Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Saturday, December 26

::jangan berlagak boleh tak???~


assalamualaikum...mungkin di saat aku menulis post ini, hati dan jiwaku tidak tenteram barangkali...astaghfirullahalazim....nape yup??

aku bawu sahaja selesai menghabiskan paper rim yang sekaligus menandakan aku akan merdeka buat sementara waktu~alhamdullillah..semoga usahaku yang tidak seberapa ini akan diberkati ALLAH hendaknya....amin..mak abah doakan tikah yup..tikah amat2 mengharapkan doa dari mak n abah kerana tanpa doa kalian anakmu ini tidak mungkin dapat berada di kedudukan seperti sekarang...

YA ALLAH~ aku bencila kat orang2 yang berlagak niey!!!!sakit hati tau tak~tau la pandai gle dalam study tapi tak yah r berlagak...isyh bla lah~..ramai agi orang lain yang pandai tau tak~kalo ko nak berlagak, berlagak la...tapi tak yah r nak tunjuk2..aku niey bukannye stail nak berlagak jugak..tapi kalo aku ni dah sakit hati, cipan pun kalah..ah pergi mampus ah..kakak aku lagi pandai la.....tapi dia tak berlagak pun..humble gle agi...setakat ko nak berlagak..ah aku tak kisah ah...kalau pandai sangat pun, tak yah r sampai tak nak terima pendapat orang len..ape daa...ko ingat, kejayaan tu datangnya dari ALLAH, kalo DIA nak tarik sekejap jep~aku risau keadaan tu berlaku...jadi sedarlah wahai kamu yang suka sangat berlagak~kadang2 tu kan aku tengok berlagak ni bukannye dengan kata2 jep, bahkan dengan perbuatan pun kalo nak berlagak dah boleh nampak dah~eiyy geram taw tak!!!!!...kalo ikutkan hati nak jep aku laser, ngat aku tak berani..tapi aku tak wat sebab teringat one of the proverb yang aku baca dalam buku"life is an open secret" yang berbunyi,

::if you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorow::



jadi aku pun amekla inisiatif len untuk menghilangkan rasa geram dihati ini....astaghfirullahalzim~aku kan rela pergi menuntut ilmu dengan mereka2 yang pandai tapi tak berlagak even dworang lagi jauh kot tempatnye..hurm takpelah~demi ilmu yang bakal dituntut dengan hati yang tidak sakit~hurm aku kan terpikirla kadang2 ALLAH bagi kejayan ni pun untuk uji seseorang jugak samaada orang tu bersyukur or sebaliknya..hurm kalo sebaliknya tu termasuk sekali ah dengan berlagak kan....dan aku bimbang gak dengan berlagak ni maybe bley dikatakan cam "istidraj" kot...contohnya cam orang2 cina yang ALLAH bagi kejayaan yang sangat hebat kat dworang but diorang berlagak..hurm..

.neway, kepada sesiapa yang membaca post aku niey harap dapat tolong mendoakan aku agar aku dijauhi dari sifat yang buruk ini..dan kadangkala if kau tak sedar, tolonglah nasihati aku agar aku dapat kembali ke bumi yang nyata ini...kita tak akan selamanya berada di atas kerana kehidupan ini ibarat roda yang tidak akan berhenti berputar~

dan kepada sesiapa jua yang membacanya dan terasa anda adalah sebahagian dari mereka yang aku ceritakan ini, tolonglah sedar dan gunekan kelebihan akal yang ALLAH bagi itu untuk berbakti kat orang len dengan penuh humble~tolonglah sedar n turut menyedarkan aku dan orang2 sekelilingmu if they also behave like that....sesunnguhnya aku amtlah benci orang2 yang seperti ini...

alhamdullillah. petang ni insyaallah aku nak pergi jalan2 ngan tehah just sekadar untuk mereleaskan tension maybe.. and sebagai persediaan untuk aku menghadapi next week yang sangat busy bagi aku...

.kat post ni jugak aku nak listkan bende yang aku kena wat next week:

1)projek rim~hantar n siapkan presentation
2)projek comp 2..html, website
3)preparation as one of the pc for RAFESST that will coming soon
4)kerja lain aku yang penting..something yang ada kena mengena ngan tanggungjawab besar aku...
5)finalist all the things in "VOICE OF EXCELLENT"that will publish by EdIP, FSCC 2009/2010
6)usrah n stady circle~
7)nak abeskan baca buku tehah yang dah lame aku pinjam tu...hehe..maafkan aku fatehah..kerana keadaan ini berlaku~haha
8)tuto mats 6 n 7 n presentation~

wuawua..banyaknye kerje...hurm semoga ALLAH memberi aku kenikmatan masa yang lebih agar aku dapat melaksanakan tanggungjawab aku dengan sebaik2nya..amin..




Thursday, December 24

::interesting::~

~when building a team, i always search first for people who love to win. if i can't find any of those, i look for people who hate to lose~

~we are not put on this earth for ourselves, but are placed here for each other~

~feeling gratitude and not expressing it is like wrapping a present and not giving it~

~god promises a safe landing, but not a calm passage~

~time is a file that wears and makes no noise~

~when the sun rises, it rises for everyone~

~the power of steadiness and consistency~

~knowledge comes by learning~

~every great thing only consits of many small particles united~

~if you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow~






::perjuangan suci itu perlu diteruskan::

Telah Kupilih JalanMu
Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Tuesday, December 15

::bIArlaH ym BErbiCara::~


assalamualaikum...

tika dan saat ini aku sedang enak menikmati cuti midsemku yang masih bersisa di rumah teratakku di kuantan...aku sepatutnya mempunyai 10 hari cuti tetapi kerana tanggungjawab yang perlu diselesaikan, aku terpaksa mengorbankan 6 hari cutiku..huhuw..sedey gak tapi tak pe ah...kirenye aku ni untung gak dapat balek umah even sekejap sedangkan ade kawan2 aku yang tak balek especialy yang duduk kat sabah...

haa...korang pelik tak tajuk post aku kali niey???haha ini sebenarnya tajuk novel yang aku sedang baca kat umah nie...kirenye time leisure ah..padahal belambak aku punye kerje yang perlu diselesaikan..tapi kemalasan tahap kemelampauan teelebih dahulu telah mengisi ruang hidupku ini...huahua..

oklah..aku kat sini nak share bende2 yang aku wat kat umah time cuti yang tinggal 4 hari jep agi...hari jumaat niey aku dah nak balek..waaa....bosannye hidup..tak mao balek ah...

::nak bawak adik2 aku gi jalan2 kat giant ke or kat ECM ke...nak makan angin ngan dworang...bek tak kakak yang sorang niey..??padahal aku tengah pokai niey..haha::

::nak habiskan novel yang enon ngan adik aku kate best "BIARLAH YM BERBICARA"..lawak gak ctenye..aku dah baca cket...upenye charming tu adalah bos dia yang selalu dia gaduh kat pejabat tu...haha...tula kadang2 orang yang kita benci niey akan jadi orang yang paling kita suka suatu hari nanti::


::nak belajar masak satu lauk ngan mak aku...ngat nak masak ikan patin..waah sedapnye...aisy ade plak sorang mamat ni nak ajak aku bertanding lagi....taulah hari tu aku kalah seh...hurm takpe2...tengoklah suatu hari nanti...cewah~kalau dia baca post aku ni, abes daa..dahlah dia tu suka cari gaduh ngan aku maa...hai, bos ape daaa::

::layan cte...haa..malam tadi aku dah tengok cte KETIKA CINTA BERTASBIH..tak paham maa apa manusia2 indon ni cakap~naseb bek aku dah baca novel nye tapi yang kedua punye tak abes ah aku baca...buku tu aku beli n bagi hadiah kat enon sebab dapat 4flat tapi yang sedeynya buku tue hilang lepas aku bagi dia..aiseh..ntahlah sape yang ameknya...tapikan adik azzam yang namenya lia tu cun bangat dowh..waah macam minah celup...terpegun aku tengok si lia..haha..yang anna tu biasa jep aku tengok...aku nak tengok cte laskar pelangi, tapi tak de ah cte tue..::

::update my blog n baca blog2 orang len untuk tambah ilmu barangkali::

::prepare untuk usrah aku yang agak lama tertunggak kerana kesibukan yang melanda::

::aiyoyo..exam aku tak abes lagi maa...paper comp 2 n paper RIM..aritu dah lah aku tak pergi kelas RIM sebab terlajak tdo..huahua...haa..study2 even cket...especially comp 2 yang memeningkan kepala aku..ngat wan, ko kena dapatkan 3.5 and above for da sake of your future!!!yes..chaiyok2...kalau sempat aku kena hafal RIM-term2 yang pelik2 tue~n kena wat tuto 6 mats 4...n baca eksperimen untuk chem lab supaya tidak dibebel oleh Madam Sabrina nanti..::

::kemas umah maa, tolong mak aku, n lepak ngan kakak sedara aku::

::nak belajar jahit manik kat baju kurung aku::

::nak masukkan lagu2 best dalam MP4 terbaru kesayangan aku...yahoo::

::nak rest dengan tdo sepuas2puasnya, huhu::

::nak wat kerje2 RAFEST, follow up CMC punye programme::

::nak prepare untuk ke FASTRAIN, bli makanan ringan untuk bekalan keboringan time talk nanti::

haa.. banyak gle dowh...ntahla terbuat ke tak..insyaallah akan ku buat dengan berbekalkan semangat dan kecekalan diri yang jitu ini..wuahaha~

Monday, December 14

Pesanan Imam Syafie....Tunaikan 10 Hak !

Sesiapa ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:-

1. Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak malaikat maut, iaitu menqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
3. Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, mininggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5. Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
8. Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah, sabar terima bala, syukuri nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9. Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah.
10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membeci maksiat.

Friday, December 4

::love your mother::

~it was a sunday morning, and my dad just received a phone call from my sister. she was going into labour. so, naturally, we all rushed to the hospital to meet her there. a few hours laters, my sister gava birth to a beautiful baby girl, ma sha 'ALLAH. i feel like it was yesterday that she, herself, was a baby, my litle baby sister. but, as cinderella said, that was "once upon a time". now my baby sister is a mummy with a baby of her own. i love hearing my sister tell me stories about the activities of her son-to-be-born baby as she described the wonderful feeling of having another being growing inside her, kicking n moving around. sometimes she could even see the tiny fingers, or perhaps an elbow, poking her tummy from inside. from her beginning of her pregnancy, my sister's love for her unborn baby was so clear and obvious. she took care of what she ate or drank, took care of her movement, and became concerned with many others things she had never bothered it before.

no wonder Sophia Loren once said,
"A mother always has to think twice, once for herself, and once for her child".

it was so true for my sister, and i am sure for many other woman who have carried "the miracle of life" in their wombs. indeed, babies are such a miracle in life!! Allah has reminded us how we were created by Him in the wombs of our mothers...

