu aku jamah nasi yang ayah long belikan untuk aku...macam2 penyakit yang aku tengok dan semua pesakit2 yang ditempatkan di wad nenek aku ini adalah under surgery~thats mean yang semuanya akan dibedah...hurm...cuak aku bila tengok sorang2....pada saat ini aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang tak terhingga...ALHAMDULILLAH~ terima kasih YA ALLAH... semoga mereka2 yang sedang diuji dengan kesakitan ini mampu bertahan dan tabah menempuh semuanya~seseungguhnya kesakitan itu penghapus dosa~

hari ni ade sorang patient yang bawu dimasukkan pagi tadi kerana kemalangan jalan raya...perempuan dan dia bawk motor tak pakai topi keledar...tadi ade sorang doktor cina marah dia kenape tak pakai topi keledar~kepala dia cedera parah gak...mata dia bengkak dan mungkin salur daarah pecah kot~takut aku tengok..mesti sakit kan~teringat aku mase bawak motor time baktisiswa kat ganu tu...aku pun tak pakai topi keledar gak..lesen pun takde... tu lagi teruk~hehe
alhamdulillah nasib menyebelahi aku dan ALLAH sayangkan aku....

tadi ade ramai gle doktor datang serang katil nenek aku...aku yang tengah ym ngan tehah ni pun cuak gak....ade sorang pakar bedah tu tegur aku rajin wat kerja ngan laptop sambil2 jaga nenek..haha. padahal aku ngah wat bende2 lara, ym, facebook n update blog haha..lawak2..pastu ade sorang doktor perempuan terangkan kat sorang pakar bedah tentang keadaan nenek aku....aku dengan khusyuk wa tawadduk pun dengarlah dworang speaking...hehe...owh aku tetiba teringatkan ainun, kakak aku yang tak lama lagi bakal jadi doktor gak~dia dah berada di tahun akhir jurusan perubatan di universiti Malaya...

aku kan tengah2 bosan aku pun mencari gak doktor2 yang ensem ke...haha..lawak jep...huuu~saja2 jep sebab tak de bende nak wat~haa dalam ramai2 tu aku ade jumpe dua orang doktor laki yang ensem dan muda~dua2 pakai spek...tapi sorang pakai kopiah dan osrang lagi tak...sempat agi aku berangan kejap...haha...sejuk je mata tengok doktor yang pakai kopiah tu...hehe...doktor beriman insyaallah~

alhamdulillah nenek dah bley kuar wad harini tapi kena datang balik nanti...mungkin satu hari nanti nenek akan dibedah juga dan aku hanya mendoakan yang terbaik buat nenek~

dan pada esok hari aku akan ke kuantan, akan ke rumahku...hoooray..windunye ngan rumah...lama tak pergi...huhu