Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Friday, October 9

Larasati Aisya` binti Dato Azim Alwi

waaa.. sedapnye nama nikan.. hurm t bley wat nama anak ke...huhuw

kepada sesiapa yang tertanya-tanya siapakan gerangan si puteri yang bernama sedap ini especialy mereka yang bukan kaki novel sepertiku..hurm.. lets me introduce her to you

lahirnya ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahanda tercinta membuatkan dia tesisish dari kasih sayang ibu sejati.namun, demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataaan. serakah lelaki menghumban dirirnya ke lembah derita. sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. sinar mentari yang diidamkan, mentari jugak yang datang ...

sejarah kehidupannya masih belum berakhir.. suatu masa kupercaya akan kau tebus kegagalan ini...

hurm inilah cerita my feveret novel tajuknya ~BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN~alamak dah kantoi tajuk blog tiru tajuk novel..haha.. xpela x kisah pun...sebab ni blog aq... ikut suka r nak wat pape pun kan...nak ceritanya aq baca novel yang dikarang oleh liana afiera malik ni time aq ngah honeymoon after pmr.. satu hari jep aq dah boleh katamkan satu bukunya yang tebal niey,1211 page..fulamak.. hebat tak!! haha.. tapi bile aq seharian x kuar bilik, kenalah berleter ngan mak aq sebab mak ingat tikah niey tidur jep memanjang.. wadus.. aq memang terkenal ngan kuat tido niey.. sesiapa yang mengenali aku akan taw la... tdo itu bez..huu~


wokayh ape yang aku suke ngan cte ini..
aisya~dia sangat tabah! even orang yang setabah aku pun tak bley nak challenge die..
YA ALLAH, andai suatu hari aku berdepan dengan situasi sepertinya, semoga aku dapat mewarisi sedikit ketabahan jiwa yang dimilikinya...fuyooo...aku ni dah banyak gile katam novel sebab aq stat baca dari aq darjah 6 agi until now n novel yang aku baca bukan kepunyaan aku tapi kepunyaan ainun~ siapakah itu??
itulah kakakku yang kedua... dia sedang mengambil jurusan perubatan tahun 4 universiti malaya dan mendapat biasiswa jpa.. hurm pointnya kat cini pasal biasiswa tue.. haaa sebab tulah dwit die banyak.. stat dari dye form 3 sampai sekarang umur dye daa 22 dye kumpul novel.. jadi kamu2 semua dapat bayangkan tak berapa jumlah novel yang ada dalam koleksi dye...
banyak wooo..jangan terkejut jika kamu datang ke rumahku t n aq bertambah seronok membacanya haah...

tapikan aq ada gak tak puas hati pasal novel niey...ending dye cam tergantung.. wahai liana, tiadakah sambungan untuk cerita ini?? jika ada, akulah orang yang pertama mahu membelinya...sudah tidak tertahan rasenye menanggung debaran di dada untuk mengetahui kisah selanjutnya...huhuw~

di sini aku nak lampirkan teks ucapan sasterawan negara A.Samad Said sempena pelancaran novel ini pada tahun 2002, dah lama kan? tapi kisahnya masih segar dalam ingatanku ibarat embun pagi yang masih belum kering....aq suke sangat teks ni sebab ayat dye..fuyooo..bile aku ngat balek kan... dulu aq sokmo skor subjek bm time spm lu..agaknya sebab aq ni banyak membaca novel n aq suka hafal ayat2 yang bez...waduh tapi skunk ni cam dah reti nak wat karangan sebab dah lama x berkarang di atas bumi yang nyata...haha
and kepada sesiapa yang teringin membaca novel, bacalah novel ini....nescaya anda tidak akan menyesal...percayalah..heeee

haa.. inilah novelnye...



inilah ucapannya...bagi peminat sastera tanah air sepertiku..hayatilah..

di sini tampaknya kita sedang berada dalam atau di antara, himpunan buku yang tebal.kita sebenarnya berada di tengah cerita dan tidak mustahil akan turut menjadi cerita. dalam 1211 halaman, penulis ternyata tidak membenarkan kesayuan atau kemesraan sahaja berulang-alik dalam novelnya. benar dunia rasanya terlalu besar dan luas untuk berdiam diri.makanya, walaupun yang diceritakan keluar masuk dalam gua cinta yang seperti yang disarankan daripada wajah kulit buku di depan, tetapi liana tetap cuba memberikan erti yang lebih bermakna dengan menyangkutkan beberapa bingkai peristiwa cinta yang mencabar. memang kita seperti sengaja dipimpin supaya turut sama tenang mengungkapkan kata-kata cinta, tetapi kita juga dibebaskan untuk belajar sangsi mengunyah rahsia lain di sebalik kata-kata cinta itu sendiri.
sesekali dunia buku memang perlu mengadakan ledakannya sendiri. landskap sastera tenang biasanya damai untuk mata dan mesra untuk hati.penulis tidak akan merasa puas dan khalayak ramai tidak merasa disentuhi.baik pembaca mahupun penulis seolah-olah gementar oleh satu kejutan kerana amat tidak percaya dunia cerita sebaiknya sesyahdu tasik, sedamai mata yang melihat. di sinilah saya rasa sumbangan bermakna Creative Enterprise kerana mengesan buku sedemikian lebih dari seribu halaman bukanlah sesuatu yang biasa dalam pembacaan kita. kesabaran penulis menyudahkannya dan kecekalan pembaca untuk menikmatinya adalah satu gandingan-malah paduan-yang magis-membuka lembaran selera baru dalam dunia novel tanah air.