(He created you from one being, then from that (being). He made its mate; and He hath provided for you of cattle eight kinds. He created you in the wombs of your mothers, creation after creation, in a threefold gloom. Such is Allah, your Lord. His is the Soveireignty. There is no God save Him. How then are ye turned away?)
-az-zumar 39:6 -
how lucky my sister is, now she had been raised by Allah to a very high position in life, she is now a mother, motherhood is a special status that ALLAH has bestowed upon selected women since the first creation of humankind untill today. it is something most women dream of achieving, but not everyone of us is given such an honor.this honorable position was confirmed by prophet Muhammad(peace be upon him), when he advised a companion to treat his mother well.

Mu'awiyah Ibn Jahimah(may Allah be pleased with him)reported that he once came to the Prophet and said "o messengger of Allah! i intend to go to jihad. i have come to you seeking you good counsel." He (the Prophet) asked him:"is your mother alive?" "yes"(Jahimah replied). the Prophet then said: "hold fast onto (serving) her as Paradise lies near her foot".
(An-nasa'i)
paradise!!ma sha 'Allah. imagine the status given by Allah to these special women called mothers.do we really understand the significant of this hadith? can we even begin to comprehend and appreciate the worth and high status of our mothers? can we grasp how a women's status is raised to the moment she bears a child? women who are mothers must all be very special beings to be given such a position by Allah. don't you think so?
do you remember what Yusuf Islam asked us in his song, My Mother?"who was the one who used to hold us, clean us and bathe us, feed us, and stay with us while holding us tight when we were sick? what about the one person who could hear us before we could talk? hold us before we could walk?and pick us up and clean the cut when we fell?

yes..there is no other than our mothers.our mothers...

no man can do this job...

our mother is where paradise lies, right? one ticket to Heaven , to our eternal abode, lies with our obedience and sense of duty to our mothers. they are one of the tickets bearers and hold one of our admission tickets to Paradise.so..do not let our chance go to waste...love your mothers and do the good deeds on hers...

-life is an open secret by zabrina a. bakar~

::i love my mother::
~fatimah mohamed~

Sunday, November 29

aku sayang dia...

dik ko tabahlah yup...kakcik sayang eji n sume lam rumah niey sayang eji jugak...nape eji sakit??

sebab ALLAH sayang eji, sebab tu ALLAH nak uji...yang penting eji sabar~


adik lelaki aku yang sulung, WAN MOHD AZIZI BIN WAN MOHD ADNAN...tingkatan satu yang bersekolah di sekolah menengah sains sultan haji ahmad shah, semsas di kuantan...dah seminggu dia diserang sakit kepala yang teramat..mak aku pun tak tergamak nak tengok dia yang sedang menahan sakit kepala....sekarang niey aku dan kakak aku dua2 balek umah sebab cuti hari raya haji...bwu jep dua hari lepas dia kuar hospital..tapi malam tadi dia sakit lagi...along aku pergi panggil abah aku yang tengah ade kat masjid depan umah niey gtaw azizi sakit lagi...time tu aku ada kat luar ngan makcik aku..aku pergi cari kasut untuk pergi ke kelas sebab kesut aku dah koyak gara2 smac aritu...bila enon(kakak aku yang kedua )call gtaw suh balek cepat sebab eji sakit...aku dah cuak dah..eji sakit balik...dia kena migrain yang teruk..kesian kat dye..kecik lagi..bwu form one...YA ALLAH...andai dia tak mampu nak menanggung kesakitan ini, kau pindahkanlah kesakitan itu kepadaku yang mungkin zahirnya lebih kuat dari adikku itu...sekarang badan dia dak kurus jep tapi tinggi dye nak sama ngan aku dah...dulu mase time dia kat sekolah rendah, dia berisi la jugak tapi seja nek sekolah menengah niey, dia dah macam tak terurus dah..sebenarnya aku tahu dia nak pindah sekolah...dia tak nak duk kat semsas tu..dia tak bley belajar kat situ...dye dapat 5A time UPSR lu tapi exam akhir tahun form one kat semsas tu, dia tak dapat satu A n B pun...haa..kan dah terbukti yang dia memang nak sangat2 pindah...mak aku bukan tak mao pindahkan dye...tapi prosedur untuk keluar dari sekolah berasrama penuh niey memang payah tahap cipan~pengetua dye memang tak bagi dia keluar..

aku taw semua niey sebab aku dah ada pengalaman yang sama..aku pun dulu sekolah asrama penuh gak n aku wat hal nak pindah time aku form 4 n akhirnya aku tak pindah pun sampailah aku tamat SPM di sana....tapi azizi niey kesian...mungkin dye terlalu kecil untuk mengenal erti hidup berdikari kat asrama dan dia lelaki...bebudak lelaki niey bukannya bek sangat..i mean dak2 len..adik aku niey sangat penakut orangnya~jadi, dia senang dibuli oleh senior2 yang tak bertauliah tueh....hampeh! berani korang buli adik aku...cis...


hurm sekarang dia dah nyenyak tdo setelah pulang dari hospital~doktor masukkan ubat tdo...aritu pun same gak, doktor bagi ubat tdo...aku tertanya2 sei, sampai bila doktor nak bagi ubat tdo niey?asal dye sakit tak tahan..takkan nak masukkan dadah lagi kat dye...abah dah seminggu cuti sebab azizi sakit...abah kata t nak bawak eji gi wat rawatan akupuntur kat temerloh...hurm ntahlah..aku tak taw la ape sebabnya migrain niey...banyak pikir ke?adik beradik aku yang len tak dek plak kena migrain..mungkin ALLAH pilih azizi...n sudah patinya ada hikmah di sebalik semua ini...


tapi aku takut sangat~mok nik( mak cik) aku kata, dulu kawan dye dua oreang meninggal sebab migrain n kawan aku, fatehah kata, rumate dye, syaridah sakit migrain gak tapi tak de lah sampai masuk hospital cam adik aku...mungkin sebab dye kecik lagi n daya tahan dye tak kuat cam orang besar~dan aku tahu setiap yang berlaku tu adalah ketentuan ALLAH dan kami sekeluarga harus menerimanya dengan hati yang terbuka....kalian yang membaca semoga dapat sama2 untuk turut mendoakan kesihatan ahli keluargaku~amin

Wednesday, November 25

pengalaman rasa yang amat bermakna dalam hidupku~

hurm first of all...assalamualaikum..dapat juga ku bersua dengan blog ku ini untuk meluahkan rasa hati yang sedikit sebanyak mengganggu hidupku...

alhamdullillah aku pada tika dan saat ini masih lagi berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang ALLAH yang maha esa lagi agung...syukur padamu..

actually right now, i'm in my class computer 2 n i feel so sleepy becoz of not enough sleep:) yeke tak cukup???haha..ke aku niey memang kena spend banyak masa untuk tido disebabkan keletihan yang menghantui tanpa henti...aku niey bawu balik dari satu pogram ilmiah yang aku tidak menjadi peserta tetapi menjadi committee catering untuk pertama kalinya dalam hidupku..waah cayalah wan...yup~satu pengalaman rasa yang amat bermakna dalam hidupku pastinya menuntut sejuta pengorbanan agar aku dapat rasai kepahitan hidup dalam perjuangan yang tidak berkesudahan selagi matlamatnya tidak tercapai...fulamak~mendalam sekali maksud yang tersirat..mungkin sesiapa yang membaca akan cuba membuat tafsiran sendiri..yup~silakan dengan keizinanku..dan apa yang pasti ALLAH itu maha mengetahui segala sesuatu dan ALLAH jualah yang memahami segala isi hatiku....~YA ALLAH damaikanlah hatiku dengan ketentuan yang telah KAU tetapkan untukku~

hurm..apa yang lawaknya time pogram tu, team catering kena masak makanan sendiri untuk kesemua peserta yang anggarannya 200 orang kot termasuk komitee yang lain..waah hebat tak.. dan yang memasaknya bolehlah dikatakan tak de pengalaman but they all (including me maybe) had tried their best in order to make delicious food...alhamdulillah..menjadi jugak bahkan ramai yang memuji cakap sedap~apa yang kami masak ea?? nasi ayam, asam pedas(ada orang kata macam tomyam)..aku pun nak tergelak gak..haha..tapi telan jep..alhamdulillah takde orang yang sakit perut...haa..lagi satu, mase time nak wat nasi ayam tu, aku dan beberapa orang lagi kena la buang bijik lada tuk wat sambal nasi ayam nye...fulamak lepas buang banyak gak bijik ladanye, tangan aku n kak nisah punye lah panas..sakit maaa....tapi berkat kesabaran petangnye dah elok dah..alhamdulillah.. hurm bila aku balik aku tanyala mak aku orang buang ke bijik lada tu sebab takut apendiks ke? mak aku kata kalo buang bijik tu bek tak yah letak lada sebab ti tak pedas la...hurm kakak aku pulak kata bijik tu tak menyebabkan apendiks pun..waduh dia siap ketawakan kau lagi..tawla ko amek medik n taw penyebeb2 apendiks..x yah r gelak..wusyhh geram aku..aku ni tak la pandai sangat masak tapi aku pandaila jugak..mak pernak ajar wat ikan pedas dan seumpama dengannya...dulu masa duk mengganngur lepas spm aku masak ape kat umah duk sorang2...haa..tape2 cuti 3 bulan yang bakal menyusul akan ku manfaatkan dengan soft skill memasak~

hurm..sekarang aku dah pernah jadi catering punye committtee, pc pun dah, pubpro lagilaa dah...hurm...aku nak mencuba bidang lain plak...ape lagi yup???

