Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Friday, May 21

buku: menangis kerana ALLAH~



Wanita menangis 64 kali setiap tahun. Manakala lelaki secara puratanya hanya 17 kali. Ini kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kesihatan jiwa (psikologi). Statistik ini berkadaran dengan jangka hayat wanita yang jauh lebih panjang berbanding lelaki. Manakala di kalangan wanita juga, yang lebih banyak menangis ternyata lebih sihat dan lebih panjang usianya berbanding denganyang kurang menangis.


Menangis dan simbol lemah


Seringkali menangis dikaitkan dengan symbol lemah jiwa dan kekalalan. Ini tidak benar sama sekali. Bahkan di dalam Al-Qur’an dan hadith sendiri disebut beberapa kali tentang anjuran menangis. Antaranya dari ayat Al-Isra’ 109 dan Surh Maryam 58.
‘Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk’.
‘Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis’.
Nabi Muhammad juga menangis. Para sahabat juga menangis. Kita baca juga betapa ramai pahlawan-pahlawan dan sarjana Islam menangis dan merintih dihadapan Allah. Justru menangis bukanlah lagi symbol lemah dan tidak kuat.


10 jenis air mata

Ibn Qayyim, serorang sarjana Islam tersohor membahagikan tangisan kepada 10 jenis:
1. Tangisan rahmat dan kasih sayang
2. Tangisan takut dan bimbang
3. Tangisan cinta dan rindu
4. Tangisan gembira dan bahagia
5. Tangisan putus asa
6. Tangisan sedih
7. Tangisan lemah dan ketidakupayaan
8. Tangisan kemunafikan
9. Tangisan kepalsuan
10. Tangisan persetujuan (menangis apabila orang lain menangis)



Tangisan dan penyakit

Air mara secara biologisnya berfungi membersihkan mata dari kekotoran dan bacteria. Air mata juga mengawal kelambapan mata. Juga air mata mengalirkan bersama kandungan racun yang tumbuh dalam tubuh badan manusia. Pendapat ini dikemukan oleh seorang pakar perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, Dr Ala Syahim.

JUNE~

Tanpa disedari, masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita yang semakin hari semakin tua...dalam kata lain, dunia akan kata pergi dan kubur akan kata mari...

dari hari ke hari, hidup aku semenjak musim cuti ni macam sama je, seolah-olah takde ape2 pun aku rase..kenapa ek? hurm...kadang2 rasa sangat bosan yang teramat sampaikan aku boleh menghabiskan masa lebih kurang dalam berbelas-belas jam dengan tidur jep..haha...aku memang agak kuat tido, mungkin ini adalah simptom bosan tambah terlebih tidur...dan aku selalunnya malam2 akan tido lambat...mungkin ini tak terbiasa sejak aku masih di cfs lagi...disebabkan meting+assignment tidak mengizinkan aku untuk tidur awal...jadi tabiat ini terbawa2 hingga ke rumah...

sedar atau tak, bulan june semakin menghampiri dan seterusnya bulan julai...apa yang ada pada bulan julai? 6.7 nanty aku bakal melangkahkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan Campus untuk melanjutkan pengajian aku dalam bidang ijazah selama 4 tahun..dan ini bermakna kehidupan baru aku bakal bermula tidak lama lagi...seronok ke tak ea? ntah..aku pun tak tahu apa perasaan aku pada tika dan waktu ini....dan cuti aku yang panjang ini hanya berbaki sebulan lebey sahaja lagi...cepat kan masa berlalu...seolah-olah cam sama ngan dosa yang aku buat tanpa disedari juga...



abah kata bulan 6 ni dia nak tukar kerja kat kelantan ni tapi ntahlah jadi ke tak...biarlah...semoga keputusan yang terbaik dapat dibuat...dan apa yang pasti kalau abah tak jadi tukar, mak ngan adik2 aku akan pindah semula ke kuantan, pahang...aku cuma mampu menunggu dan terus menunggu...dan hanya mampu mendoakan yang terbaik...semoga ALLAH memelihara kami semua...amin..