dengan ringkas bolehlah dikatakan kisah yang dihantar liana ini bukanlah kisah sepatu atau stoking.dan tidak juga ia kisah busana yang lengkap. tapi ia sempat menghidangkan juadah kisah ambisi,cemburu, persaingan,perbalahan, pencarian, kepintaran dan kebodohan dalam dunia harian terkini yang sudah tidak semurni zaman nenek moyang kita.juga, kisah yang sebenarnya beriak,ketika-ketikanya berkocak. di dalam batin kita, dan sesekali terdengar jeritan nyaring naluri kasar kita. dan saya rasa sebaiknya setiap buku,-tebal atau nipis, kempis atau montel-wajar sampai ke pengalaman spiritual.

melalui buku ini, kita sempat dihemahkan sejauh mana ertinya kemenangan jika ia tidaj ditusuki terlebih dahulu oleh kekalahan. begitu juga selembut mana ertinya kasih jika ia tidak terlebih dahulu disanggahi kebencian. maka begitulah siang menjadi lebih beerti kerana wujudnya malam dan kegentaran malam pula lebih ditunggu kerana kecemerlangan pagi. satu permainan simbolis begitu memang sentiasa menjadi rahsia yang sukar tersingkap manfaatnya, kecuali kepada mereka yang menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah ALLAH yang maha kuasa.

karya ini cuba menyampaikan pesanan simbolis di samping memberikan beberepa kejutan, membaurkan pelbagai pengalaman rasa, juga memercikkan pelbagai pengalaman minda. dengan bahasa yang sentiasa bersahaja( dan dialog kacukan kehidupan kontemporari) segala simpulan kisah kehidupan manusia dikemukakan dan dileraikan antara ketawa dan tangis, serta sayang dan bengis.

watak-watak yang ramai dalam novel ini, jika ditekuni, masih boleh dikesan secara jelas dalam kelompok dan larasnya. tampaknya memang banyak tabir, tapi jika rajin, tabir itu masih mudah diselak. memang pada waktu-waktu yang tak tersangkakan sempat berpadu-atau dipadukan-beberapa gugus peristiwa untuk menyampaikan masalah keluarga, beza sikap dan beza selera, memperjelas erti cinta disamping terkadang memperkeruh erti persahabatan.mewah dalam kebendaan dan papa dalam kerohanian menjadi laras dan simbol kehidupan manusia atasan dan amat pilu kekosongan itu meninggalkan luka yang amat dalam.

memang akhirnya kita dibawa terus ke "buana" Sabrina Datuk Sabri, Luqman Aliff dan Dato` Seri Azim Alwi. atau sedekatnya kita diseret ke dunia LARASATI AISYA BINTI DATO` AZIM ALWI dan Datin Seri Fariza atau Tan Sri Tengku Alaudin, Zafir, Yam dan Dahlia. dunia yang disoroti penulisnya sampai juga ke "singgahsana" Tengku Puteri Lea Anessa dan Tengku Zarith Ashwan. malah kita sebenarnya diperkenalkan kepada kehalobaan dalam dunia niaga dan poligami. memang sesekali kita akan berselisih atau berdepan dengan manusia2 korporat dalam Puteri Emas Holding atau syarikat2 kawan dan lawan yang lain.

sebenarnya kita sengaja dibawa terus ke banglo mewah meninggalkan kelompok desa setinggan di sisi mana2 stesen elarti. kita langsung dihadapkan kepada manusia2 yang kononnya begitu terdidik, terasuh di luar negara dalam sopan santun kebangsawanan, bertelagah secara kasar, malah pada satu peringkat peradaban terkini, sang suami dengan megah menceraikan isterinya dengan talak tiga hanya melalui warkah. saya tidak ingin lagi bercerita tentang kecintaan dan kecemaran ini. biarlah buku ini yang berkata2 sendiri.

betapa pun, saranan saya sebagai pencinta sastera genre jika ingin terlihat sedikit "fashionable" hidup terkini, terdidik dan sedia berani dicabar-apalagi jika ingin dan terdaya-membaca hanya karya roman tahun ini, mengapa tidak dicuba karya ini?

dengan pembaca, khususnya yang remaja dan sentiasa musa-akan kelihatan amat bergaya. sebab melalui buku ini, kita akan sempat mencecap pelbagai menu kehidupan, satu dunia rasa yang menguji, penuh dengan deretan pengalaman berat dan ringan dari cinta kepada benci, dari berkongsi kepada iri, dari air kepada api dan dari hidup kepada mati-segala-galanya memang menyelinap jelas di antara bab2 yang walaupun tebal, percayalah tidak terasa penat dibaca..

fuuh.. dah habes pun ucapannye.. aq saja jep nak banyakkan post kat blog niey..
heee.. penat seh menaip, tapi seronok.. haha..ok2 sesape yang dah baca cte niey, share la ngan aq yep.. jangan segan2..t menyesal..

2 comments:

  1. Bagus la tu. Aku buat nama blog inspirasi lagu fav aku. ko plak dr novel fav ko.haha

    ReplyDelete
  2. Atikah adnan dan atikah yusof.. atikahani.. hehe

    ReplyDelete