PM?
APM?
SPECIAL TASK?
PREP & TECH?
DNI?

huhuw..prep n tech insyaallah aku akan jadi mase time fast train t..tupun kalau ada rezekila...tapi yang PM N APM tu tak yah lah..aku pun tak nak..dengar pun cam dah seram dah...haa..yang DNI pun same, aku yang sengal niey tak layak la~~naseb bek sedar...hehe...
insyaallah aku nak kutip sebanyak mane pengalaman yang pahit mahupun manis untuk aku kenangkan di hari tua nanti~

hurm..tapi yang pasti aku seronok melibatkan diri dalam semua nie even ramai gak orang pelik tengok aku lebey2 lagi memember yang kaki stady atau kaki lepak...diowrang kata hidup aku tak de feel sebab sibuk jep memanjang..tapi aku tak kisah...diowrang yang tengok aku pun dah leteh, apatah lagi aku yang empunya badan niey..alaa alah bisa tegal biasa...stamina yang kuat...huhuw..semoga aku diberi kesihatan tubuh badan yang berpanjangan...amin~

bila aku buzy, bwulah aku belajar betapa pentingnya masa~aku tak kisah sangat kalo tak sempat study sangat especially time nak kuiz. sebab aku tahu ALLAH ade untuk membantu aku.. tapi..kalo time nak exam, aku stadi la beb, aku ada family yang perlu aku gembirakan mereka dengan kejayaanku...hurm sekarang pejam celik~pejam celik~aku dah nak grad dari cfs niey...dah tak lama dah...tinggal satu sem lagi...dan satu sem niey jugak yang bakal menentukan aku sama ada aku dapat kekalkan dean list atau tak...hurm wan chaiyok2...teruskan usaha...kalian doakan aku yup..semoga kejayaan jugak akan bersama kalian~amin

Sunday, November 15

hari2 yang kulalui...

assalamualaikum..akhirnya dapat jua kubersua kembali untuk mencoretkan kalam2 ku yang mahu aku luahkan untuk perkongsian bersama..

hari ini aku bakal bebas dari sejarah smac yang baru sahaja tamat majlis penutupnya..alhamdulillah..even banyak masalah yang berlaku, tenyata ianya tetap dapat kami tempuhi dengan segala kudrat yang ada dan juga dengan keizinan ALLAH yang maha kuasa..
congrats to all fscc members pj n nilai..all of you had put full effort in order to make this big event as successful one!! chaiyok2...teruskan berjuang...

satu pengalaman yang sangat menarik even ianya pedih untuk diingati....YA ALLAH, betapa sukarnya untuk aku mengawal disiplin students2 di sini supaya mereka tidak hanyut dari hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH...dan di sini juga aku belajar seribu satu perkara yang akan menjadi bekalan untuk aku harungi masa depan yang pastinya menjanjikan cubaan yang lagi dasyat barangkali...dan di sini juga kesabaran aku teruji sehinggakan aku rasa sesak seolah2 sudah tiada ruang udara untuk aku bernafas...hurm...dan tahap kesabaran aku perlu dipertingkatkan lagi untuk membuktikan kepada semua yang memandang lebih2 lagi mereka yang mahu mengadili aku dan mengambil kira siapakah aku di sini...sesungguhnya kesabaran itu separuh daripada iman..yup..frasa ini sudah lama kuakui dan sudah terang lagi bersuluh kebenarannya...dan persoalannya di sini..adakah orang yang tidak sabar itu dikira nipis imannya???hurm keimanan itu adalah satu subjek yang tersirat dan tiada sesiapa dapat mengungkainya tanpa izin yang maha esa lagi berkuasa..ASTAGHFIRULLAH...

dan sepanjang aku berada dalam organisasi dan musim smac ini..aku juga belajar akan erti kestressan yang nyata mampu mematangkan aku...sesungguhnya stress itu penting agar kita lebih mengetahui akan erti hidup...kadang2 aku tertanya2 kenapa aku stress??dan telah kutemui jawapannya..kerana aku adalah insan biasa yang disayangi oleh ALLAH..sebab tu ALLAH mahu mengujiku agar aku lebih banyak mengingatinya..kadang kestressan ini mampu membuatkan aku mengalirkan air mata dan tika dan saat ini aku sedar bahawa dunia tidak selalunya indah jika kita tahu erti hidup yang sebenar...kadang2 kita pelu menangis dis saat hati ingin ketawa...alhamdulillah..sungguh..aku adalah insan yang amat lemah dan tidak teratur urusan harianku...aku akui sepanjang kesibukan aku, aku selalu tidak dapat menunaikan solat di awal waktu....YA ALLAH ampunilah aku...
dan aku juga sangat susah untuk bangun awal...mungkin kondisi badanku yang memenatkan menjadikan aku sedemikian...dan ini juga membuktikan tarbiyyah ruhiyyah aku masih belum mencukupi n aku perlu memberinya makanan dengan lebih banyak...

dan yang paling penting..kat sini jugak aku merasai betapa susahnya untuk menegur rakan2 yang sejawatan merangkap orang2 besar n post mereka sememangnya lagi hebat dari aku...sesungguhnya aku amat geram dengan perasaan takutku ini namun apakan daya..mungkin hari demi hari aku akan buang ia sedikit demi sedikit agar hukum ALLAH yang sempurna itu terpelihara....sesungguhnya sesuatu pemerintahan itu tidak kira sama ada ianya kecil atau besar atau tidak kira walau di mana sahaja tidak akan tertegak selagi hukum ALLAH tidak diperjuangkan oleh mereka2 yang bergelar khalifah sepertiku dan aku sedar aku adalah salah seorang khalifah yang mempunyai tanggungjawab yang amat besar sekali....namun..ketahuilah kamu semua bahawa aku tidak mampu andai kata hanya ada aku seorang sahaja di jalan ini..aku perlukan mereka2 yang menyokong aku dan sama2 bergerak seiring dengan langkahku dan andai kata aku tersungkur dek kesilapan yang kadang2 tidak kusedari..tegurlah aku..aku seorang yang mudah menerima teguran andai kata ianya dilafazkan dengan tutur kata yang baik...alhamdulillah teguran itu membuktikan masih ada yang menyayangiku...terima kasih..

akhir kata..anggaplah ini sebahagian dari kisah hidupku yang amat bermakna kerana pengalaman itu adalah pengajaran yang terbaik buatku...dan semoga aku tidak lagi mengulangi kesilapan2 lalu kerana aku adalah insan yang belajar akan sejarah dan berazam untuk mengaplikasikan yang terbaik dan menjernihkan yang keruh...

Saturday, November 7

~jangan berdukacita kerana sesungguhnya dunia terlalu hina untuk membuat anda bersedih hati!!

Ibnu al-Mubarak seorang alim yang sangat masyur itu berkata : puisi Adi bin Zaidlebih aku sukai dari istana Amir Tahir bin AL-Husain jika istana itu milikku..

puisi yang bagus dan mempersona itu berbunyi seperti berikut :
~wahai orang2 yang mencela dan menghina orang lain, adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan? atau engkau punya janji kuat dari hari2? engkau adalah orang yang bodoh dan tertipu..~

maksudnya: wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah engkau terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti mereka? ataukah hari2 sudah memberi jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaan? lalu, mengapa anda selalu mencela?


jika anda dikutuk atau dicela tidak kira oleh sesiapa pun, sudah tentu hati kita resah gelisah...tetapi ingatlah kita ada senjata untuk melawannya..iaitu doa~jadi selalulah amalkan doa2 yang mustajab~



dalam satu hadis sahih ada disebutkan
"sekiranya dunia ini disisi ALLAH sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya ALLAH tidak memberi minum seorang kafir walaupun seteguk air".

menurut ALLAH, dunia lebih tidak berharga dari sayap sekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya disisi ALLAH. lalu mengapa harus takut dan resah kerananya???

kebahagiaan adalah apabila kita berasa aman dengan diri, masa depan, keluarga dan hidup anda sendiri. dan semua ini terhimpun dalam KEIMANAN, REDHA KEPADA KETENTUANNYA DAN QANA'AH...

sama2 lah kita mencari kebahagiaan itu...semoga kita dapat bertemu dengannya dan jika aku dapat temuinya akan aku pertahankan dengan izin ALLAH~kerana dariNYAlah aku datang dan kepadaNYAlah jua aku akan kembali~

"YA ALLAH, PELIHARALAH DIRIKU INI DAN KELUARGAKU SERTA SELURUH UMMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI YA ALLAH...PELIHARALAH HIDAYAH DAN NIKMAT IMAN SERTA ISLAM YANG SANGAT BESAR INI YANG TELAH KAU ANUGERAHKAN KEPADA KAMI~

Friday, October 30

smac dan rafest yang menyerabutkan otak....

waduh..kepala gue udah pening dong!!!penat agi...haha...sabar jela...tapi sampai ble yup aku bley bertahan?? insyaallah aku akan terus bertahan selagi denyut nadi ini masih bersamaku...kerana aku tahu ALLAH tidak akan meninggalkan aku keseorangan tanpa bimbingan sesiapa...aku perlu rasa bertuah kerana aku punya segala-galanya yang sesetengah orang tidak memilikinya...alhamdulillah..

aku ada family yang amat menyayangiku..aku ada kawan-kawanku yang amat memahami kesibukan diri yang entah bile akan berakhir...haha.. bunyi cam orang korporat yang berkerjaya jep....hurm lebey kurang r..aku tiap2 malam ada meeting...kalo tak de meeting tu rasa cam pelik jep~hurm..tapi aku dah biasa untuk melawan kepenatan yang melanda...tapi aku sian kat rumate aku yang sentiasa kena tinggal sorang2 kat bilik sebab aku sentiasa tak melekat dalam bilik...ade2 jep keje aku kat luar...kalu aku ada kat bilik pun, aku akan tdo sebab efect dari keje2 yang menyebabkan aku penat..hai apela nasib..timah aku mintak maaf yup sebab tak dapat nak borak selalu cam dulu2...tapi walau apapun yang terjadi, aku tetap sayang ko macam adik aku..aku kan ada aura cam seorang kakak yang baik..hee.. sebab adik kandung aku pun ramai...haaa..betol tak??haha

hurm..SMAC N RAFEST yang bakal tiba sememangnya akan menyesakkan lagi kepala otak aku dengan macam2 hal yang kena diuruskan....untuk smac ni aku kena pegang post head publicity n promotion.. n untuk rafest plak, aku kena pegang post pc..haha.. sebab aku dah bosan ngan pubpro so aku yang mintak dworang tak letakkan aku kat citu...naseb bek dworang paham maaa~bosan tau tak...haha...tapi kalo teringat pubpro taaruf aku akan tersenyum sendirian, sebab banyak kenangan manis dan pahit tercoret untuk aku kenang sampai bile2...pubpro2! all of you still in my memory...huhu...n untuk smac pulak sekarang niey aku merasakan ketensionan yang nyata..maybe sebab ianya belum berakhir dan klimaksnya semakin menghampiri..biasala bile something tu daa hilang, bwulah insan yang bernama manusia niey akan merasa kehilangannya~jadi tak mustahil akan datang aku akan merindui kenangan smac ini dalam idupku...even ia menyerabutkan kepala otak aku...haha..

RAUDHAH FESTIVAL~RAFEST: PC??

waah besarnya post..ni yang wat aku cuak niey!waduh2..but aku still kena hadapinya dengan berbekalkan semangat dan kecekalan yang ALLAH berikan kepadaku....aku pernah jadi pc mase time lead train dak2 second year.. cam nak pengsan jep aku jadi...tula aku niey insan yang sangat lemah sebenarnya...MEMANG SANGAT LEMAH~ aku kenal akan diri aku...tapi....hurm entahlah..aku dah tak tau nak luahkan atau nak terjemahkan dalam bentuk dan kalimah ape...hanya aku yang merasainya sahaja akan mengerti...

haa..ni belum masuk BAKTISISWA punye program lagi niey...mampusla aku t...dengan aku punye biro EdIP agi...ngan aku punye komitmen len agi, ngan aku punye study circle n usrah yang banyak n ngan aku punye keinginan untuk melepak cam kawan2 aku yan lain agi...maaa.. banyaknye bende!!

banyaknye tanggungjawab aku!..benarlah kata imam hassan al-banna yang kewajipan yang kita ada sebenarnya lagi banyak dari masa 24 jam yang kita ada...jadi kat sinilah aku kena belajar untuk bahagikan masa agar semua tanggungjawab yang ALLAH amanahkan tak terabai~tapi mampukah aku~ yup ALLAH tak akan membenani seseorang itu tanpa kemampuan yang mereka miliki...jadi sebenarnya aku mampu cuma keyakinan dan kebijaksanaan untuk menafsir keadaan sekeliling masih kabur disebabkan ilmu pengetahuan yang sangat cetek~

harapanku semoga sem ini dapat kutempuhi dengan kesabaran+keyakinan+kejayaan+kegembiraan+kelapangan dada+kepuasan hati yang nyata~

dan ini juga harapanku-kat main kampus t aku nak berehat dari kerje2 niey semua buat sementara..yup- aku nekad dengan keputusanku!!semoga kalian semua merelakannya..haha



Thursday, October 29

words and actions should be the same...

there once was a boy who loved eating sweets. he always asked for sweet from his father.his father was a poor man. he could not always afford sweets for his son.but the little boy did not undertstand this, and demanded sweets all the time.

the boy's father thought hard about how to stop the child asking for so many sweets. the was a very holy man living nearby at the time. the boy's father had an idea. he decided to take the boy to the great man who might be able to persuade the son to stop asking for sweets all the time.

the boy and his father went along to the great man. the father said to him "o great saint, could you ask my son to stop asking for sweets which i cannot afford?" the great man was in difficulty, because he also like sweets very much. how could he ask the boy to give up asking for sweets? the holy man told the father to bring his son back after one month.

during that month, the holy man gave up eating sweets and when the boy and his father returnes after one month, the holy man said to the boy, "my dear child, will you stop asking for sweets which your father cannot afford to give you?"

from them on, the boy stopped asking for sweets.

the boy's father asked the saint, " why did you not ask my son to give up asking for sweets when we came to you a month ago?" the saint replied "how could i ask a boy to give up sweets when i loved sweet myself? in the last month i gave up eating sweets."

a person's example is much powerful than just his words. when we ask someone to do something, we must do it ourselves also. we should not ask others to do what we do not do.

ALWAYS MAKE SURE THAT YOUR ACTIONS AND YOUR WORDS ARE THE SAME!!!

" o' you who believe ! why say you that which you do not? grievously odious is it in the sight of ALLAH that you say that which yo do not."

wahai orang2 yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? itu sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yamg tidak kamu kerjakan.

Tuesday, October 27

kepenatan yang nyata...!!

hurm... inilah post first yang menjadi coretanku di kampus cfs iium yang tercinta ini...sem baru sudah bermula..bermakna perjalanan yang memerlukan seribu satu pengorbanan seikhlas hati menuntut aku untuk merelakan diri untuk menjadi orang yang buzy......maaaa....x sanggup...aku penat sangat2...bila pikir pasal bende2 niey pun dah penat, apatah lagi menghadapinya...haaa..but what can i do!..nothing! i'm just can hope that i can face all the challenge with full patience! tapi persoalnnya di sini, cukupkah kesabaran yang aku ada?? ada sesiapa yang mengenali diri ini mahu menjawab??

aku bukanlah insan yang kuat..aku lemah sebenarnya..sangat2 lemah..mungkin ini adalah sebahagian dari dugaan yang ALLAH berikan untuk menguji aku...ALHAMDULILLAH..ternyata sudah ALLAH masih menyayangiku sebagai hambanya yang hina ini...

haa...korang taw tak apa yang aku sedeykan sangat2??? aku sangat sedey sebab tak dapat nak pertahankan prinsip hidup aku yang selama ini aku pegang..."KALAU TAK DAPAT NAK BERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA ORANG LAIN, SETIDAK-TIDAKNYA AKU TAKNAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN"..

tapi aku sekarang dah banyak sangat susahkan orang2 yang hadir dalam hidup aku...YA ALLAH..baiknya hati dan jiwa raga kalian kerana sanggup membantuku....yup, aku kena kuat! wan! chaiyok2! gambate kundasai! milikilah semangat ikeuchi aya san yang kuat dan tabah itu!...
ikeuchi aya san? sape tue? seorang watak budak perempuan yang memiliki semangat ketabahan yang luar biasa...

yup! aku sedar bahawa semua dugaan ini adalah untuk mematangkan aku yang sememangnya ntah ape2 niey! hurm....aku perlu belajar banyak lagi perkara untuk menjadi insan hebat dalam pandangan orang lain tetapi orang yang paling rendah dalam pandangan diri sendiri...INSYAALLAH!

haa.... aku nak cte ceket kat cfs iium ni aku jadi one of the member of FSCC, foundation student coordination coucil..kira cam mpp laa..my post is head of EdIP, education, information n publication... tapi aku ni x layak langsung...ntahlah camne bley dapat jadi...madam umai salah pilih orang kot! n aku, apehal pulak aku pegi interview plak? hurm ramai yang memaksa sebenarnya dan aku niey jenis orang yang hatinya susah nak tolak permintaan orang, jadi dengan hati yang tidak rela, aku korbankan seluruh jiwa raga aku untuk fscc ni..aku cuba yang terbaik even kakak aku, si enon tu tak abes kutuk pointer aku n suh aku letak jawatan..dye kata ko ni bek blajar je dulu tak payah nak sibukkan diri ngan bende2 tueh! ah biarlah enon, nasi sudah menjadi bubur n life must go on! aku dah tak nak pandang ke belakang walaupun sesekali terpandang jugak! haha... ALLAH takkan uji aku dengan bende yang aku tak mampu...yup! wan! tikah! teruskan perjuangan di bumi yang nyata ini.. biarlah jiwamu terguris, biarlah jasadmu terseksa, asalkan ko dapat memberi kebahagian kepada orang lain...

baru2 niey result sem lepas dah kuar n aku kecuakan aku sudah melebihi tahap cipan yang terapung kat air yang cantik~:)
aku stat jadi mpp nie sem lepas lah..jadi sem lepas menyaksikan aku bukanlah seorang ulat buku yang kuat walaupun sebelum2 niey agak sama jep (bukan ulat buku pun), aku punye tuto sume tiru orang, aku tiru timah (sitti fatimah binti jusoh) my beloved roomate, thanks timah! aku x sempatlah nak wat sendiri sebab aku tak pandai nak uruskan masa dengan baik! haa inilah padahnya, pointer aku pun teruk.. sedeynya.. aku rase aku akan dapat wat yang terbaik lagi n maybe aku akn dapat the highest pointer... my roomate tinggi gle pointer! jelesnya! no wonder la coz she is studying n keep studying untill the eleven hour! congrats timah! yang sedeynya, pointer aku niey kire oklah jugak sebab alhamdulillah aku berjaya membuktikan pd mereka untuk mendapat dean list! tapi abah aku stil kata pointer aku rendah...abah, mintak maaf, t tikah usaha lagi... aku kena struggle lagila untuk sem akhir yang masih berbaki ini... aku sangat mengharapkan biasiswa JPA macam enon dapat..fuyoo, kaya la t...actually aku pun cam tak caye jugak ngan pointer yang aku dapat niey, sebab sem ni aku tak study pun, aku sibuk ngan mpp niey...sampaikan midsem punye marks pun aku tak dapat nak score! mak aku pun dah risau ngan result! tapi tulah, aku sangat2 bersyukur ngan ape yang ALLAH bagi...tanpa DIA, tak mungkin aku berjaya....terima kasih ya ALLAH!

sekarang niey aku tengah sibuk ngan smac, sports n martial arts carnival...aku jadi head pubpro!
asyik2 pubpro jep! wusyh bosan tau tak!ni sume kes taaruf punye hal!..hurm biarlaa~ aku hanya mampu redha jep...yang aku geramnye...smac pun tak stat pun lagi tapi kiteorang dah nak kena stat wat meeting rafest! maaaak.....tolong tikah mak!...nak cuti agi.. nak duk umah! aku nak lari dari segala bende yang menyerabutkan kepala otak aku yang dah sedia serabut dengan segala bende nieyh! haha... itu aku bley jep wat kalo aku nak, tapi aku bukanlah orang yang tak bertanggungjawab camtu...bile aku diberi tanggungjawab, insyaallah aku akan cuba wat yang terbaik..itula harapan aku yaang menggunung tinggi! kamu sume doakanlah aku agar terus tabah berjuang demi memartabatkan maruah agama, bangsa dan negara, fulamak! haha...

aku rase cukuplah dulu sampai disini....sebelum tu thanks to all my fwenz, tehah, munirah, harris,razani, shahril, irma,zati, aminmarwan, tikah, adib n sape 2 lagi yang menyokong aku n memberi aku kata2 semangat yang tidak putus2....thanks! sayang korang sume....

Thursday, October 22

adakah esok milikku??

"arghh..."getus hatiku lagi. sudah berkali-kali aku mencuba untuk memetik piano kesayanganku tetapi lagu itu tetap sumbang. mengapa?

di manakah silapnya?

fikiranku menerawang memikirkan peristiwa yang berlaku di sekolah tengah hari tadi.
"ha..yang sedang termenung dan melopong di tepi tingkap tu!" sergah cikgu Badrul. " jawab soalan saya cepat!"

aku bangun dengan tergopoh-gapah lalu meminta Cikgu Badrul mengulangi soalannya tadi. Kartini menyiku sambil berbisik " psssssstttt,buat ayat dengan imbuhan meN"

"Errrr...Cikgu Badrul menyergah saya dengan muka yang menyinga", jawabku selamba.gelak ketawa meledak kuat daripada pelajar2 kelas tingkatan 4 Alfa.Cikgu Badrul tersenyum sendiri.kelas yang suram tadi mula ceria bak bunga layu disirami air hujan.

"Hai cik mek molek, termenung ingatkan aku tadi?" sindir Bahar. aku tersentak dengan sindiran tajam daripada budak nakal itu. sahabatnya, Bidin, tersengih-sengih mempamerkan gigi kapaknya yang macam gigi arnab itu. ingin sahaja aku mengantung budak gemuk itu di kipas biar terayun-ayun bagai nangka masak.

waktu rehat, aku terus menuju ke kerusi bawah pohon jati di hujung padang. dedaun yang menghijau amat menyegarkan pandanganku lagi. Kartini, sahabat baikku mencuba untuk bertanya tentang masalahku. tetapi mulutku terasa berat untuk membicarakannya. aku bingung, lantas meninggalkan dia dengan seribu satu persoalan yang belum terjawab. aku berasa serba salah berbuat demikian. tetapi apakan daya.sekiranya aku menceritakannya, sudah pasti dia tidak dapat menolong.

lamunanku terhenti apabila terdengar suara ibuku nyaring memanggilku. kakiku melangkah berat menuju ke dapur.

"bagaimana persiapan untuk pertandingan itu Mar?" soal ibu.

"belum tahu", ujarku ringkas.

aku berlalu dari situ menuju ke ruang tamu kerana malas mendengar persoalan ibu yang kuanggap semakin membebankan.

"mengapakah anakku ini?" Puan Katijah berasa risau melihat keadaan anak tunggalnya yang murung sejak semalam. sejak lahir dia dibelai dengan kasih sayang dan diulit kemewahan. segala kemahuannya sentiasa dipenuhi. walaupun Mar dimanjakan , namun dia tidak pernah bersikap materialistik.

ke manakah sikap periangnya menghilang? seorang ibu termenung seketika memikirkan perihal anaknya itu.

selepas menyiapkan kerja sekolah yang diberikan Cikgu Badrul, aku duduk termenung di balkoni sambil memerhatikan keindahan ciptaan ALLAH. bulan mengambang dan bintang2 bertaburan memenuhi cakerawala yang berkerdipan memancarkan cahayanya. tika itu, kedengaran lagu kegemaranku "tika dan saat ini" nyanyian kumpulan Medicine berkumandang di corong radio saluran "era rentak muzik terkini". alunan muzik yang shahdu itu sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan dan kerisauanku.

sedang memerhati keadaan bilikku yang tenang, tidak semena-mena tercetuslah ilham dari mindaku terhadap rentak dan irama untuk lagu yang bakal aku pertandingkan dalam Pertandingan Wirama Seni Remaja EON yang bakal tiba pada minggu hadapan.

sudah behari-hari aku memikirkannya, baru kini timbul irama dan rentak yang sesuai. lantas, akupun mencapai pensel dan buku lalu mengarang not-not yang bakal menentukan segalanya.

detik demi detik yang berlalu tidak aku sedari. ketika orang lain enak berselimut dan memeluk bantal, aku masih bersengkang mata. semasa jam hampir menunjukkan jam 2 pagi, barulah kudapat menyiapkan keseluruhan lagu yang kukarang. lagu itu kuberi judul "Setiap Kali Kupejamkan Mata " sempena kegelisahanku yang melanda sebelum ini. selesai mengemas meja tulisku, aku terus menghempaskan badanku di atas katil. pandanganku semakin kabur, mataku terpejam, dan akhirnya diriku lena diulit mimpi indah.

"kringgggg...." jam loceng di kepala katil menjerit lalu membangunkanku. keadaan pagi yang sejuk serta tilam empuk membuatkanku terasa ingin menarik selimutku kembali. tetapi, apabila teringat hasil karanganku malam tadi, aku bingkas bangun dengan penuh semangat menuju ke bilik air. selesai bersiap, aku turun ke bawah lalu menjamah nasi goreng yang dihidangkan oleh mak temah. aku pun menuju ke piano kesayanganku dan mencuba untuk memainkan lagu yang siap kukarang malam tadi..

" haaa..macam inilah!" aku melonjak kegembiraan dan tersenyum kepuasan.

Puan Katijah dan Encik Hisham yang sedang asyik menonton televisyen terkejut dengan perubahan anak mereka yang murung tidak tentu pasal, tiba2 melonjak kesukaan. ingin juga mereka bertanyakan hal itu, tetapi setelah melihat gelagat Mar, mereka dapat mengagak perkara yang difikirkan anak mereka itu.

aku berlatih untuk memantapkan jari-jemariku memetik piano agar tiada cacat celanya. aku menghayati lagu itu dengan sepenuh hati. aku mesti menang. semangatku berkobar-kobar untuk menghadapi pesaing2 hebat agar aku tidak pulang dengan tangan kosong.

hari demi hari berlalu.hari yang kudebarkan selama ini tiba jua akhirnya. aku berasa gementar sekali. peluh dingin mula memercik membasahi dahiku. melihat riak wajah peserta2 lain, aku dapat mengagak mereka cukup bersedia dan yakin untuk mempersembahkan persembahan kerana ada di antara mereka yang pernah menjadi juara pada tahun lalu. mujurlah Kartini ada di sebelahku memberikan kata2 semangat.

" aku yakin bahawa kau boleh Mar",kata2 Kartini membuatkan aku lebih menghargai erti persahabatan yang telah kami bina sejak tiga tahun yang lalu.

debaran semakin memuncak apabila kedengaran namaku dipanggil oleh pengacara menerusi corong pembesar suara yang dipasang di sekeliling auditorium RTM.

dengan berbekalkan doa dan peransang kedua2 orang tuaku, perasaan darah gemuruhku hilang sebaik sahaja aku memijak anak tangga pertama naik ke pentas. aku membetulkan dudukku di kerusi piano untuk menyesuaikannya denganku.. not demi not, baris demi baris aku mainkan, akhirnya selesailah persembahanku.

tepukan gemuruh penonton di audirorium membuatkan aku bertambah yakin untuk menang, sekurang2nya mendapat tempat sagu hati. aku amat bersyukur kerana dapat membuat persembahan dengan baik sekali.

hampir tiga jam, tamatlah semua peserta membuat persembahan masing2.semua peserta hebat2 belaka, terutamanya dari Wilayah Persekutuan, Pahang dan Kedah. ssebagai anak jati Johor, aku akan berasa bersalah jika gagal mendapat tempat. pihak juri mengira2 markah.
ibuku sentiasa berada di sisiku memberikanku keyakinan. tetapi, sebagai insan yang lemah, aku mengakui kelemahanku. aku hanya mampu berdoa.malah aku redha dengan keputusan yang bakal diumumkan nanti.

majlis itu sampai ke kemuncaknya apabila penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta.
kami ternanti-nanti keputusan yang sudah diserahkan kepada tangan pengacara yang bertugas.

pemenang tempat ketiga sudah pun diumumkan. tinggal tempat kedua dan pertama belum ada pemenangnya. keadaan di auditorium bertambah riuh bagai tebuan mengelilingi madu kerana tidak sabar untuk mendengar pengumuman selanjutnya.

"tempat kedua dimenangi oleh peserta dari negeri Perlis", juruacara mengumumkannya. peserta itu melangkah dengan bangga naik ke pentas. hatiku pula bagaikan berkecai setelah pengumuman tersebut kerana aku yakin bahawa aku tiada harapan untuk menang. aku berasa ingin menangis, tetapi kutahan sahaja kerana malu untuk berhadapan dengan kedua2 orang tuaku serta Kartini.

"kini tibalah masanya diumumkan johan Pertandingan Wirama Seni Remaja EON 1999 dalam kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh...."

paluan kompang dan gong sebanyak tiga kali itu membuatkanku ingin menekapkan telingaku kerana terlalu hampa...." Marlina Hisyam dari negeri Johor". serentak tepukan gemuruh orang ramai menggamatkan suasana. ibu lantas mengucup dahiku sambil menitiskan air mata tanda syukur. ayah pula tersenyum bangga. Kartini merapatiku dan terus memeluk tubuhku dengan erat sambil membisikkan kalimah tahniah.

bagaikan terkejut daripada lena, aku seperti bagaikan tidak percaya dengan kata2 yang aku dengar. aku menuju ke pentas dengan perasaan yang bercampur-baur. namun, aku tetap berasa bangga untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh komposer idolaku, Adnan Abu Hassan. hadiah yang kuterima berupa sebuah piala, wang tunai serta tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang muzik yang ditanggung oleh syarikat EON. itulah yang aku impikan selama ini. segala susah payah yang aku harungi telah pun membuahkan hasil. ramai pula wartawan datang menemuramahku.

pada keesokan harinya, terpampang di dada akhbar " Marlina Hisyam Remaja Berbakat". aku tersenyum puas. ibubapaku gembira atas kejayaanku. walaupun minatku lebih cenderung kepada muzik, namun pelajaranku tidak ku abaikan.

setelah menjamah sarapan, ayah menghantarku ke sekolah. tiba di perkarangan sekolah, beberapa pasang mata tertumpu ke arahku. rakan2ku pula menyerbu ke arahku untuk mengucapkan tahniah. aku sekadar tersenyum tanda terima kasih.

"tahniah Mar", kedengaran suara yang tidak asing bagiku, Cikgu Badrul!!! aku menoleh pantas.

"terima kasih cikgu", aku menjawab ringkas.

aku memohon masuk ke kelas. termaktublah kata2 dalam sanubariku. HARI INI ADALAH MILIKKU. namun, esok masihkah lagi setia untuk menjadi milikku? persoalan ini sentiasa berlegar2 di kotak fikiranku. biarlah masa sahaja yang menentukannya..

ADAM pimpinlah AKU...


ADAM..
maafkan jika coretan ini memanaskan hatimu..
sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa di syurga dulu..
aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..
jadi, tidak hairanlah perjalan hidupku sentiasa ingikan bimbingan darimu..
sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM..
maha suci ALLAH yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari akhir zaman...
itulah ketelitian ALLAH dalam urusanNYA...
jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia dengan darah..
dan kacau bilaulah suasana..
adam sama adm bermusuhan kerana hawa..
buktinya peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu cicitnya..
jika begitu, maka tidak selaraslah undang2 ALLAH yang mengharuskan adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu tertentu...

ADAM..
bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku..
atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku..
tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu..
sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu..
namun, terasa berat pula untuk menyatakan isi hati..

ADAM...
aku tahu Al-Quran ada menyatakan bahawa kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita..
kau diberi amanah untuk mendidikku..
kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku..
memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam redha ALLAH...
tetapi aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu..
menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan..
ALLAH perintahkanku agar tinggal dirumah..
bukan berjalan-jalan di pasar atau dibandar sewenang-wenangnya..
jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup mengikut syariat..
tetapi ramai kaumku yang tidak menepatinya..
semoga aku tidak tergolong dalam golongan itu...


~nyanyian tanjung sepi~


hidup ini penuh kecerian dan warna-warna indah. kita tidak pernah mahu tahu apa itu kedukaan lantaran masa untuk kegembiraan mewarisi sebahagian besar perjalanan hidup kita tika ini. kau bersama kenakalan dan kelincahanmu dan aku bersama kegilaan dan kedegilanku. kita tahu wujud tika suka dan duka hanya saat tika saat kita dihukum kerana kedegilan dan kenakalan yang sama2 kita pertontonkan.selebihnya hanya hamparan bunga-bungaan indah yang mewangikan perjalanan hidup kita. namun kita tidak pernah menduga bahawa harinya akan tiba bilamana kita terpisah oleh pegangan prinsip dan kehadiran perasaan yang megocak ketenangan hidup kita bersama. untaian kristal yang pernah kita karang bersama putus berserakan entah di mana.engkau terus bersama pegangan hidup yang kian goyah sementara aku masih setia di sini bertemankan janji dan prinsip yang dipermainkan.. lalu..kita kian terpisah oleh batasan waktu yang tidak berjalan seiring...

~madah yang indah ini tidak ditujukan kepada sesiapapun..hanya aku yang tahu rahsianya dan biarlah ianya menjadi rahsia buat selama2nya kerana DIA lebih mengerti dan maha mengetahui segala sesuatu~ ~aku tahu segala yang berlaku ada hikmah yang terlindung dan aku perlu berusaha demi mencari hikmah yang tersembunyi itu~


Wednesday, October 21

10 nasihat untuk orang bercinta~



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

~tersemat utuh di jiwa kalbu~

~abah~wan mohd adnan bin wan ibrahim...51 tahun~general manager of operation kat LKIM,kl
~mak~fatimah binti mohamed..50 tahun~guru di sekolah kebangsaan sungai isap, kntan
~along~wan nur asiah binti wan mohd adnan~23 tahun~universiti sains malaysia ,penang
~enon~wan nur ainun binti wan mohd adnan~22 tahun~universiti malaya ,kl
~aku~ wan nur atikah binti wan mohd adnan~19 tahun~cfs iium, pj
~kaknik~wan nur atirah binti wan mohd adnan~14 tahun~smk sultanah hajah kalsom
~azizi~wan mohd azizi bin wan mohd adnan~13 tahun~sekolah menengah sains sultan haji ahmad shah (semsas)
~ariff~ wan mohd ariff bin wan mohd adnan~11 tahun~sekolah rendah islam al-irsyad,kuantan
~amir~wan mohd amir bin wan mohd adnan~10 tahun~sekolah rendah islam al-irsyad,kuantan
~amin~wan mohd amin bin wan mohd adnan~ 10 tahun~sekolah rendah islam al-irsyad,kuantan

Monday, October 19

keluargaku~syurgaku...

ku ingin memulakan warkahku ini dengan memohon maaf kepada mak dan abah kerana untuk jangka waktu yang terdekat niey, tikah tak dapat nak coret tentang mak n abah yang amat 100x ku sayang kerana gambar terbaru mereka tidak ada lagi dalam simpanan zahir..tapi tetap tersemat utuh dalam sabubari jiwa kalbu..

alhamdulillah, aku mempunyai sebuah keluarga yang cukup2 bahagia... dan akan kusayangi mereka2 yang mempunyai pertalian darah denganku serta adik-beradikkku yang mengalir dalam tubuh kami adalah dari darah yang sama...


















inilah kakakku yang sulung...namanya asiah..umurnya tahun ini 23..sekarang tengah wat master dalam bidang akuatik entomologi kat usm, universiti sains malaysia kat penang..
hurm.. aku tidaklah serapat mana ngan asiah.. maybe sebab jarak umur kot~4 tahun~ tapi takdelah jauh sangat...asiah niey sangat ramah orangnya..dan dye mudah mencari kawan~huu~dulu aku selalu gaduh ngan dye..even mase time sekolah menengah pun selalu jep gaduh.. haha.. bila teringat balek cam klakar la plak cara kami gaduh..hurm biarlaaa~bende dah lepas...ia menjadi rahsia antara aku dan dia~cewah..tapi itu dulu~sekarang aku dah tak gaduh ngan asiah...kami dah kamceng~mesti kamu semua tertanya2 kenapa aku tak panggil asiah ni along kan?? sebabnya aku lame membesar ngan dua orang kakakku before aku dapat 5 orang adik yang menceriakan suasana...mak aku ingatkan aku dah bongsu..tup2 dapat pulak adik yang ramai~jadi aku, asiah dan ainun pun jadilah kakak2 yang berwibawa...kami bertiga kamceng cam kawan seusia jep walaupun hakikatnya tidak begituu(seusia) ~kadang2 time aku nak mintak tolong dye or naak suh dye belanje something, aku pangilla dye along..poyo tak aku!~haaa~sekarang asiah belajar sambil kerje...jadi setiap bulan dwit masuk..tapi dye still mintak agi ngan abah~alaa.. asiah memang boros pun~same jep cam ake cket2...haha..
tapi yang penting bile aku mintak topup, dye selalu bagi...dye kesiankan aku yang miskin niey~
huu~hurm x lama lagi asiah dah nak kawen kot.. dye penah cakap kat mak yang dye nak kawen umur 24..haaaa..jadi taun depanla tue~..kalao dye kawen, maknenye aku akn dapat abang iparlaa...tapi tak same kot cam abang sendiri~ takpela...even kadang2 terasa cam nak ada abang sendiri..huu~neway..asiah..gudluck in your life...aku doakan yang terbaik untuk ko~semoga tabah yup untuk teruskan kehidupan ini...oh ya...gambar dye ni time raye kat umah nenek kat kelantan n budak yang dye dukung tue adik sepupu kami, akif, anak pak muda aku...huu~haa lagi satu niey gambar dye graduate bwu2 niey...

skunk ni aku nak cte plak tentang kakakku yang kedua pulak...namanya ainun..tapi aku panggil dye enon jep...dialah yang belajar dekat ngan aku kat pj niey..dia amek medik.sekarang dah tahun 4.. tahun 2011 t bakal menyaksikan dia berjaya menjadi seorang doktor graduate dari um...n dia nak amek specialist dalam bidang sakit puan sebab dia benci kat orang lelaki yang amek bidang tu...haha..dalam gambar niey dye n rumate dye, kak nana..cuba teka enon yang mane?huu~
yang lawaknya.. ramai gak kawan aku yang dah cop dia untuk sambut anak t..wuahaha..
enon niey seorang yang otai giler..aku ada kenal sorang kakak DQ yang otai gak, kak had... huu~
kakhad ni slumber gak.. lebey kurang cam enon tapi enon otai agilaaa~...even dye amek medik, tapi dye taklah nerd seperti yang ramai orang kebanyakan anggap kat bebudak medik niey....aku penah kuar gi mid ngan kawan2 aku n jumpe dia n kawan2 dia yang sumenye memang agak selamba...kawan aku ciap x percaya agi yang dworang niey budak medik ke...x de gaya langsung...haha..haaa ape yang beznye aku nak cte...enon mase taun tiga dye duk kat hospital klang posting kat situ setaun..aku pernah gi tempat dye n dia ajak aku masuk hospital time malam2.. aku pun ape agi..seronok gak nak menyamar jadik dak medik yang bertauliah niey...haha..aku pakai baju doktor enon la sebab dye ada dua helai.. aku bedal jep baju tu even kami tak sama ketinggian..dia rendah seket pada aku....ape yang seronoknya..aku untuk pertama kalinya dapat melihat orang bersalin secara live...maaaa...sakitnye aku tengok...hurm..aku tengok baby yang kebiruan sebab lambat keluar n aku tengok maknya kena jahit....sebenarnya aku cuak gak..tapi bukan cuak sebab tak bley tengok darah..tapi cuak kalo kena tanya ngan doktor kat hospital tu...mestilah dia bley tanya sebab doktor2 tulah lecturer dak2 medik niey...kalaulah kena tanya...mampus aaku...kang kantoilaaa..aku niey dah tak amek bio....fuh..tapi kawan2 dye sume sporting gle ah...siap suh aku wat muka cam profesiional jep...aku pun ape agi....waah dengan penuh yakinnye melangkah ke wad kecemasan plak...haha..ramai gle orang sakit...ada budak kecik lekat something, ada orang cina yang tua, hurm...sronok2..aku duk kat situ sampai jam 3 pagi gak r...aku bwu jep nak balek..tup2 dengar bunyi loceng kecemasan...upenye ada budak 16 tahun accident dihantar ke wad tu...ayooo..banyak gle darah kat muka dye..menitik jatuk atas lantai...hurm aku terkejut gak mula2 tapi xdelah sampai nak pengsan....upenye budak tu merempit n accident...ciap ada polis agi kat luar...fuh...aku dapat tengok doktor2 yang ensem..MA kena marah...dak2 medik yang ringan tulang....huu~memang pengalaman berharga yang tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku..thanks enon...haha..enon noey baik sebab dye selalu gak belanja aku...kami memang agak rapat sejak kecik berbanding ngan kakak aku yang sulung...pe2 hal aku mesti lepak ngan dye...hurm dye nieyla yang suka baca novel n beli cte cd banyak2...sume cte pasal medik tak kisahlah bahasa ape..sume dia ada...n dia kata dia banyak belajar dari cerita2 tue..what i mean here is..how to be a good doctor in future....hurm amin...alkisahnya dulu enon takdelah pandai sangat but now dia sangat rajin...n aku rase ALLAH bagi dye peluang...dye selalu call aku nangis cte tensionnye belajar...haha..kadang2 aku rase lawak gak enon niey sebab dia bukan senang nak nangis...tapi yela aku taw bukan senang nak tahan belajar medik yang susah tue....jadi aku rela menjadi pendengar yang setia...haha..

haa.. ini pulak satu2 nye adik perempuan yang aku ada...namanya, atirah tapi kami sume panggil dye kaknik..kaknik bwu sekolah menengah form 2...dia duk asrama..hurm die nisy pandai gle english sebab mak aku dah anta tuition bi dari kecik setelah kakaknya yang bertiga niey kurang perform lam english...huahua...dye niey tinggi gak.. nak sama tinggi ngan aku daa....haha..kami semua tinggi2 sebab abah aku pun tinggi n mak aku pun...haa..kaknik niey ikut musim gak kalo nak tengok kerajinan dye..tapi yang beznye, time2 aku cuti aku selalu layan cte korea ngan kaknik..kami duk gelak sama2...haha..bez gak kaknik niey...sporting layan aku si kakak yang entah ape2 niey...haa dulu dye x minat baca novel2 niey tapi sekarang dah advance.. satu novel sehari..ni mesti kes dah terpengaruh ngan enon n aku niey...dia panggil aku kakcik...memang adik2 aku yang lain pun panggil aku kakcik..mak abah n kakak aku panggil aku tikah..tapi kengkawan panggil aku wan.. huahua..kaknik pun kawan dye panggil wan gak..tapi kat umah mane bley nak panggil wan sebab semua nama wan...haha..kaknik niey baik orangnya.. ape yang pelik, dye niey tak suka makan nasi..dye lebey prefer roti..suka sangat ngan roti..aiseh..sebab tu dye cepat tinggi kot...haha...whateverla kaknik...asalkan dirimu bahagia...neway gudluck pmr taun depan...dapatkan 9A untuk menyamai kedudukan aku time PMR lu..huhu~

inilah alkisah2 my siblings yang perempuan....t post yang akan datang aku akan cte pulak pasal adik2 lelaki aku yang menjadi hero kesemuanya...haha..
dan apa yang pasti aku sangat bahagia kerana menjadi sebahagian daripada kamu semua...

Sunday, October 18

kebahagiaan dunia hidupku...

hari ini sama seperti hari2 yang lain..aku tetap insan biasa yang begitu lemah sekali... aku perlukan mereka2 yang kuat untuk terus membantu aku untuk meneruskan perjuangan di dunia yang masih belum sampai ke penghujungnya...dan hari ini aku sedar tanpa insan2 yang bakal ku coretkan kisah mereka nanti, aku tidak mampu berdiri dengan kakiku sendiri, bahkan aku juga tidak mampu untuk menghirup udara segar secara percuma dalam nikmat iman dan islam yang aku miliki hari ini.. dan harapanku mengunung tinggi agar aku tidak terpesong ke landasan yang curang dan andai itu yang berlaku...masihkah ada insan yang sudi membimbingku ke arah yang betul yang pastinya menjanjikan kebahagian duniawi dan ukhrawi yang hakiki...

ALLAH jua penentu segalanya..namun aku masih di sini mancari tanpa kepastian yang nyata..hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH, tuhan yang mencipta dan berkuasa ke atas aku..cahaya jingga akan menjadi nyata, ku menuju kepadaMU ya ALLAH...pimpinlah aku..amin..



setiap manusia yang mempunyai nyawa hidup di muka bumi ini dengan tujuan hidup masing2..begitu juga aku...impian aku menggunung tinggi...tapi persoalannya mampukah aku untuk terus bertahan dalam mengharungi suku-duka kehidupan yang pastinya penuh onak duri dan ranjau yang tidak pernah sunyi dari bergelora... dan selagi denyut nadi ini masih bernyawa, selagi itulah musuhku, syaitan yang durjana itu tidak akan henti menodai segumpal darah bernama hati...

memulakan langkah memang perit..bertatih...jatuh...dan bangun semula...kadang2 tanpa tangan menghulur bantuan...terasa diri kembara sendirian..mimpikan syurga idaman..sedangkan diri tak tahan ujian..kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur..titisan air mata kecewa..rupanya masih ada sedikit cinta dan kasih ini berpadu..mekar dalam jambangan setia pada perjuangan islam...alhamdulillah...syukur kepada ALLAH kerana aku hari ini hidup di atas belas kasihan dan rahmat ALLAH yang menggunung tinggi....terima kasih tuhan kerana masih memberiku peluang betapa manisnya hidup dalam agamaMU ini...

setiap insan yang bernyawa hidup di muka bumi ini dengan impian dan cita2 tersendiri...dan pastinya mereka berusaha ke arah tercapainya impian mereka.. begitu juga aku yang tidak terkecuali dari memiliki sebuah impian dan harapan....dulu aku masih tercari2 apakah impianku namun tika dan saat ini aku pasti impianku adalah untuk memiliki redha ALLAH...menggapai MARDHATILLAH...sebelum nafas ku yang terakhir keluar berhembusan dari jasadku yang bakal tidak bernyawa selepas itu....

redha ALLAH adalah seiring dengan jiwa seorang hambaNYA yang suci.. yang tidak dikotori dengan dosa-noda yang menghimpit jiwa kalbu insani...semoga aku mampu memiliki jiwa yang suci itu...

"may ALLAH always be with us in every step we take,may HE guide us in every decision we make, may HE help us when life gets rough, may he lift us when we have had enough, may HE protect us when we fall, may HE hear us when we call, may HE soothe our heart when we don't understand and may ALLAH ALWAYS hold us in HIS hand...amin ya rabbal alamin...


biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini..
agar aku sedat kesengsaraan derita ini..
tak sama bahkan hanya secebis..
dari penderitaan RASULULLAH..
tuhan sesekali tidak menzalimi hamba2NYA..
tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri..
cahaya kelam pahala dosa..
berupaya memilihnya..
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu..
namun peluang dari-NYA sentiasa ada..
namun kasih dari-NYA sentiasa memayungi..
diturunkan ad-din memperhalusi akal..
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..
menjadi sebaik-baik ummat..
tunduk sebagai hamba..
berjalan sebagai khalifah..
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"...
menyemai sepohon "taqwa"...
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"...
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan" ...
dalam mencari " KEREDHAAN ALLAH TAALA"..

Saturday, October 10

ABC SEBUAH PERSAHABATAN...


















seorang SAHABAT....

Akan menerima saudara seadanya
Benci tiada, kasih ada
Cacian dan umpatan tidak pernah dilakukannya
Dalam hatinya sentiasa bersangka baik terhadap saudaranya
Emas.. baginya persahabatan saudara lagi bernilai daripada emas
Fantasi dan cita2 saudaranya miliknya jua..sentiasa membantu..
Gagah mempertahankan saudaranya
Harapannya supaya saudaranya sentiasa gembira..
Ingatlah ALLAH sentiasa..itulah yang selalu diingatkannya
Jauhilah kemungkaran..pesannya..
Keikhlasan menjadi perhiasannya
Lambat?? tidak sesekali...dia sentiasa tepat waktunya
Marah?? jarang sekali melainkan suruhan Allah dilanggar
Niatnya sentiasa baik
Omong2 kosong tidak terucap dibibir
Pertelingkahan sentiasa dielak
Quran.. panduan hidup sepanjang hayat
Ramah
Senyum
Tawa
Usia yang meningkat tidak memudarkan persahabatan
Vip...itulah saudaranya
Walaupun kaya atau miskin..dia tetap setia di sisi
X-ray..nampak jelas..tidak berahsia
Yakin..sentiasa yakin dengan kebolehan saudaranya..
Ziarah menjadi amalannya..

DI SANA RACUN..DI SINI PENAWAR..















di mana???
di sana DENGKI menjadi RACUN,
di sini REDA menjadi PENAWARNYA
di sana BENCI menjadi RACUN,
di sini UKHUWWAH menjadi PENAWARNYA,
di sana BERGADUH menjadi RACUN,
di sini BERDAMAI menjadi PENAWARNYA,
di sana BURUK SANKA menjadi RACUN,
di sini HUSNUS ZAHN(bersangka baik) menjadi PENAWARNYA...

di sana MENGUMPAT menjadi RACUN,
di sini MUZAKARAH (berbincang) menjadi PENAWARNYA,
di sana FITNAH menjadi RACUN,
di sini MUAFAKAT menjadi PENAWARNYA,
di sana MARAH menjadi RACUN,
di sini SABAR menjadi PENAWARNYA,
di sana ANGAN-ANGAN menjadi RACUN,
di sini BERTAFAKUR menjadi PENAWARNYA...

di sana BERTANGGUH menjadi RACUN,
di sini BERSEGERA menjadi PENAWARNYA,
di sana GOPOH menjadi RACUN,
di sini CERMAT menjadi PENAWARNYA,
di sana RIBA menjadi RACUN,
di sini MUAMALAT menjadi PENAWARNYA,
di sana MALAS menjadi RACUN,
di sini RAJIN menjadi PENAWARNYA...

saudara berada di mana???
DI SANA atau DI SINI??

Friday, October 9

Larasati Aisya` binti Dato Azim Alwi

waaa.. sedapnye nama nikan.. hurm t bley wat nama anak ke...huhuw

kepada sesiapa yang tertanya-tanya siapakan gerangan si puteri yang bernama sedap ini especialy mereka yang bukan kaki novel sepertiku..hurm.. lets me introduce her to you

lahirnya ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahanda tercinta membuatkan dia tesisish dari kasih sayang ibu sejati.namun, demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataaan. serakah lelaki menghumban dirirnya ke lembah derita. sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. sinar mentari yang diidamkan, mentari jugak yang datang ...

sejarah kehidupannya masih belum berakhir.. suatu masa kupercaya akan kau tebus kegagalan ini...

hurm inilah cerita my feveret novel tajuknya ~BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN~alamak dah kantoi tajuk blog tiru tajuk novel..haha.. xpela x kisah pun...sebab ni blog aq... ikut suka r nak wat pape pun kan...nak ceritanya aq baca novel yang dikarang oleh liana afiera malik ni time aq ngah honeymoon after pmr.. satu hari jep aq dah boleh katamkan satu bukunya yang tebal niey,1211 page..fulamak.. hebat tak!! haha.. tapi bile aq seharian x kuar bilik, kenalah berleter ngan mak aq sebab mak ingat tikah niey tidur jep memanjang.. wadus.. aq memang terkenal ngan kuat tido niey.. sesiapa yang mengenali aku akan taw la... tdo itu bez..huu~


wokayh ape yang aku suke ngan cte ini..
aisya~dia sangat tabah! even orang yang setabah aku pun tak bley nak challenge die..
YA ALLAH, andai suatu hari aku berdepan dengan situasi sepertinya, semoga aku dapat mewarisi sedikit ketabahan jiwa yang dimilikinya...fuyooo...aku ni dah banyak gile katam novel sebab aq stat baca dari aq darjah 6 agi until now n novel yang aku baca bukan kepunyaan aku tapi kepunyaan ainun~ siapakah itu??
itulah kakakku yang kedua... dia sedang mengambil jurusan perubatan tahun 4 universiti malaya dan mendapat biasiswa jpa.. hurm pointnya kat cini pasal biasiswa tue.. haaa sebab tulah dwit die banyak.. stat dari dye form 3 sampai sekarang umur dye daa 22 dye kumpul novel.. jadi kamu2 semua dapat bayangkan tak berapa jumlah novel yang ada dalam koleksi dye...
banyak wooo..jangan terkejut jika kamu datang ke rumahku t n aq bertambah seronok membacanya haah...

tapikan aq ada gak tak puas hati pasal novel niey...ending dye cam tergantung.. wahai liana, tiadakah sambungan untuk cerita ini?? jika ada, akulah orang yang pertama mahu membelinya...sudah tidak tertahan rasenye menanggung debaran di dada untuk mengetahui kisah selanjutnya...huhuw~

di sini aku nak lampirkan teks ucapan sasterawan negara A.Samad Said sempena pelancaran novel ini pada tahun 2002, dah lama kan? tapi kisahnya masih segar dalam ingatanku ibarat embun pagi yang masih belum kering....aq suke sangat teks ni sebab ayat dye..fuyooo..bile aku ngat balek kan... dulu aq sokmo skor subjek bm time spm lu..agaknya sebab aq ni banyak membaca novel n aq suka hafal ayat2 yang bez...waduh tapi skunk ni cam dah reti nak wat karangan sebab dah lama x berkarang di atas bumi yang nyata...haha
and kepada sesiapa yang teringin membaca novel, bacalah novel ini....nescaya anda tidak akan menyesal...percayalah..heeee

haa.. inilah novelnye...



inilah ucapannya...bagi peminat sastera tanah air sepertiku..hayatilah..

di sini tampaknya kita sedang berada dalam atau di antara, himpunan buku yang tebal.kita sebenarnya berada di tengah cerita dan tidak mustahil akan turut menjadi cerita. dalam 1211 halaman, penulis ternyata tidak membenarkan kesayuan atau kemesraan sahaja berulang-alik dalam novelnya. benar dunia rasanya terlalu besar dan luas untuk berdiam diri.makanya, walaupun yang diceritakan keluar masuk dalam gua cinta yang seperti yang disarankan daripada wajah kulit buku di depan, tetapi liana tetap cuba memberikan erti yang lebih bermakna dengan menyangkutkan beberapa bingkai peristiwa cinta yang mencabar. memang kita seperti sengaja dipimpin supaya turut sama tenang mengungkapkan kata-kata cinta, tetapi kita juga dibebaskan untuk belajar sangsi mengunyah rahsia lain di sebalik kata-kata cinta itu sendiri.
sesekali dunia buku memang perlu mengadakan ledakannya sendiri. landskap sastera tenang biasanya damai untuk mata dan mesra untuk hati.penulis tidak akan merasa puas dan khalayak ramai tidak merasa disentuhi.baik pembaca mahupun penulis seolah-olah gementar oleh satu kejutan kerana amat tidak percaya dunia cerita sebaiknya sesyahdu tasik, sedamai mata yang melihat. di sinilah saya rasa sumbangan bermakna Creative Enterprise kerana mengesan buku sedemikian lebih dari seribu halaman bukanlah sesuatu yang biasa dalam pembacaan kita. kesabaran penulis menyudahkannya dan kecekalan pembaca untuk menikmatinya adalah satu gandingan-malah paduan-yang magis-membuka lembaran selera baru dalam dunia novel tanah air.

dengan ringkas bolehlah dikatakan kisah yang dihantar liana ini bukanlah kisah sepatu atau stoking.dan tidak juga ia kisah busana yang lengkap. tapi ia sempat menghidangkan juadah kisah ambisi,cemburu, persaingan,perbalahan, pencarian, kepintaran dan kebodohan dalam dunia harian terkini yang sudah tidak semurni zaman nenek moyang kita.juga, kisah yang sebenarnya beriak,ketika-ketikanya berkocak. di dalam batin kita, dan sesekali terdengar jeritan nyaring naluri kasar kita. dan saya rasa sebaiknya setiap buku,-tebal atau nipis, kempis atau montel-wajar sampai ke pengalaman spiritual.

melalui buku ini, kita sempat dihemahkan sejauh mana ertinya kemenangan jika ia tidaj ditusuki terlebih dahulu oleh kekalahan. begitu juga selembut mana ertinya kasih jika ia tidak terlebih dahulu disanggahi kebencian. maka begitulah siang menjadi lebih beerti kerana wujudnya malam dan kegentaran malam pula lebih ditunggu kerana kecemerlangan pagi. satu permainan simbolis begitu memang sentiasa menjadi rahsia yang sukar tersingkap manfaatnya, kecuali kepada mereka yang menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah ALLAH yang maha kuasa.

karya ini cuba menyampaikan pesanan simbolis di samping memberikan beberepa kejutan, membaurkan pelbagai pengalaman rasa, juga memercikkan pelbagai pengalaman minda. dengan bahasa yang sentiasa bersahaja( dan dialog kacukan kehidupan kontemporari) segala simpulan kisah kehidupan manusia dikemukakan dan dileraikan antara ketawa dan tangis, serta sayang dan bengis.

watak-watak yang ramai dalam novel ini, jika ditekuni, masih boleh dikesan secara jelas dalam kelompok dan larasnya. tampaknya memang banyak tabir, tapi jika rajin, tabir itu masih mudah diselak. memang pada waktu-waktu yang tak tersangkakan sempat berpadu-atau dipadukan-beberapa gugus peristiwa untuk menyampaikan masalah keluarga, beza sikap dan beza selera, memperjelas erti cinta disamping terkadang memperkeruh erti persahabatan.mewah dalam kebendaan dan papa dalam kerohanian menjadi laras dan simbol kehidupan manusia atasan dan amat pilu kekosongan itu meninggalkan luka yang amat dalam.

memang akhirnya kita dibawa terus ke "buana" Sabrina Datuk Sabri, Luqman Aliff dan Dato` Seri Azim Alwi. atau sedekatnya kita diseret ke dunia LARASATI AISYA BINTI DATO` AZIM ALWI dan Datin Seri Fariza atau Tan Sri Tengku Alaudin, Zafir, Yam dan Dahlia. dunia yang disoroti penulisnya sampai juga ke "singgahsana" Tengku Puteri Lea Anessa dan Tengku Zarith Ashwan. malah kita sebenarnya diperkenalkan kepada kehalobaan dalam dunia niaga dan poligami. memang sesekali kita akan berselisih atau berdepan dengan manusia2 korporat dalam Puteri Emas Holding atau syarikat2 kawan dan lawan yang lain.

sebenarnya kita sengaja dibawa terus ke banglo mewah meninggalkan kelompok desa setinggan di sisi mana2 stesen elarti. kita langsung dihadapkan kepada manusia2 yang kononnya begitu terdidik, terasuh di luar negara dalam sopan santun kebangsawanan, bertelagah secara kasar, malah pada satu peringkat peradaban terkini, sang suami dengan megah menceraikan isterinya dengan talak tiga hanya melalui warkah. saya tidak ingin lagi bercerita tentang kecintaan dan kecemaran ini. biarlah buku ini yang berkata2 sendiri.

betapa pun, saranan saya sebagai pencinta sastera genre jika ingin terlihat sedikit "fashionable" hidup terkini, terdidik dan sedia berani dicabar-apalagi jika ingin dan terdaya-membaca hanya karya roman tahun ini, mengapa tidak dicuba karya ini?

dengan pembaca, khususnya yang remaja dan sentiasa musa-akan kelihatan amat bergaya. sebab melalui buku ini, kita akan sempat mencecap pelbagai menu kehidupan, satu dunia rasa yang menguji, penuh dengan deretan pengalaman berat dan ringan dari cinta kepada benci, dari berkongsi kepada iri, dari air kepada api dan dari hidup kepada mati-segala-galanya memang menyelinap jelas di antara bab2 yang walaupun tebal, percayalah tidak terasa penat dibaca..

fuuh.. dah habes pun ucapannye.. aq saja jep nak banyakkan post kat blog niey..
heee.. penat seh menaip, tapi seronok.. haha..ok2 sesape yang dah baca cte niey, share la ngan aq yep.. jangan segan2..t menyesal..

sebuah hikayat....

sebarkan hikayat ini ke seluruh alam maya..
sebarkan hikayat ini ke seluruh seisi dunia..

sebarkan hikayat ini kerana aku tidak punyai masa..
sebarkan hikayat ini kerana aku bukan pemuisi yang indah melukis bait kata-kata puitis..
sebarkan hikayat ini kerana aku bukan penulis yang mampu meleraikannya di atas kertas putih...
sebarkan hikayat ini kerana aku adalah insan biasa yang hanya mampu berkeadaan biasa...
sebarkan juga hikayat ini kerana aku bukanlah orang ternama yang kisah hidupku bakal dibukukan....

sebarkan hikayat ini dengan hatimu...
sebarkan hikayat ini dengan air mata..

sebarkan hikayat ini pada teman-teman seperjuangan...
juga kepada mereka yang ingin tahu akan hakikat kehidupan....

sebarkan hikayat ini agar ia bisa menjadi pedoman, menjadi teman tatkala kesepian...
sebarkan hikayat ini agar ia juga turut menjadi laman kesedaran...

sebarkanlah hikayat ini.....