sebenarnya aku tak suka duduk sini...banyak perkara yang berlaku dan hanya aku saja yang paham kenapa aku tak suka duduk sini...jadi dalam diam aku harap abah tak jadi tukar kerja sebab aku nak balik kuantan semula...keadaan membuatkan aku banyak berfikir dan belajar melalui pemerhatian...keadaan kadang2 memaksa hati untuk memberontak tapi aku pendamkan jua kerana aku tahu kadang2 apa yang kita tak suka itu baik untuk kita dan begitulah sebaliknya..jadi aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar di samping meneruskan kehidupan seperti biasa...

adik2 aku especially yang kembar tu perangai macam semakin menjadi-jadi...geram yang teramat sangat...kesian kat mak...kenapa dworang jadi cam tu ntahlah...dulu takde lah cam tu perangai diorang...kadang2 melampau-lampau aku rasa...sampai aku rase nak bagi penampar je...haisyh...sabar jela...mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini...ariff dan kak nik pulak memang sibuk belajar je sebab diorang pekse tahun ni PMR dan UPSR...memang kelas tambahan penuh la especially arif tu...kesian gak aku tengok dia cam kepenatan jep...takpe2..insyaallah kepenatan tu berbaloi andai kejayaan dapat mereka miliki sekaligus memberikan kebahagian kepada semua~.....

awal bulan 6 ni insyaAllah aku ada test jpj untuk kereta..huh, cuak memang cuak selagi test tu tak lepas tapi cuma keyakinan dan kebergantungan kepada ALLAH je la yang mampu menenangkan hati aku...semoga aku berjaya dan tidak akan sesekali mengambil test buat kali kedua...amin. doakan aku ye teman2 sekalian~

dan dalam bulan 6 ni jugak aku ada beberapa perancangan lain sebelum aku bergelar mahasiswa UIAM nanty...aku mahu pergi Serada, mahu melawat family angkat aku dan kak sa memang beria sangat nak aku dan yana datang, katanya nak bawak gi mandi air terjun sekayu...waah bestnya..tapi yana pulak tak dapat datang sebab katanya nenek dia sakit...syafakillah...semoga neneknya cepat sembuh..amin...jadi aku kena cari geng la sorang nak gi sane dalam 3 4 hari ke...mungkin after cuti sekolah yang dua minggu tu sebab mase cuti sekolah aku nak balik pahang..nak gi ronda ECM ngan fatehah..haha...tehah, tunggu aku ek...hurm..well, aku memang kaki jalan sebenarnnya...dan aku sangat suka mengembara mencari pengalaman baru...tapi keadaan buat mase ni tidak mengizinkan aku sebab kekangan duit barangkali...nak mintak ngan mak dan abah segan dah..haritu daha gi Kl dua kali mintak duit mereka dah, pastu aku wat lesen keta ni pun pakai duit mak jugak...aku kalau ikutkan hati nak je kerja, tapi abah pulak tak bagi..so aku senyap jela..duk diam2 kat rumah, gi belajar kereta, tolong mak wat kerja rumah...jeles gak kat kawan2 yang kerja sebab dapat merasa betapa susahnya cari duit sendiri dan yang paling penting bagi aku pengalaman kerja tu...takpela, mungkin sekarang bukan masanya lagi aku dapat pengalaman itu...



hurm..dalam bulan 6 ni jugak aku nak try aply biasiswa JPA tau KPTM...dan aku sangat2 mengharapkan biasiswa ini untuk megurangkan beban abah...lebih2 lagi mak dah pencen awal tahun lepas sebab nak menjaga 5 orang adik aku yang semuanya akan menghadapi peperiksaan besar pada setiap tahun mulai tahun ini...dan tahun depan mungkin juga dengan izin ALLAH, kedua2 kakak aku bakal graduate dan akan bekerja...jadi aku selalu berdoa dan terus mengharap agar rezeki biasiswa itu ada untuk aku..amin....

Thursday, May 20

ada apa pada nama panggilan?


assalamualaikum..

salam pembuka bicara...semoga semua pembaca barada dalam keadaan sihat serta dalam lindungan dan rahmat kasih sayang ALLAH sentiasa...

kelapangan masa yang ada ingin aku isikan dengan coretan tentang sesuatu yang dah lama sebenarnya aku terfikir untuk menulis cuma aku menunggu dan masih menunggu sehingga mood itu datang=)

hurm..ada apa ye pada nama panggilan? apa yang rakan2 anda panggil anda sewaktu berbicara ataupun bertanya soalan kepada anda??
kadang2 nama panggilan itu jauh sekali bunyinya dengan nama sebenar kita seperti yang tercatat dalam kad pengenalan identiti diri...
kadang2 juga nama sebenar yang begitu panjang mampu dipendekkan sehingga menjadi 3 huruf atau pun kurang lagi barangkali...

hurm..sebenarnya aku ada satu point yang hendak disampaikan di sini...

semenjak aku melanjutkan pelajaran di cfs uiam pj sejak 2 tahun yang lalu, aku telah berjumpa dengan bermacam2 jenis people yang berperangai pun macam2....
biasalah ragam manusia memang pelbagai..kalau tak, tak meriahlah dunia ini...ada yang baik dan ada yang nakal dan sebagainya....aku juga begitu...hanya mereka2 yang mengenali aku bisa merungkaikan persoalan siapa aku tapi tidak secara betul kerana apa yang tertanam dalam batinian ini tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan yang menciptakan aku dan juga diri kamu semua~

aku juga mengenali sebahagian besar sahabat dan sahabiah yang belajar di Darul Quran dan hakikatnya aku sangat mengagumi mereka kerana ilmu yang mereka miliki...pernah aku terfikir untuk menjadi seperti mereka...kerana mereka sangat menjaga segala2 nya aspek kehidupan..alhamdulillah semoga mereka dapat menjadi seperti itu selamanya bahkan mereka juga akan melebarkan pengaruh itu kepada makhluk2 ALLAH yang lain...

satu perkara yang aku belajar tentang panggilan nama yang selalu mereka praktikkan...mungkin ini adalah ajaran yang diajar oleh guru2 mereka di sana...
mereka biasanya akan menggunakan "ana" sebagai panggilan ganti nama bagi diri mereka sendiri dan "enta" untuk panggilan awak bagi lelaki dan "enti" bagi wanita...aku sebenarnya sudah tahu tentang ini semua sebab aku juga belajar bahasa arab komunikasi semasa PMR dahulu dan aku juga mengambil subjek bahasa arab tinggi semasa SPM dahulu...dan tasrif ini sudah aku hafal dan terpatri lebih2 lagi masa nak dekat exam dulu..

ada lagi satu panggilan yang biasa mereka gunakan iaitu "ustaz" ataupun "ustazah"..alhamdulillah, sedap kan bunyinya...bahkan aku yang mendengar pun rase sejuk je...

ya!!aku kagum dengan mereka...bahkan semakin bertambah rasa hormat aku kepada mereka..mungkin mereka lebih tua dari aku setahun, dua tahun dan selebihnya...

anda mungkin mempunyai nama panggilan yang anda sendiri suka kan?
yaa..begitu juga saya..begitu juga aku...

okayh! secara seriusnya aku akan berasa tidak selesa jika seseorang itu memnaggil aku dengan panggilan "ustazah" ataupun "enti"...ya!!sungguh, aku tidak selesa...dan aku amat rasa rendah diri dengan panggilan sebegitu....ada sebahagian sahabat2 DQ mereka kenal akan aku dan tidak memanggil aku dengan panggilan itu, maka aku akan lebih selesa untuk berkomunikasi lebih2 lagi dalam melakukan gerak kerja persatuan atau sebagainya....ada juga sahabat aku yang bukan belajar di DQ, tetapi belajar di sekolah2 agama juga sudah terbiasa dengan panggilan seperti mereka2 di DQ...mungkin mereka sudah biasa dan sesungguhnya kebiasaan itu sukar diubah...aku memahaminya bahkan juka ada dari mereka memanggil aku ustazah ataupun enti, aku akan cuba menjadi seprti biasa walaupun pada hakikatnya aku sungguh tidak berasa selesa...aku kekok dan aku jadi tak de mood...aku tidak membenci panggilan itu cuma aku tidak selesa...harap sangat2 mereka memahaminya~

aku lebih suka membahasakan diri dengan saya apabila berbicara dengan mereka2 yang aku tidak rapat dan sahabat2 dq yang lebih tua tidak kira lelaki ataupun perempuan...dan bagi mereka2 yang aku rapat aku lebih selesa bahkan tersangat selesa dengan menggunakan "aku" dan "kau"....mungkin bagi sesetegah orang mengatakan aku ini tidak sopan barangkali kerana bahasa yang aku gunakan adalah kasar...biarlah mereka hendak berkata-kata kerana aku lebih tahu akan siapa aku yang sebnarnya...aku tak nahu meniru orang lain sekaligus menjadi hipokrit....ada yang berkata, ianya bukan hipokrit tetapi ianya proses...tapi bagi aku proses itu mungkin sangat mengambil masa yang lama kerana bukan senang untuk berubah dari yang biasa kepada yang tidak biasa...

aku hidup bersama prinsip yang selama ini aku pertahankan, biarlah mereka berkata-kata atau menghakimi aku seadanya kerana aku hanya insan biasa yang tidak mampu nak tutup mulut mereka..sesungguhnya aku tidak hidup dek puji dan tidak mati dek keji...aku adalah aku~

pernah ada sebahagian sahabat menegur aku tentang percakapan aku yang menggunakan aku dan kau itu...ye aku sungguh terasa tetapi biarlah kerana aku tahu niatnya baik....panggilan "aku" dan "kau" yang aku gunakan itu memang sangat2 nampak kasar dan tidak beradab barangkali tetapi aku selesa dan aku dapat berkomunikasi dengan baik...mungkin mereka2 yang pernah berbicara dengan aku lebih mengerti barangkali....dan panggilan "kau" dan "aku" ini membuatkan aku lebih mesra dan lebih dekat barangkali dalam erti kata seorang sahabat....semoga kalian memahami...

ada satu cerita bila mana seorang sahabat yang aku kenali ingin berbicara dengan seorang sahabat juga aku kenali...aku namakan si A bagi yang lelaki dan si B bagi yang perempuan...kedua2 mereka aku sangat rapat....kerana mereka sama2 berjuang dengan aku...dan si B ni ingin bertanya soalan kepada si A, maka dia menggunakan panggilan "ustaz" kepada si A...si A ini adalah bekas pelajar maahad di kelantan dan dia juga tua setahun dari aku dan si B..dan apa yang pasti si A dan si B tidak lah serapat mana, hanya mengenali satu sama lain...nak dijadikan ceritanya yang si A ini tidak suka dengan nama panggilan itu dan memohon si B tidak memanggilnya dengan panggilan sebegitu...dan si A juga berkata bahawa nabi pun memanggil para sahabat dengan panggilan nama yang para sahabat suka...jadi dia memohon sangat2 agar tidak memanggilnya dengan panggilan "ustaz"...

kisah ini ada kena mengena dengan aku...



kesimpulannya , sama2lah kita merubah apa yang patut diubah demi hubungan yang baik di sisi manusia dan juga di sisi ALLAH~

Sunday, May 16

cinta tanpa syarat


emak di sisi pusara abah

"dan rendahkanlah dirimu terhadap kedunya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil"(al-israa' 17:24)

"Ya Allah, ampunkan dosaku, ampukan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayangMU sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil"

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.

Entah Kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.


Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”

Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.

Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..

Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.

Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.

Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.

Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?

Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.

“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…

Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.

“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.

Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.

Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.

Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.

Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”

Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.

Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.

Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.



Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….

Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.

“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.

