Bismillah

"hanya hati yang terbuka dapat menerima ketulusan, hanya tangan yang terbaik dapat menerima kebaikan dan pahala yang terbaik dapat merasai kenikmatan"


Friday, March 12

cinta untukmu~

Align CenterKATA SANG PUJANGGA~

aku sendiri sukar mengerti
mengapa jantung ini berdebar bagaikan mahu gugur ke bumi
aku sendiri tidak memahami
mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu

aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
seakan-akan aku melayang ke udara
ohhh, indahnye perasaan ini..membuatkan aku terasa ingin tersenyum selalu

kupandang wajahnye yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
jauh sekali ratu cantik dunia
kulihat senyumannya yang tidak semanis Nora Danish
kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ikin...
opss itu isteri Mawi

haha..

aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
ohhh..di manakah keindahan wanita ini
aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
tidak ade ape2 keistimewaan padanya untuk aku banggakan
sekelumit pun tidak ade ciri-ciri wanita idamanku

lalu, aku memilih untuk meninggalkan, menjauhinya
aku memilih untuk melukai hatinya
melukai perasaannya
aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa
demi membuang perasaan ini
demi membunuh cinta ini
dan menamatkan rasa sayang ini

namun, sukarnye membuang rasa rindu ini
kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi
aku mahu mengenepikan segalanya
aku mahu kau menjadi permaisuriku

namun malangnya kau sudah menjadi milik orang
peritnya diri ini menyedari darimu tiada cinta darimu untukku

namun egoku tidak akan menyerah kalah
kau akanku miliki
tidak akan pernah aku biarkan kesukaanku dirampas orang
sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali
kepada kekasihmu
tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu
kerana kini baru kusedari
kaulah wanita yang sangat2 cantik dalam hidupku
selain nenekku..
akulah sang pujangga yang tidak pernah lelah~


BICARA SANG GADIS

sering kau mengganggu ketenteramanku
sehinggakan tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi

aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
aku dijadikan mangsa untuk menghiburkan hatimu
dan aku dijadikan bahan ujikajimu bagi
melampiaskan segala kenakalanmu yang tidak ubah
seperti sin-chan

letih diriku melayan karenahmu yang tidak pernah jemu mengusikku
sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita
kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah

sungguh tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu sungguh bermakna dalam kehidupanku
tanpa aku sedari aku, aku telah terlalu biasa dengan adanya dirimu

bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
kesunyian membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku mengatakan inilah
kasih sayang dalam sebuah persahabatan

benarkah perasaan untuk sahabat?
aku sendiri kelu
wahai pujangga, adakah ini perasaan lain..

kutatap wajahmu dikala dirimu terleka
rambutmu kulihat kusut-masai
bagaikan
penagih dadah yang tegar
kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata
aku mendapati senyumanmu
umpama bapak ayam yang mencari mangsa
aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh
kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan
menyedari hakikat itu, aku terasa
memanjat bangunan A Famosa lalu terjun ke bawah
biarlah aku tenggelam ke dasar tanah yang dalam lagi kelam
mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu

namun, kau kini telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang
terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad
melalui hari tanpamu~
hari-hari yang kulalui begitu asing sekali
lalu, jadilah aku gadis yang mencintai kenangan

setelah kau kutemui, kau telah berubah
aku bagaikan tak percaya betapa kacaknya dirimu
kau menjadi rebutan para jelitawan
sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
kau telah menjadi kaya-raya
kerana rupa, kerana kekayaan,
kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagiku
kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali menghiburkan hatiku

ohh, betapa aku mahu kau benar2 seperti dulu
kembalilah kau seperti suatu masa dulu..kerana aku amat merinduinya~


p/s: karya ini aku amek daripada novel~tidak ade kena mengena dengan yang hidup mahupun mati~haha...sekadar post semata2 untuk mengisi kekosongan masa yang ade...kelakar lah kata2 niey..tergelak aku...haha...mungkin post ini menunjukkan aku adalah seorang yang jiwang barangkali, tetapi hakikatnya hanya aku yang tahu kerana aku lah empunya diri yang lebih mengenal akan makna diri...huhu~mungkin kalian bisa membuat tafsiran sendiri..terpulanglah...hehe..neway, ni just post semata2 yup~harap jangan salah tafsiran dan yang terakhir...

"dunia adalah pentas dan akulah penulisnya...kau telah aku matikan dalam bab pertama.."

siapakah kau dalam statement di atas???hurm


1 comment: