Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Friday, January 15

::andai itu takdirnya::~

girang rasanya hati ini...mengapa...aku termenung sendirian bersama seribu persoalan yang tak terjawab....tapi apa yang pasti aku berasa ketenangan itu milik aku pada tika dan saat ini....alhamdullillah...seribu persoalan itu semakin mengasak-ngasak fikiranku lantas memungkinkan perjalanan yang bakal ku lalui itu semakin susah dan payah mehnah dan tribulasinya~itulah adat dalam perjuangan dan aku harus terima hakikat ini dengan sepenuh hati....
seandainya aku tabahkan hati...nescaya aku adalah insan yang bertuah kerana aku berjaya mengharungi ujian yang ALLAH, pencipta aku dan pemilik segala sesuatu di dunia ini berikan untuk menguji aku....jadi aku harus berjaya~bukan sahaja berjaya dalam pelajaran bahkan berjaya menjadi seorang insan yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara...

aku tidak mahu hanyut bersama buih2 kealpaan yang entah bila akan hilang kepalsuan duniawi yang hanya menipu mata hati insan2 yang tidak mengenal erti tujuan hidup ini...hidup ini hanya sementara dan kita diibaratkan seperti menanam padi dan akhirat kelak kita jualah yang akan menuai hasil tuaian padi itu~analoginya adalah seperti itu!!!!jadi aku harus sedar dulu akan hakikat kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh ini sebelum aku dapat menyedarkan orang2 sekeliling aku yang aku sayang~aku tak mahu jadi seperti seorang yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu akan nasib atau penderitaan orang lain terutamanya saudara2 seislamku.....

aku benci menjadi orang melayu!!tetapi aku bangga menjadi orang ISLAM...sesungguhnya agama ISLAM adalah agama yang benar disisi ALLAH..semoga hidayah iman dan islam ini mampu aku miliki untuk selama2nya dan hanya inilah yang mampu memberi aku petunjuk untuk mengemudi lautan duniawi yang penuh dengan tribulasi lagi2 untuk mereka yang berjuan di jalan ALLAH~berjuang fisabilillah~dan ganjarannya adalah syurga bagi mereka yang berjuang dan mati dalam keadaan syahid di jalan yang lurus...kenapa aku benci menjadi orang melayu?? kerana kaum ini sangat tebal perasaan hasad dengkinya dek terpedaya dengan hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa mengoda dan terus menggodai segumpal darah bernama hati selagi denyut nadi masih belum berhenti....kenapa yup kita semua mudah terpedaya termasuklah diriku yang lemah ini....

post kali ini hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sebelum aku berangkat pulang ke rumah pada hari ini....aku mahu pulang untuk menengkan hati yang resah gelisah~...semoga aku berjaya!!!

No comments:

Post a Comment