“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah. Aku lemah. Aku banyak dosa. Aku suka mengeluh. Aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…

NAMUN…

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.


Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
12 Mei 2007

Tuesday, May 11

pasrah segalanya


pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerna tiada siapa yang sudi membela

ku tabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMU Tuhan
yang berkuasa jua mencipta
kerana ENGKAU MAHA mengetahui
segala apa yang terbuku di hati

YA ALLAH tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengkahiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH ENGKAU lindungilah aku
bekalkanlah aku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH ENGKAU lindungilah aku
bekalkanlah aku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan

kini di sini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malam ku berkalut benci



Monday, May 10

::my driving class::~

assalamualaikum....

salam pembuka bicara...barangkali pada tika ini aku sedang berdebar menghitung detik waktu untuk aku test jpj pada awal bulan 6 nanti...huh, berdebar kot!! mintak2 aku dapat orang jpj yang baik, pemurah hatinya dan semoga ALLAH memberikan aku kejayaan yang aku harapkan..amin...

post pada kali ini aku ingin berbicara tentang kelas2 memandu secara praktikal aku...huh, penat beb!! memang penat!! ditambah dengan cikgu yang garang dan cuaca yang amat panas sekali..aku selalu belajar petang sebab cikgu aku busy kot..ramai gak calon2 yang dia ajar...pernah satu haritu kiteorang duk berhimpit lima orang dalam keta yang cikgu tu bawak..dahlah kereta kancil and then jauh plak perjalanannya..tapi time tu nasib baik aku duk depan..haha..cikgu tu suh aku duk depan, maybe sebab aku paling besar diantara mereka..haha..at least aku tak yah berhimpit...huhu...tapi apa yang bestnya, aku dapat ramai kawan baru kat sini...sarah, kak mimi, kak ika, kak na, mira n ade lagi beberapa orang...mungkin perkenalan ini bakal berakhir tak lama lagi sebab aku dah nak abes belajar dan aku juga tidak menetap di sini..aku bakal masuk u awal bulan 7 nanty... tapi takpe, insyaallah ukhuwwah itu indah jika ianya dijalin kerana ALLAH....keep in touch okay~

tapi ade gak bende yang wat aku sedey sangat...ya allah..keadaan kat sane tak seperti apa yang aku gambarkan..aku ngatkan dressing kaum hawa taklah seteruk kat bandar kl..tapi rupe-rupenye salah jangkaanku...same jep!!!geram aku!!sakit mata tau tak tengok!!aku lak yang segannye bila mereka2 ini dipandang oleh kaum adam..adoyai...sedey2~hurm..belajar melalui pemerhatian~yeah...itu yang aku praktikkan dan cuba ambil iktibar~

peristiwa yang paling aku ingat sepanjang kelas memandu aku banyak gak dan semuanya detik2 kecemasan yang aku alami... hari ketiga aku belajar kereta.... memang teruk kena marah sebab mood cikgu aku tak baik...aku memang sedey gle time ni sebab aku dah lama tak kena marah semenjak aku mula cuti..tapi takpelah...mungkin ade hikmahnye..tapi aku still geram..dia marah kat orang lain tapi nape nak lepas geram kat aku...sume bende2 yang keci pun dia marah..aku terlepas clutch kereta laju sikit pun dia tengking aku n aku tak bawak keta tu kat tengah2 garisan pun kena marah gak...adoyai, sabar je la....mungkin dye bawu lepas gaduh ngan awek kot...huh...aku haritu baru 3 kali pegang streng kereta..cuak pun belum hilang...dahtu kena marah pulak..so aku jadi blur mane kanan dan kiri...ape lagi...kena tengking lagi lah aku ni...apelah nasib...aku ngatkan cikgu tu tak garang langsung sebab dulu dye gak yang ajar mak cik aku, mak cik mah n mak cik mah kata dia tak garang pun...dan aku fikir mungkin aku ni budak agi n makcik mah tu dah dewasa kot..so dye tak berani marah...ah tak kisahlah...haha...banyak lagi kot aku kena marah..tapi ni yang lawak gak...ade sekali tu..mungkin hari ketujuh kot aku belajar, cikgu tu suh aku wat parking, 3 penjuru n bukit sendiri...time tu aku datang ngan sarah....sarah ni wat lesen moto n kereta....time tu petang yang amat terik sekali...aku berpeluh2 pulas stereng keta nak wat parking...mula2 cam tak larat gak nak pulas perabih sampai ade cikgu iskandar tu tanya aku makan ke tak..haha...eh berat kot stereng tu..seyes aku cakap...tapi lama2 aku dah cam kuat dah...tangan dah macam ahli gusti dah sebab hari2 gak aku pulun pulas perabih~haha....

nak dijadikan ceritanya..aku pun gi la wat ngan sarah ibarat kereta tu aku punye...so kiteorang pun gi la round dalam litar jep..aku wat bukit banyak kali gak..bape kali jep menjadi..doyai~time tu cikgu aku tu gi minum kat kafe tapi dye boley nampak kot kiteorang....aku masa masuk 3 penjuru hari tu, aku langar tiang beb mase nak undur...huh, cuak lah aku ape lagi...tapi nasib baik cikgu takde, ade cikgu lain jep...doyai..sarah yang duk sebelah aku tak nak cam cuak gak...dye kata abehlah cikgu lain report nanty...alamatnya aku kena bersedia untuk kena marah laa...ah tak kisahlah...aku pun dah penat gle time tu...n untuk terakhirnya aku wat bukit sebelum aku tukar kedudukan ngan sarah...sarah plak nak beajar....time wat bukit tu lah cikgu baru datang, dia marah lah aku, wat bukit tak jadi...pastu die report kat ayah ki aku, aku tak fokus time wat bukit, dia kata aku duk ingat ke bende lain...doyai...dalam hati aku duk doa yang tak de ckg lain report kat dye insident tadi...yang kelakarnya, hari tu ntah ape lah silap kami, si sarah pun langgar jugak tiang mase wat 3 penjuru....mungkin hari tu bukan hari kami kot...haha...pastu aku ngan sarah pun belajar jalan raya plak....nasib baik kat jalan raya aku ok jep...kereta tak mampus dan aku dapat kawal ngan baik...tapi ckgu tu tanya kot aku nape tadi bukak econ mase naik bukit? haa..aku tetiba teringat yang sarah yang bukak sebab keadaan cuaca yang terlalu panas dan aku pun dah jadi cam udang kena bakar...ape lagi beb, kena marah lah jawabnye...ayat dia camni, sape ajar bukak econ mase naik bukit? lagi berat lah kereta sebab tu wat tak menjadi bukit tu...tapi dye marah lam bahasa kelantan lah..aku just translate jep..dia siap tutup kejap econ n suruh aku rase perbezaannya~hurm..aku tak rase pun kete tu berat...ah pedulilah, aku wat bodo jep time tu, senyap je tak kata ape2..haha~aku ni dah bese kena marah dulu2~so telan jelah pahit tu..yang penting aku nak lepas untuk test jpj tu sebab aku dah tak nak jumpe dah ckgu yang garang tu..haha....
tapi dye garang2 pun baik kot...kawan pakcik aku...hurm...biarlah...aku redha jep pape hal...



ni kisah ngan kak mimi lak...kak mimi ni duk dekat jep ngan umah ckg...dia agak kenal rapat ngan ckgu...n katanya ckgu ni memang jenis baran jugak..dia boleh ajar sampai 3 kali jep, kalau tak paham jugak memang kena lah...owh...patutlah dia asyik pas aku ngan sarah kat ckgu lain..setakat ni aku dah pernah belajar ngan 3 orang cikgu, dia, cikgu iskandar n cikgu qusri...yang dua orang lagi cikgu tu baik bangat dong....tak pernah marah pun~huhu.....

yang aku ingat ade satu hari tu aku kuar round jalan raya ngan cikgu iskandar....time mase nak balik tu, die suh aku gi kat tempat baiki kereta sebab nak amek sijil dye lam kereta dia yang ade kat situ...ok, aku just follow the step yang dye suh...tapi mase nak lintas jalan nak ke seberang sane tu permukaan jalan macam bukit sikit, aku time tu dah lah tak belajar lagi bukit, so kereta tak nak cam mati sampai 5 6 kali kot...adoyai, aku memang geram ngan diri aku haritu, asal aku tak ley buat?? tapi cikgu tu sikit pun tak tinggikan suara, dia still cakap angkat clutch slow2 n tekan minyak, tengok kereta kiri kanan pastu jalan...yes, cikgu memang terbaik la!!!

n semalam aku belajar kereta ngan cikgu qusri lak..cikgu ni aku kenal dah sebab dia jugak yang ajar aku mase pra-l dulu.....cikgu ni pun baik..tapi die jenis banyak bercerita sampai aku hilang fokus...waduh2~so aku wat parking pun tak menjadi....hurm...apelah nasib...tapi banyak ilmu baru aku dapat...cikgu ajar aku cara naik bukit yang lagi senang..aku cakap ckgu ali ajar lain...tapi die cakap terpulanglah kat aku nak gune yang mane...huh, pening aku dibuatnya~memang pening dan memenatkan...


ramai gak kawan2 aku wat lesen time cuti ni..haha...n ade gak yang dah pass test...aku blajar gak teori kot ym ngan munirah...haha..sebab nak cepat pandai kot~yeah....semoga!!



tapi sememangnya pengalaman ni memang aku tak dapat lupakan lah...lama2 aku dah pegang stereng kereta rase cam best pulak, cume mungkin mase nak tukar gear tu susah sikit bagi aku...haha..takpe2..practise make perfect!!yes i can do it~~

semalam jugak lepas jep kelas kereta, aku n mok nik aku n dua orang sepupu aku kuar mandi manda kat pantai...mula2 nak gi kat jeram pasu...agak jauh perjalanan yang memakan mase sejam lebey sebab tempat tu kat pasir puteh...sampai2 jep kat sane, adoyai keadaan dan suasana membantutkan niat kami untuk mndi sebab keadaan dah berubah..so kiteorang makan nasi bungkus jep kat atas batu yang besar dan tinggi...aku pun cakap kat mok nik aku jom kite gi pantai lah...sia2 je datang ngat nak mandi air terjun yang best...huh, s0 kiteorang pun tukar destinasi ke pantai seri tujuh...haa mase ni, tengah2 nak tunggu sepupu aku solat, aku cakap kat mok nik nak try bawak kereta mak sebab time tu mok nik bawak kereta atoz mak yang warna putih tu, mok nik pun bagi la..haha...seronok2!!!fes time bawak kereta auto, memang lagi banyak senangnye dari kereta manual~huh...sepupu aku lak wat lawak jep time aku bawak tu...haha....dworang punye cuak takut aku gi masuk lam air ke ape ke...alhamdulillah selamat2..tapi aku bawak kat dalam je..sebab kat luar ade polis kot~so aku tukar balik kedudukan ngan mok nik aku...haha...kalau lah mak tau ni mampus aku..sebab aku pernah mintak ngan mak nak practise stereng bawak lam kawasan rumah ni jep...tapi mak memang tak kasi, mak kata tunggu aku dapat lesen dulu..huhu..neway, thanks mok nik~ n kiteorang memang mandi ngan aman damai sebab tak de orang hari tu...maybe sebab bukan hari minggu~

Monday, May 3

::read between the lines::^=^

kata Al-Mutanabbi, di mata orang yang berjiwa kerdil, persoalan kecil terlalu besar. di mata orang yang berjiwa besar, persoalan agam terasa kecil. ada kalanya di dalam hidup ini, kita akan menemui keputusan yang dibuat tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang wajar. tindakan salah yang kecil, diperbesar-besarkan, tindakan salah yang besar ditutup demi menjaga hati yang satu...

mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar..

kalau boleh senang, kenapa pilih susah? kalau boleh bahagia, kenapa pilih derita? hidup bukan keputusan antara dua pilihan, tetapi hidup adalah muktamad! bukan salah orang lain, bukan kerana orang lain atau bukan kerana nasib. kita ada pilihan diri kita sendiri!

"apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia daripada ALLAH; dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah daripada (kesalahan) diri sendiri. Dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada seluruh ummat manusia sebagai seorang rasul (yang membawa rahmat). dan cukuplah ALLAH menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)"
(an-nisa': 79)

mereka berbicara, tetapi dengan bahasa yang tidak sekata dan pandangan berlainan cara..

inikah harga sebuah kesabaran, mahalnya untuk aku nikmati, jerihnya untuk aku lalui, dan kala sinar bahagia mencelah di balik awan, pelangi muncul mewarnai dua hati yang saling merindu...

aku percaya suatu hari nanti, ada bahagia yang menanti di hujung jalan, kerana aku yakin ada hikmah yang diciptakan dalam sebuah kehidupan. walau sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat itu..kerana bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang lebih mengerti. lalu aku butakan mata,pekakkan telinga..derita di hati, simpan sendiri..
anggap saja hidup ini satu pentas sandiwara. jadi kenapa perlu terus bersedih? kenape perlu terus menangis. sedangkan kesedihan itu tidak menjanjikan apa-apa buatku. sabar, aku harus sedar diri. jangan tamak dengan apa yang telah diberi. walau sebenarnya aku tidak ingin kecundang sekali lagi. aku ingin bahagia seperti mereka..namun, sampai bila aku harus begini, kerana perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan..

membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria..segala suka duka terhimpun di sini..adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? ALLAH yang bisa menentukannya

dunia ini adalah pentas. ALLAH penulisnya dan kita adalah watak yang akan dimatikan pada bila-bila masa..

penuh dengan warna dan cerita, air mata dan tawa ria..segala-galanya diadun sehingga saat ini ia berakhir..dan pasti yang berakhir itu ada permulaannya..

tak semua soalan memerlukan jawapan dan tak semua jawapan harus bermula dengan persoalan

lampu takkan menyala kalau tak dipetik suisnya,
suis akkan menyala kalau tak disambung litarnya,
litar takkan berfungsi kalau tiada elektriknya,
dan elektrik takkan mengalir kalau tak dibayar bilnya...
sesungguhnya, tiada jalan yang singkat untuk meniti kejayaan..

kehidupan..indah yang melalaikan. penuh dugaan untuk menduga harga sepohon iman di dada

sesekali bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam, malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir..sejarah kehidupanku, adakah itu sekadar untuk mematangkan? terima kasih kerana berjaya membentuk aku yang hari ini..aku yang tidak mudah lupa diri, insyaallah

pengorbanan terlalu tinggi untuk digapai, terlalu dalam untuk diselam. pengorbanan demi satu tuntutan..tuntutan dan tanggungjawab kepada Sang Pencipta

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, sebijak-bijak pelanduk sekali-sekala dia terlupa pada jeratnya tapi pemburu sentiasa ingat pada jerat yang dipasangkan~

adakala keadaan sering meneruja pertimbangan, membelenggu pemikiran tapi apa pilihan yang kita ada?

meniti batas waktu, ada memori yang tercipta, ada bahagia yang mampu dilahirkan dengan kata-kata..

apabila irama dan lirik tidak serasi, bunyinya pasti sumbang, begitu juga apabila perbualan antara dua minda yang tidak serasi, hasilnya pasti mengecewakan..

bisikan hati tersangat halus dan sungguh rapuh, kerana itulah ia seringkali diingkari manusia..

apabila hati sudah mati, getarannya tidak mampu lagi dirasai kecuali hanya apabila diri sendiri diinjak-injak

kadang-kadang lahiriah gagal untuk membicarakan dengan tepat apa yang tersirat dalam diri seseorang yang langsung tak dapat dinilai dengan pandangan mata kasar~